Isnin, 6 Februari 2017
Malaysia dipimpin oleh munafik?
Renungkanlah 4 sifat orang munafik seperti dalam gambar di atas. Berapa ramai di antara kita pada hari ini yang tidak memiliki sifat-sifat tersebut? Era yang dicengkam kleptokrasi dan oxymoron serta 'bertuhankan' kebendaan agak mustahil bagi rakyat mahupun pemimpin bebas daripada sifat seperti ini. Apatah lagi dalam konteks Malaysia, negara ini sedang ditadbir dan dipimpin oleh Perdana Menteri yang menerapkan pemikiran 'Cash is King'. Dikelilingi pula oleh para penasihat dan menteri yang hanya mengutamakan 'dedak' berbanding nasib rakyat dan maruah negara serta agama. Disokong pula oleh media arus perdana yang hanya mengadu domba mahupun menyebarkan auta. Anda fikir tiada keperluan untuk merubah semua ini? Anda fikir dengan hanya berdiam diri dan tidak melakukan sesuatu, Allah akan mengubah situasi ini? "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubah nasibnya" [Ar-Ra'd : 11].
Masih tidak mahu berfikir yang Malaysia sedang dipimpin oleh munafik? Sudah berapa kali media pro UMNO sendiri yang merekodkan kenyataan atau bicara Najib yang akhirnya adalah berbentuk pembohongan? Tentunya ramai dikalangan rakyat yang masih ingat isu dana SRC dalam akaun peribadi Najib. Bagaimana mungkin seorang Perdana Menteri tidak melakukan usaha untuk mengetahui tentang siapakah yang memasukkan dana tersebut atau dari mana dana tersebut dimasukkan ke akaun peribadinya? Najib ketika menafikan salah lakunya dalam kes tersebut menyatakan bahawa memang benar ada dana SRC yang berjumlah RM42 juta di dalam akaun peribadinya tetapi dia tidak tahu siapa yang masukkannya. Hmm...semudah itu melakukan pembohongan. Dan semudah itu juga AG Apandi menerima alasan tersebut dan membebaskan Najib daripada sebarang salah laku.
Terbaharu, Najib berbohong lagi. Kali ini dalam soal harga kereta di negara ini. Pada tahun 2013, Najib dengan yakinnya menyatakan bahawa harga kereta di Malaysia akan diturunkan! Namun pada bulan ini kata-kata itu terbukti hanyalah bohong semata apabila dia bersetuju dengan kenaikan harga kereta Proton untuk semua model berkuatkuasa pada 15 Februari 2017. Apakah itu bukan satu pembohongan? Dan jika dia bersetuju dengan kenaikan harga kereta Proton, adakah anda fikir yang Najib akan membuat keputusan yang berbeza bagi model dan pemgeluar kereta yang lain? Sekali berbohong, selamanya akan berbohong selagi tidak taubat nasuha! Lihat sahaja dalam soal harga minyak di Malaysia. Sudah berapa kali kenaikan sejak janjinya untuk tidak menaikkan harga minyak? Sudah 16 kali setakat sehingga Februari 2017! Dalam soal harga minyak sahaja, Najib telah berbohong sebanyak 16 kali! Anda fikir berapa banyak lagi pembohongan yang telah, sedang dan akan dilakukannya?
Kemunafikan Najib juga terserlah dalam pertelingkahan politik di negara ini. Saling bertentangan antara parti pemerintah dan parti pembangkang adalah suatu yang normal dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi (walaupun akhir-akhir ini Malaysia seakan-akan menjadi negara diktator). Namun yang merisaukan ialah keperibadian Najib dalam berhujah sudah menyamai taraf ahli poltik facebook, macai dan pendedak UMNO! 20 Januari 2017 yang lalu menjadi saksi betapa dalam pertelingkahan, Najib memilih untuk bersifat melampau. Gelaran atau anugerah tertinggi negara yang dikurniakan oleh Baginda Agong menjadi bahan hinaan Najib. Gelaran 'Tun' diperlekeh dan digantikan oleh Najib dengan perkataan 'U-Turn'. Inikah akhlak seorang Perdana Menteri yang mengaku Islam? Akhlak sedemikian rupa hanyalah milik golongan munafik! Melampau-lampau dalam suatu pertelingkahan merupakan suatu sifat orang-orang munafik. Nauzubillah min zalik.
Sebelum ungkapan ini, Najib juga menampakkan kemunafikannya apabila menyelar Tun Mahathir sebagai pengkhianat negara hanya kerana Tun Mahathir memilih untuk tidak lagi bersama UMNO. Apakah setiap individu atau kumpulan yang tidak tunduk pada UMNO itu pengkhianat negara? Ini juga bukan kali pertama Najib menggelar pihak lain sebagai pengkhianat. Pada tahun 2013, Najib juga telah menyelar rakyat yang tidak membayar atau mengelak daripada membayar cukai sebagai pengkhianat! Bagaimana pula dengan dirinya yang terpalit dengan Skandal 1MDB, FGV, SRC, Pembunuhan Altantuya dan banyak lagi. Bukan pengkhianat? Enggan melaksanakan Perjanjian Persekutuan Malaysia bukan satu pengkhianatan? Laporan 1MDB diklasifikasikan sebagai Rahsia Rasmi bukan satu pengkhianatan kepada rakyat dan undang-undang negara? Mengganggu kebebasan bersuara di Parlimen bukan satu pengkhianatan? Fikir-fikirkanlah wahai rakyat sekalian. Mahu terus berketuakan orang munafik? Wallahualam.
Ahad, 5 Februari 2017
'Saman Selasa' berulang lagi?
Dikebanyakan negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi sangat jarang kita mendengar Perdana Menteri atau Presiden melakukan pembohongan yang berulang-ulang. Kebiasaannya mereka akan memohon maaf atau meletak jawatan sebaik sahaja pembohongan mereka terbongkar. Demikian juga jika berjanji atau mengeluarkan suatu kenyataan. Jika janji gagal ditepati atau kenyataan tidak dilaksanakan, kesudahannya sama juga memohon maaf atau meletak jawatan. Tindakan memohon maaf atau meletak jawatan dilakukan bagi menjaga imej negara agar tidak terjejas yang mana ianya juga akan bersangkut paut dengan ekonomi negara. Siapakah atau negara mana yang sanggup berurusniaga dengan negara yang tidak menepati janji atau sentiasa berbohong atau tidak melaksanakan kenyataannya? Umum mengetahui bahawa tindak-tanduk mahupun imej seseorang Perdana Menteri atau Presiden sangat berkait rapat dengan negara. Keperibadian seorang Perdana Menteri atau Presiden biasanya melambangkan keperibadian negara tersebut.
Namun, itu semua jelas berbeza dengan apa yang terjadi di Malaysia. Perdana Menteri yang hampir setiap hari berbohong masih lagi menjadi Perdana Menteri hasil sokongan ahli-ahli Parlimen parti pemerintah. Jika sebelum ini Najib 'memalukan' dirinya dengan 'Hari Selasa' yang tak kunjung tiba, kali ini skrip itu berulang lagi. Cuma tajuk sahaja berbeza. Kali ini ia melibatkan kabinet (gambar atas). Adakah Kabinet telah merujuk kepada Bank Negara Malaysia (BNM)? Telah hampir 2 minggu sejak Najib mengeluarkan kenyataan itu. Atau Kabinet belum memutuskan untuk merujuk kepada BNM kerana khuatir ianya satu tindakan yang akan memakan diri (backfire)? Sebelum Najib membuat kenyataan itu pun, BNM dalam satu kenyataan bagi menjawab dakwaan mantan Penolong Gabenor BNM berkata, institusi itu sudah mencapai kemajuan yang lebih kukuh, telus dan lebih bertanggungjawab sejak kerugian tukaran asing berlaku hampir 25 tahun lepas.
Satu lagi 'Saman Selasa' yang mungkin berulang ialah Kes BMF. Hangat-hangat tahi ayam. Mungkin itu perumpamaan yang boleh digunapakai bagi menggambarkan usaha UMNO dan 'macai' medianya dalam menangguk di air yang keruh berhubung 'declassified' beberapa dokumen lama CIA termasuk Kes BMF. Patutlah Najib 'gila' benar ketika PAU2014 hinggakan melabel laskar maya UMNO sebagai 'bangang'. Jangankan laskar maya, ketua 'macai' media (TV3) pun nampaknya dah semakin 'bangang'. Adakah mereka tidak membuat kajian atau menyelidiki fakta berkaitan BMF terlebih dahulu sebelum menemubual mantan Penolong Gabenor BNM, Abdul Murad Khalid? Sebagaimana 'Saman Selasa' yang nyata cuba digunakan untuk menggertak WSJ agar tidak berterusan membongkar Skandal 1MDB, taktik yang sama cuba digunakan untuk menyerang Tun M sekaligus menghentikan beliau daripada terus memperjuangkan nasib rakyat dan maruah negara.
Namun sebagaimana pantasnya Kes BMF ini ditimbulkan semula oleh UMNO dan 'macai' medianya, begitu pantas juga ia mulai reda daripada dijadikan 'peluru' untuk menyerang Tun M. Mengapa? Bukankah ia boleh digunakan untuk 'mencalar' imej Tun M kerana beliau adalah Perdana Menteri ketika itu (dakwaan UMNO dan macainya)?Mereka yang timbulkan semula kes ini, mereka jugalah yang sedang cuba 'menenggelamkanya' semula. Manakan tidak, Kes BMF sebenarnya bermula pada sekitar tahun 1979-80, ketika itu Perdana Menteri ialah Allahyarham Tun Hussein Onn dan Menteri Kewangan ialah Tengku Razaleigh Hamzah. Kedua-duanya masih berada dalam UMNO sekarang (Tun Hussein Onn melalui Hishamuddin)! Sebelum dilantik Menteri Kewangan pada tahun 1976, Tengku Razaleigh adalah Pengerusi Bank Bumiputra. Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Perbadanan Nasional (Pernas), Petronas dan Kumpulan Fleet yang memiliki New Straits Times Press Berhad.
Tengku Razaleigh mungkin bukan masalah bagi Najib jika terpaksa dijadikan 'korban' pembangkitan semula Kes BMF. Kerana itu tidak hairanlah pada peringkat awal kes ini dijaja siang dan malam oleh TV3 dan 'macai' media yang lain. Namun apabila semakin ramai yang sedar yang kes ini sebenarnya bermula ketika Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri, TV3 dan 'macai' media yang lain secara tiba-tiba mengalihkan tumpuan kepada isu kerugian FOREX 1992 dengan membawa masuk mantan Penolong Gabenor BNM yang juga pernah dikenakan denda atas kegagalan mengisytiharkan harta! Najib pastinya sedar yang 'kembalinya' Kes BMF tidak akan menjejaskan sokongan terhadap Tun Mahathir, sebaliknya ia mampu 'membunuh' Hishamuddin. Walaupun Najib tidak menyatakan secara langsung yang Hishamuddin sebenarnya adalah orang nombor 2 dalam UMNO tetapi serangkap pantunnya ketika PAU2016 yang memuji Hishamuddin menjelaskan kedudukan sepupunya itu!
Hishamuddin adalah anak kepada Tun Hussein Onn. Dan tindakan menimbulkan semula Kes BMF pastinya seolah-olah satu usaha untuk 'memalukan' Hishamuddin sendiri. Nasi sudah menjadi bubur (teruskan isu BMF) atau satu lagi situasi 'Saman Selasa' yang tidak kunjung tiba? Wallahualam.
Sabtu, 4 Februari 2017
BN milik peribadikan kawasan pilihanraya dan kembali kepada feudalisme?
Adakah Malaysia sedang menuju kembali ke zaman feudalisme? Suatu zaman di mana sesuatu kawasan boleh dijadikan hak milik peribadi dan boleh diwarisi secara turun temurun. Mungkin iya cuma ia berselindung di balik nama demokrasi dan pilihanraya. Pengumuman oleh Ketua Menteri Sarawak, Abang Johari pada 1 Februari 2017 menguatkan lagi persoalan ini. Pemergian allahyarham Tok Nan pada 11 Januari 2017 menjadikan kerusi untuk DUN Tanjong Datu kosong. Balu beliau, Jamilah Anu dipilih sebagai calon Barisan Nasional untuk DUN tersebut bagi menghadapi Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Tanjong Datu. Alasan yang diberikan tentang pemilihan Jamilah ialah merupakan pilihan paling sesuai memandangkan beliau sering berada di sisi Adenan ketika allahyarham bergelar sebagai Adun Muara Tang dan Tanjong Datu. "Jamilah sangat aktif dan sering turun padang bersama Tok Nan." kata Abang Johari.
Hmm...bukan menafikan sumbangan Tok Nan. Tetapi adakah aktif dan sering turun padang dalam kapasiti sebagai isteri kepada seorang ADUN itu menjadi justifikasi utama untuk pemilihan calon bagi BN? Ramai lagi pihak atau individu yang sering turun padang bersama seseorang ADUN. Contohnya, pegawai komunikasi, para pengiring (escorts), wartawan dan tidak lupa macai serta pendedak. Dan seandainya Jamilah (mudah-mudahan Puan Sri Jamilah sentiasa sihat walafiat) menang dan suatu masa pula beliau yang dipanggil Ilahi, adakah anaknya pula yang akan menjadi calon? Situasi sebegini jelas menunjukkan betapa feudalisme itu sangat kuat dalam sanubari BN, UMNO dan Najib! Jika begini keadaannya, mengapa tidak kembali kepada Sistem Pemerintahan Beraja sahaja? Bukankah sistem itu lebih menjamin ketuanan Melayu dan UMNO tidak perlu lagi bersusah payah untuk memburuk-burukkan DAP.
'Feudalisme' di Tanjong Datu bukanlah kali pertama dilakukan oleh Barisan Nasional. Mereka telah melakukannya sebelum ini di P185 Batu Sapi, Sabah pada PRK 2010 untuk kawasan tersebut. Ketika itu Linda Tsen Thau Lin dipilih sebagai calon BN bagi mengisi kekosongan kerusi kawasan berkenaan rentetan daripada kematian mendiang suami Linda (mendiang Chong). Pemilihan tersebut berjaya mengekalkan BN di kerusi berkenaan untuk PRK P185 2010 dan juga PRU13. Adakah sentimen 'kematian' suami atau lebih tepatnya undi simpati adalah senjata yang berkesan dalam dunia politik di Malaysia? Tidakkah rakyat melihat yang demokrasi di Malaysia ini sebenarnya adalah feudalisme versi moden? Jika dalam feudalisme versi lama, taun-tuan tanah mendukung raja...dalam feudalisme moden pula ADUN/MP mendukung Perdana Menteri. Skrip yang dihasilkan juga adalah sama iaitu yang kuat atau berpengaruh adalah 'above the law' manakala yang lemah atau tidak punya pengaruh akan 'tertindas'!
PRK P67 Kuala Kangsar pada 2016 juga menceritakan hal yang sama. Jadi apakah justifikasi Zahid Hamidi yang mendakwa pemilihan balu untuk menjadi calon BN dalam PRK bukanlah suatu trend Barisan Nasional? 3 kematian dan 3 balu juga yang telah dipilih oleh Barisan Nasional sebagai calon mereka. Apakah itu bukan satu trend? Adakah ianya hanya akan dianggap sebagai suatu trend jika pihak pembangkang yang melakukannya? Nampaknya Barisan Nasional khasnya UMNO menjadi pemerintah hanya untuk membuat penafian meskipun yang dinafikan itu adalah fakta! Auta, kleptokrasi dan UMNO/BN berpisah tiada! Hakikatnya, berdasarkan beberapa PRK khasnya sejak Najib menjadi Perdana Menteri...Malaysia sebenarnya lebih mengamalkan feudalisme berbanding demokrasi. Apakah tiada calon lain dalam kalangan ahli Barisan Nasional yang layak menggantikan para ADUN/MP yang telah meninggal dunia?
Penulis percaya ramai lagi calon yang lebih layak untuk mewakili Barisan Nasional dalam PRK untuk kawasan-kawasan yang telah disebutkan di atas. Tetapi mengapa 'waris terdekat' juga yang menjadi pilihan Barisan Nasional? Jawabannya mungkin ada pada sejarah politik Perdana Menteri sekarang yang kelihatan maksum pada pandangan para 'penjilatnya'. Kebetulan atau disengajakan? Najib sendiri memulakan karier politiknya secara tiba-tiba pada 1976 apabila bapanya (allahyarham) Tun Abdul Razak dijemput Ilahi. Ketika itu usianya baru 22 tahun (hampir 23 tahun). Dan Perdana Menteri ketika itu ialah Tun Hussein Onn (PM yang sama ketika Kes BMF mula 'dihidu'). Masih mahu menafikan yang ianya bukan satu trend? Hanya sedikit perbezaan dalam situasi Najib dengan para isteri mantan calon Barisan Nasional itu. Najib adalah anak lelaki kepada mantan YB yang telah meninggal itu manakala para isteri itu adalah balu. BN milik peribadikan kawasan pilihanraya dan sedang membawa Malaysia kembali kepada feudalisme? Wallahualam.
Jumaat, 3 Februari 2017
Kera di hutan disusui, Anak sendiri dibiarkan kebuluran
Menuju PRU14, apa sahaja isu yang boleh dieksploitasi pastinya tidak akan dilepaskan oleh Najib dan UMNO. Rohingya, nama yang tak kering dibibir media pro UMNO ketika ini. Dan seperti biasa, tanpa segan silu...Najib tidak mahu menunggu pihak lain menilai penglibatan UMNO dalam isu seperti ini. Angkat bakul sendiri terus dipersembahkan. Yakin Misi Food Flotilla For Myanmar akan memberi kesan yang besar kepada etnik Rohingya, itu 'bakul' yang diangkat sendiri oleh Najib pada kali ini. Almaklum sambutan terhadap media arus perdana kian 'mengecut' dan Geng 6.6 pula tidak boleh diharapkan sangat oleh Najib. Maka tidak hairan Najib memuji diri sendiri dengan kerap sejak akhir-akhir ini. Tetapi dengan tindakan seperti ini adakah Najib yakin bahawa ianya mampu 'mengghaibkan' segala kebejatan yang dia lakukan? Keyakinan Najib tentang flotilla itu adalah berdasarkan kesungguhan misi yang disertai 230 aktivis dan sukarelawan lebih 10 negara yang akan belayar ke Yangon, Myanmar dan Teknaf, Bangladesh.
Tiap kali isu Rohingya timbul dikala PRU14 semakin menghampiri, penyertaan Najib akan diberikan liputan meluas oleh media pro UMNO. Seolah-olah yang tiada lagi permasalahan rakyat dalam negara ini untuk ditonjolkan. Dah macam peribahasa kera di hutan disusui, anak sendiri dibiarkan kebuluran. Teringat kembali isu kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen baru-baru ini yang tidak diberikan liputan sebagaimana isu beg plastik di Selangor (yang jelas 'dispin' oleh TV3). Serius nak bantu etnik Rohingya? Mengapa tidak berani bertindak dengan lebih tegas? Kata pentadbiran Najib jauh lebih baik daripada pentadbiran era Tun Mahathir. Mengapa tidak berani bertindak melebihi apa yang Tun Mahathir lakukan untuk menyelamatkan etnik Bosnia ketika Perang Balkan di era 90an? Risau undi pos tidak dapat dikawal jika hantar tentera ke sana? Tidakkah Najib pernah mengambil ikhtibar daripada misi seumpama flotilla ini yang dilakukan untuk Palestin dan Syria? Bukankah rakyat di kedua-dua negara masih ditindas?
Adakah Najib dan UMNO-PAS menganggap bahawa isu Rohingya itu jauh lebih penting daripada MA63? Sibuk berlagak sebagai hero untuk etnik Rohingya sehingga sentiasa lari daripada MA63! Etnik Rohingya lebih bernilai daripada Bangsa Sabah dan Sarawak? Penindasan di seberang laut sibuk dicampuri sedangkan pada masa yang sama penindasan dalam negara sendiri terus dihalalkan. Adakah dalam kamus UMNO, penindasan itu hanya terhad kepada pembunuhan secara besar-besaran sahaja? Ketidaksamarataan politik dan ekonomi itu bukan satu bentuk penindasan? Pencabulan ke atas perkara-perkara dalam suatu perjanjian itu juga bukan penindasan? Tindak-tanduk UMNO-PAS sejak akhir-akhir ini seolah-olah berterusan mengakui yang etnik Rohingya memang jauh lebih penting daripada Sabah dan Sarawak. Malang sungguh bagi rakyat Sabah dan Sarawak apabila majoriti Wakil Rakyat yang telah mereka berikan kepercayaan untuk mewakili kehendak mereka, memilih untuk kekal teguh bersama 'pembelotan' yang Najib lakukan!
Apa yang Najib buat berhubung MA63? Dia hanya bermain dengan waktu! Hanya sentuhan sipi dilakukan terhadap isu ini setiap kali PRU atau PRN Sabah/Sarawak menjelma. Dan media pro UMNO sendiri sekadar memberi liputan yang boleh 'dispin' agar menjadi bukti bahawa pentadbiran Najib mengambil serius akan isu tersebut. Penulis percaya isu ini akan kerap disebut oleh Najib dan UMNO dikala pilihanraya semakin hampir. Dan perkataan yang akan kedengaran ialah 'kerajaan BN bersedia untuk mendengar dan berunding tentang MA63'. Masa berunding sebenarnya telah lama tamat kerana ia telah dimuktamadkan pada hari Persekutuan Malaysia ditubuhkan secara rasmi. Sekarang seharusnya hanyalah fasa pelaksanaan! Sibuk bersolidariti demi etnik Rohingya dan sibuk mendesak Myanmar agar menghormati hak etnik Rohingya. Walhal pada masa yang sama hak sebenar rakyat Sabah dan Sarawak terus dinafikan!
Membantu pihak lain memang sebahagian daripada tuntutan Islam. Tetapi Islam juga menganjurkan agar bantu diri sendiri dan keluarga terlebih dahulu sebelum membantu orang lain. Adakah penderitaan etnik Rohingya itu lebih perit daripada penderitaan beratus ribu graduan yang berstatus penganggur? Berbelas tahun menempuhi cabaran pendidikan dengan majoriti mereka sudah pun dijerut dengan hutang PTPTN hanya untuk berakhir sebagai penganggur. Tidakkah Najib dan UMNO-PAS merasai penderitaan ibu bapa graduan yang berkenaan (penganggur)? Betapa hancur luluh harapan seorang ibu dan ayah yang berkorban harta dan tenaga untuk memastikan anak mereka beroleh pendidikan yang tertinggi, tetapi pulangannya ialah melihat anak mereka menjadi penganggur. Pada 19 Januari 2017, Najib begitu berbangga mengumumkan bahawa Malaysia akan menyumbang RM10 juta untuk bantuan kemanusiaan dan projek pemulihan sosial di Rakhine, Myanmar. Jika mampu menyumbang sebanyak itu untuk 'kera di hutan', mengapa tidak mampu 'menyusukan anak di rumah' agar mereka bebas daripada zon pengangguran dengan kos sebanyak itu? Wallahualam.
Kemaruk 'dakwa', 'akuan sumpah' dan 'saman'
Engkau ni dah kenapa? Soalan biasa yang akan kita tanyakan kepada seseorang yang tak habis-habis 'inginkan' perhatian. Di dalam dunia politik, inginkan perhatian ini dapatlah kita samakan dengan peribahasa hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Sejak akhir-akhir ini Tunku Aziz kelihatan memiliki sikap seperti ini. Kelakuannya itu turut menimbulkan persoalan adakah dia seorang yang kemaruk 'dakwa' 'saman' dan 'akuan sumpah'? Seringkali membuat kenyataan yang gagal disertakan dengan bukti apabila diminta berbuat demikian. Terbaharu, Tunku Aziz mendakwa bahawa Lim Kit Siang telah dibeli oleh Tun Mahathir. Satu kenyataan yang pelik kerana sebelumnya dia mendakwa bahawa Tun Mahathir 'diperkudakan' oleh Lim Kit Siang. Hmm...mungkin dia lebih layak menerima gelaran 'sudah nyanyuk' daripada UMNO berbanding dengan Tun Mahathir. Bagaimana seseorang yang dilabel sebagai 'diperkudakan' boleh pula membeli orang yang 'memperkudakan' itu?
Apakah kenyataan atau dakwaan yang terbaharu itu menandakan bahawa dia mengakui yang autanya sebelum ini telah gagal menimbulkan 'perang' dikalangan pembangkang? Entah sudah berapa kali kita mendengar media pro UMNO menyiarkan 'dakwaan' Tunku Aziz terhadap pemimpin parti-parti pembangkang. Mungkin Harussani perlu mengingatkan orang seperti ini tentang dosa fitnah. Dakwaan-dakwaan tanpa bukti yang sering dilaungkan oleh Tunku Aziz ternyata tidak membantu untuk memperbaiki kualiti berpolitik di negara ini khasnya dari 'sebelah' parti pemerintah. Adakah Tunku Aziz menyokong kleptokrasi secara rela atau sebenarnya Najib telah membeli harga dirinya? Satu perbuatan yang sungguh 'malang' bagi dirinya. Bak kata Nazri Aziz, diusia yang sudah melepasi angka 80 adalah lebih baik bagi Tunku Aziz menghabiskan masa bersama cucu-cucunya jika masih enggan membuka hati untuk lebih beramal ibadah.
Selain daripada 'dakwa', 'akuan sumpah' adalah satu lagi kegianan ketara yang ditonjolkan oleh Tunku Aziz. Dah macam lampiran sokongan untuk pengisian borang-borang tanpa dokumen yang lengkap pula. Apakah kapasiti Tunku Aziz yang melayakkan dia menuntut akuan sumpah daripada para pembangkang? Barua UMNO? Kah dia berharap dengan adanya akuan sumpah Najib akan kekal sebagai Perdana Menteri meskipun (seandainya) UMNO/BN tersungkur pada PRU14 nanti. Ingatlah wahai Tunku Aziz, negara ini adalah negara demokrasi (walaupun sekarang dah jadi kleptokrasi)! Apakah menjadi kesalahan dalam Perlembagaan jika sekalipun memang benar Lim Kit Siang ingin menjadi Timbalan Perdana Menteri? Sedarlah tiada di mana-mana bahagian dalam Perlembagaan yang menyatakan jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri itu hak mutlak pemimpin daripada parti UMNO sahaja!
Hmm...kemaruk akuan sumpah ya. Apa kata Tunku Aziz menuntut akuan sumpah daripada Hishamuddin yang menyatakan dia tidak akan 'memintas' Zahid Hamidi sebagai 'the next' Perdana Menteri. Ada berani? Atau beranikah Tunku Aziz menuntut akuan sumpah daripada Najib Razak yang menyatakan bahawa Zahid Hamidi dengan pasti akan menggantikannya sebagai MO1 bila tiba masanya? Bagaimana dengan RUU 355? Berani menuntut akuan sumpah daripada UMNO yang menyatakan bahawa parti tersebut akan 100% menyokong hajat PAS berhubung perkara itu tanpa mempedulikan bantahan MCA dan Gerakan? Hakikatnya, kegusaran UMNO terhadap sokongan positif rakyat terhadap Pakatan Pembangkang khasnya PPBM jelas terpapar melalui 'serangan-serangan' Tunku Aziz ini. Berani kerana benar, berdolak-dalik kerana penuh auta! Jelas sekali 'penyakit' UMNO telah menjangkiti mantan Naib Pengerusi DAP ini.
'Saman'. Satu lagi kegilaan Tunku Aziz. Apakah dia ingat yang setiap orang dalam negara ini akan membuang masa mereka dengan urusan saman menyaman hanya untuk perkara atau tuduhan yang memang tidak berasas? Bukankah lebih baik bagi dirinya untuk bertindak terus menyaman pihak yang didakwanya itu berbanding mencabar pihak berkenaan agar menyamannya bagi membuktikan mereka tidak bersalah. Mungkin keinginannya untuk disaman akan menjadi kenyataan dalam waktu yang terdekat. 'Dateline' yang diberikan DS Mukhriz kepadanya telah lama berakhir. Melihat kepada 'kegilaan' Tunku Aziz untuk disaman membuatkan penulis terfikir, adakah dia memang telah dijanjikan akan berada di pihak yang menang andainya mahkamah menjadi gelanggang perlawanan? Kerana jika benar dia memang mempunyai bukti untuk setiap autanya itu pasti laporan polis telah dilakukan olehnya. Adakah permainan 'dakwa', 'akuan sumpah' dan 'saman' oleh Tunku Aziz ini hanyalah helah untuk memerangkap mangsanya? Wallahualam.
Khamis, 2 Februari 2017
Najib.....Anugerah atau Istidraj?
Dalam memberi segala kenikmatan untuk setiap makhluk ciptaanNya, Islam atau Bukan Islam, Allah swt memang Maha Pemurah. Dia sentiasa memberikan limpahan kemewahan yang merangkumi rezeki, kesihatan, kekayaan dan sebagainya. Namun, pemberian Maha Esa itu adakalanya disalah ertikan makhluk ciptaanNya, sehinggakan ada yang sombong, takbur dan tidak menjalani hidup seperti yang diperintahkanNya. Manusia semakin alpa dan tenggelam dengan nikmat kurniaan Ilahi. Kita sering melihat atau mendengar tentang mereka yang mungkar tetapi mewah, tidak peduli batas-batas agama tetapi kaya raya, memperolok-olokkan agama tetapi disanjung tinggi dan pelbagai lagi yang bertentangan dengan hukum hakam tetapi mereka beroleh pelbagai kesenangan dan keistimewaan. Pastinya anda pernah tertanya-tanya mengapa ia jadi begitu? Adakah Allah redha akan dengan perbuatan mereka? Atau adakah golongan seperti itu adalah anugerah kepada sesebuah masyarakat? Sebenarnya itulah apa yang dikatakan ISTIDRAJ seperti yang diterangkan oleh hadis.
Dalam pada itu mutakhir ini kita sering mendengar laungan UMNO bahawa Najib Razak adalah anugerah daripada Allah. Detik malang politik negara? Itu antara persoalan yang mungkin bermain difikiran rakyat apabila pada 29 November 2016 kita dikejutkan dengan gesaan Zahid Hamidi terhadap ahli UMNO. Zahid menggesa ahli UMNO agar kekal setia kepada Najib Razak kerana Allah telah memilihnya untuk menjadi Presiden UMNO. Kenyataan yang seolah-olah memberikan status sebagai 'The Chosen One' kepada Najib. Kenyataan yang juga berkemungkinan memesongkan akidah! Nauzubillah min zalik. Lupakah Zahid kepada peringatan Allah swt dalam Al-Quran yang berbunyi, “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.” [Ar-Ra'd Ayat 11]. Ayat ini dengan jelas memberi ingatan tentang 'usaha'. Kenyataan Zahid yang seolah-olah menegaskan bahawa Najib menjadi Presiden UMNO dengan sendirinya tanpa sebarang usaha itu jelas bercanggah dengan peringatan Al-Quran tersebut.
Kebarangkalian UMNO terjerumus ke lembah kerosakan akidah tidak berhenti setakat kenyataan Zahid sahaja. Terbaharu, giliran Ketua Menteri Melaka pula memberi kenyataan yang seolah-olah mengangkat darjat Najib setingkat melebihi manusia biasa. Anugerah daripada Allah, itu kenyataan daripada Idris Haron. Astagfirullah. Adakah Idris sedar apa yang dia katakan? Tidakkah dia tahu bahawa anugerah Allah hanyalah perkara yang baik-baik atau yang membawa kebaikan sahaja? Apakah justifikasi Idris untuk menyatakan bahawa Pahlawan Bugis yang terpalit dengan pelbagai skandal yang cuba disembunyikan itu sebagai anugerah daripada Allah? Orang yang membuatkan hutang negara kian menggunung (hampir mencecah RM1 trillion) itu anugerah daripada Allah? Orang yang bernegah-megah dengan keduniaan itu anugerah Allah? Orang yang tegar 'memeras' rakyatnya demi 'keselesaan' dirinya itu anugerah Allah? Renungkan dan fahami dengan mendalam akan maksud Istidraj wahai Idris!
Ke manakah ia membawa kita? Lebih dekat kepada Allah atau semakin jauh daripada perintahNya? Itu persoalan mudah yang boleh diajukan kepada diri sendiri untuk mengenali yang mana anugerah dan yang mana istidraj. Begitu banyak kebejatan yang telah Najib lakukan yang sepatutnya membuka mata, hati dan akal sesiapa sahaja daripada menghampiri kekufuran dengan mengangkat Najib sebagai anugerah daripada Allah! Kita mulakan dengan 1MDB kerana bagi penulis, inilah induk bagi segala permasalahan politik dan ekonomi Malaysia sekarang. Apakah yang telah disumbangkan oleh 1MDB kepada rakyat dan negara? Selain daripada hutang yang bertimbun, sumbangan lain 1MDB kepada rakyat negara ini ialah menghantar mereka menunaikan haji menggunakan sumber yang puncanya diragui! Itukah anugerah daripada Allah? Nauzubillah min zalik. Adakah orang yang sewenangnya menggunakan harta kerajaan atau rakyat demi kepentingan dan kegunaan peribadi atau keluarga itu layak dianggap sebagai anugerah daripada Allah?
Kepada ahli UMNO, macai dan pendedak bawa-bawalah insaf. Bagaimana mungkin orang menolak dan mempolitikkan hukum Allah (hudud) boleh diangkat ke tahap anugerah daripada Allah? Kepada rakyat sekalian, sedarlah bahawa Najib Razak sebenarnya adalah 'bala' yang Allah turunkan kepada rakyat dan negara ini lantaran 'kerakusan' dalam mengejar duniawi. Lihat sahaja BR1M. Demi kesenangan sementara, 'rasuah' dikatakan bantuan. Berapa ramaikah yang telah membuat dosa atas perbuatan menipu sejak BR1M mula diperkenalkan? Adakah anda yakin yang 100% penerima BR1M itu benar-benar layak? Najib dan UMNO juga sering memomokkan rakyat dengan gesaan-gesaan atau peringatan yang sangat bertentangan dengan akidah. Tanpa UMNO Melayu akan merempat, hanya UMNO sahaja yang mampu memajukan rakyat/negara dan UMNO adalah wadah terbaik untuk memperjuangkan Islam adalah antara ungkapan yang sering didendangkan yang bagaikan menidakkan Allah swt. Nauzubillah min zalik. Najib satu anugerah atau istidraj? Wallahualam.
Selasa, 31 Januari 2017
WARISAN utamakan rakyat dalam menghadapi PRN Sabah
Selaku Presiden Parti Warisan, DS Shafie Apdal sentiasa mengingatkan bahawa Parti Warisan bukan parti untuk satu kaum sahaja tetapi ianya merupakan parti untuk Bangsa Sabah. Kata-kata seperti dalam gambar di atas adalah antara teras perjuangan Warisan yang membolehkan ia diterima dan mendapat sokongan rakyat Sabah dalam waktu yang begitu singkat. Satu demi satu kawasan DUN Sabah dikunjungi Siri Jelajah Warisan (SJW). Dalam setiap kunjungan itu sambutan hangat diberikan penduduk setempat. Kehadiran rakyat ke SJW bukan sahaja setakat daripada penduduk setempat malahan rakyat daripada kawasan DUN Sabah yang lain. Ini menunjukkan betapa teras perjuangan Parti Warisan yang seringkali berkumandang dalam SJW memang amat dirindukan dan diperlukan oleh rakyat Sabah. Telah hampir 54 tahun Sabah merdeka menerusi Persekutuan Malaysia. Tetapi tanpa disedari sendiri oleh majoriti rakyat Sabah, mereka masih 'dijajah' di negeri sendiri!
Siapakah (parti) di Negeri Di Bawah Bayu sebelum wujudnya Parti Warisan benar-benar menjadi platform perjuangan yang mewakili semua kaum/etnik di Sabah? USNO, BERJAYA, PBS, UPKO, SAPP atau UMNO/BN? Lihat dengan teliti komposisi kepimpinan parti-parti tersebut nescaya anda akan dapati yang mereka sebenarnya hanya mewakili kepentingan kaum/etnik masing-masing! Justeru, kemunculan Warisan memberikan jawaban kepada 'kehausan' rakyat Sabah yang telah sekian lama inginkan sebuah parti yang akan mewakili Bangsa Sabah. Rakyat Sabah yang kian matang dalam berpolitik sedar parti kesukuan tidak akan membantu mereka untuk bebas daripada belenggu 'penjajahan' di bumi sendiri. Tanpa disedari majoriti rakyat Sabah, selama ini sebenarnya UMNO/BN 'menjajah' negeri ini dan berselindung di sebalik auta perpaduan transnasional. Satu soalan mudah untuk membongkar auta transnasional ini...mengapa kadar Elaun Perumahan dan Wilayah (EPW) antara Semenanjung, Sarawak, W.Persekutuan dan Sabah tidak sekata?
Sebagai sebuah parti baharu yang pada awalnya tidak diendahkan parti pemerintah mahupun parti pembangkang tempatan Sabah yang lain, Warisan masih mengekalkan sikap 'low profile' walaupun kini parti itu kian mendapat sambutan rakyat Sabah. Dan sebaik sahaja kemampuan Warisan mula membuka mata parti pemerintah dan parti-parti lain, maka berbondong-bondonglah serangan yang dilemparkan kepada parti tersebut daripada pelbagai arah. Dari macai dan pendedak sehingga kepada pemimpin parti pemerintah serta 'talibarut' mereka di dalam parti pembangkang tempatan Sabah yang lain, pelbagai auta cuba dilontarkan untuk menghentikan sokongan rakyat Sabah terhadap parti Warisan. Jerat gabungan parti pembangkang (USA) juga cuba dijulur agar Warisan dilihat sebagai parti yang pentingkan diri sendiri dan jawatan. Namun itu semua gagal menjerumuskan Warisan ke dalam kancah politik kebencian, perkauman dan sentimen agama.
Kenyataan DS Shafie seperti dalam gambar di atas sudah cukup untuk memberi penjelasan tentang mengapa Warisan memilih untuk bergerak secara bersendirian ketika ini. Mengapa perlu gabungan parti jika benar perjuangan adalah atas landasan yang sama? Itu soalan yang wajar dijawab oleh UMNO/BN dan USA (United Sabah Alliance)! Berjuang untuk rakyat bukan jawatan! Itu satu lagi peringatan yang sering ditegaskan oleh kepimpinan Warisan dalam setiap SJW. Berjuang demi rakyat pastinya sangat berbeza dengan berjuang demi jawatan. Lihat sahaja YB UMNO/BN sekarang. Mereka bukan tidak tahu dan tidak mendengar segala rintihan dan keperluan rakyat tetapi oleh kerana perjuangan mereka sebenarnya adalah demi jawatan maka mereka sanggup berdiri teguh bersama golongan kleptokrat dan oxymoron yang sedang menguasai negeri dan negara! Rakyat hanya menjadi keutamaan bilamana PRU atau PRN mula menyingsing!
Suasana seperti dalam gambar di atas adalah suasana yang sering kelihatan dalam setiap SJW. Bukti yang tidak dapat disangkal lagi yang jelas menunjukkan betapa Warisan dan rakyat Sabah sudah tidak sabar untuk mengubah parti pemerintah pada PRN Sabah nanti. Tentu sahaja suasana seperti ini tidak akan kelihatan dalam mana-mana media pro UMNO. Jika dipaparkan pun pasti beritanya akan 'dispin' agar ia kelihatan sebagai tidak mendapat sambutan. Kehadiran rakyat dalam setiap SJW adalah tanpa paksaan/kerahan dan tanpa 'dedak'! Sangat berbeza dengan pendekatan UMNO/BN yang akan menyelitkan 'program dedak' dalam setiap majlis yang dicanang sebagai majlis bersama rakyat. Tanyakan kepada para kakitangan kerajaan, berapa ramai ketua-ketua jabatan atau wakil mereka yang terpaksa meninggalkan tugas hakiki mereka setiap kali Musa Aman 'turun padang'? Kepada rakyat Sabah, PRN semakin hampir...bulatkan dan kukuhkan tekad untuk menolak UMNO/BN dan memilih Warisan demi kemerdekaan Sabah dalam erti kata sebenar Persekutuan Malaysia! Wallahualam.
Penggantungan Annuar 'Panamera': Kambing hitam atau sekadar wayang UMNO?
Jika anda kerap kali dibohongi oleh seseorang, apakah tahap kepercayaan anda terhadap orang itu? Sangat tinggi, tinggi, sederhana, rendah atau sangat rendah? Begitu juga halnya dengan Najib dan UMNO. Adakah rakyat meletakkan kepercayaan yang tinggi terhadap kes penggantungan tugas Annuar 'Panamera' sebagai Pengerusi MARA? Auta UMNO yang terlalu banyak 'bertaburan' dalam pelbagai isu menyebabkan kes seperti penggantungan tugas Annuar 'Panamera' ini tidak lepas daripada persoalan. Persoalan yang timbul ialah adakah ianya akan menghala kepada suatu siasatan yang telus sekaligus menjadikan Annuar 'Panamera' sebagai kambing hitam untuk semua salah laku UMNO atau ianya sekadar wayang arahan Najib yang mana diakhirnya kelak AG Apandi akan mengisytiharkan ianya sebagai tiada kes? Rakyat telah melihat 'permainan' seperti ini dalam beberapa kes seperti derma RM2.6 billion, dana RM42 juta SRC dan terbaharu pendakwaan Skandal JANS yang dituduh di bawah penggubahan wang haram bukannya rasuah!
Tidak dinafikan berita penggantungan tugas Annuar 'Panamera' sebagai Pengerusi MARA ini adalah 'mata pendahuluan' bagi TMJ dan rakyat. Sekian lama rakyat mengikuti perkembangan polemik TMJ dan Annuar 'Panamera' yang bagaikan tiada noktah lantaran sikap Annuar 'Panamera' yang sering membuat 'pusingan roundabout'. Sepanjang polemik itu, pelbagai pihak termasuk penulis sendiri telah menyatakan bahawa Annuar 'Panamera' meletakkan dirinya sebagai liabliti kepada UMNO yang sudah sedia 'membusuk' dan kian 'mereput'. Tetapi adakah 'mata pendahuluan' ini akan berakhir dengan kemenangan kepada TMJ dan rakyat? Mungkin tidak! Dengan PRU14 kian menghampiri dan PRN Sabah berkemungkinan besar akan diawalkan, menjadikan Annuar 'Panamera' sebagai kambing hitam untuk semua salah laku Najib dan UMNO pastinya terlalu 'berharga' untuk dilakukan. Ditambah dengan kedudukan Annuar 'Panamera' sebagai Ketua Penerangan UMNO, menjadikannya sebagai kambing hitam akan memberikan 'peluru' yang sangat berharga kepada para pembangkang.
Sebaik sahaja berita penggantungan tugas Annuar 'Panamera' dihebahkan media, rakyat tidak perlu menunggu lama untuk melihat 'the next move by' UMNO. Ahli Parlimen Balik Pulau, Hilmi Yahaya mengeluarkan kenyataan yang memang sudah dijangkakan (gambar atas). Alahai Hilmi, baru keluar gua? Janganlah beranggapan yang rakyat ni semua atau majoritinya macai dan pendedak! Geng 6.6 (laskar maya UMNO) bolehlah 'dikencing' dengan kenyataan seperti itu. Tetapi tidak semudah itu untuk memperbodohkan rakyat yang bebas 'dedak'. Skandal JANS yang belum lagi mencecah garisan penamat cukup segar untuk mengingatkan rakyat yang butang 'spin' hanya beberapa inci jaraknya daripada Najib dan UMNO. Tambahan pula kes penggantungan ini tidak melibatkan jawatan Annuar 'Panamera' dalam UMNO. Di mana telusnya yang hang canang wahai Hilmi? Dan Hilmi buat-buat lupa dengan Skandal 1MDB. Pak Najib digantung tugas tak ketika itu?
Sedarlah Hilmi, Najib dan UMNO...mana mungkin rakyat akan mempercayai lagi parti yang diterajui oleh 'kaki auta'! Hanya macai, pendedak dan geng 6.6 sahaja yang akan bersorak gembira dengan berita 'ketelusan' yang palsu ini. Andai Annuar 'Panamera' akan berakhir di penjara sekalipun, belum tentu rakyat akan kembali tabik hormat kepada undang-undang dan UMNO. Ini kerana parti tersebut telah mencecah tahap yang tidak boleh dibaiki lagi. Hanya penggantian parti pemerintah yang dapat mengembalikan penghormatan rakyat kepada undang-undang negara ini. Benarlah kata YB Rafizi yang orang UMNO memang 'bangang' Matematik. Mana mungkin dengan hanya satu kes (yang didakwa Hilmi sebagai bukti telus) sahaja, ia dikira 'mensucikan' pelbagai lagi kebejatan yang telah dilakukan oleh UMNO. Hilmi seolah-olah menyatakan bahawa angka 1 itu lebih besar daripada angka 1000! Ini bukan soal kebaikan dan kejahatan amalan yang mana 1 kebaikan boleh menghapus pelbagai kejahatan selagi kejahatan itu bukanlah dosa-dosa besar!
Sandiwara atau wayang UMNO berhubung kes penggantungan tugas Annuar 'Panamera' tidak mengambil masa yang lama untuk menyiarkan 'trailernya'. Bagaimana Menteri KKLW yang berkuasa ke atas MARA boleh tidak tahu tentang penggantungan itu? Atau adakah Ismail Sabri memang layak digelar 'menteri tak tahu'? Ini bukan kali pertama Ismail memberikan jawaban 'saya tidak tahu' apabila suatu isu diajukan kepadanya. Kalau benar kuasa Ahli Majlis MARA ini mengatasi kuasa Menteri dalam keputusan seperti ini, maka malu besarlah Jabatan Peguam Negara dan AG Apandi! Dan akan kesipuanlah SPRM dengan alasan 'diluar bidang kuasa' dalam Skandal JANS! Tetapi auta dan UMNO berpisah tiada. Agak mustahil Ahli Majlis MARA akan membuat suatu tindakan tanpa restu Menteri KKLW kerana tindakan sedemikian hanya mendedahkan mereka kepada risiko untuk dipecat! Annuar 'Panamera', kambing hitam atau wayang UMNO? Wallahualam.
Isnin, 30 Januari 2017
Skandal JANS permainan politik Salleh Keruak?
6 Oktober 2016 negara dikejutkan dengan berita rampasan terbesar yang merupakan kes terbesar dalam sejarah SPRM. RM114.5 juta dirampas SPRM daripada 2 Pegawai Kanan Jabatan Air Negeri Sabah. Pegawai yang masing-masing berpangkat Pengarah dan Timbalan Pengarah itu direman selama satu minggu untuk membantu siasatan pada ketika itu. Sepantas kilat juga macai dan pendedak UMNO 'menjatuhkan' hukuman rasuah kepada mantan Menteri KKLW, DS Shafie Apdal. Siasatan SPRM baru hendak bermula tetapi macai dan pendedak UMNO sudah menjatuhkan hukuman kepada DSSA kononnya ia merupakan penyelewengan beliau dalam Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Sabah. Seperti juga para pemimpin UMNO, macai dan pendedak sering berhujah tanpa menyelidiki fakta terlebih dahulu. BALB adalah satu projek yang dilaksanakan secara rundingan terus. Dan dalam rundingan terus, pihak yang bertanggungjawab ialah Menteri Kewangan Persekutuan dan Menteri Kewangan Sabah. Anda pasti tahu siapa mereka!
Harapan rakyat Sabah begitu menggunung untuk melihat skandal rasuah ini dibicarakan. Harapan ini diperkukuhkan lagi apabila media seperti Astro Awani memuatkan berita mengenainya dengan tajuk seperti dalam gambar di atas (kiri). Namun harapan tersebut berderai apabila pendakwaan dibuat atas pertuduhan penggubahan wang haram! Begitu banyak wang tunai dan harta yang dirampas dan kesudahnnya penggubahan wang haram? Itu antara reaksi majoriti rakyat apabila pendakwaan bermula. Dan kemudian surat jawaban SPRM kepada Pemuda Amanah yang tersebar di facebook menambah kekecewaan rakyat terhadap skandal tersebut. SPRM mengesahkan tiada unsur rasuah dan ia diluar bidang kuasa mereka. Jika bukan bidang kuasa SPRM, bidang kuasa siapa? Menteri Kewangan Persekutuan dan Menteri Kewangan Sabah? Atau bidang kuasa UMNO? Adakah Skandal JANS ini hanyalah satu permainan politik?
Permainan politik? Mungkin juga. Kebetulan atau sudah dirancang, Skandal JANS terbongkar selepas DS Shafie meninggalkan UMNO yang semakin korup dan 'gila'. DS Shafie pastinya sangat merisaukan UMNO kerana sekian lama bersama parti itu pastinya banyak rahsia dan salah laku UMNO yang diketahui oleh beliau. Tidak mungkin UMNO akan membiarkan DS Shafie mendedahkan itu semua kepada rakyat khasnya rakyat Sabah. Cubaan menimbulkan skandal palsu DS Shafie dengan Zahida Rafik gagal kerana ditolak rakyat. Maka timbullah Skandal JANS! Pada peringkat awal media pro UMNO bagaikan senada seirama dengan para macai dan pendedak. Laporan mereka seringkali cuba menggambarkan bahawa ia memang tanggunjawab Menteri KKLW secara 100%. Namun mereka terlupa yang zaman pemerintah dan 'macai' media serba tahu sudah lama berkubur! Jawaban mudah dan bersahaja DS Shafie Apdal mematahkan auta mereka. Rujuk Treasury Instruction, itu jawaban DS Shafie yang menyebabkan tumpuan beralih kepada Ketua Menteri Sabah, Musa Aman.
Jawaban DS Shafie dan halatuju siasatan SPRM mula merisaukan UMNO khasnya Musa Aman. Anifah Aman yang juga adik kepada Musa Aman adalah yang pertama bertindak melepaskan onar. Menteri Luar itu membuat penafian bahawa Pengarah JANS adalah merupakan Bendahari UMNO Bahagian Kimanis. Terasa kah Anifah? Ia disusuli dengan kenyataan 'bacul' Musa dalam Sidang DUN Sabah yang menuduh DS Shafie bertanggungjawab dalam BALB. Hanya satu pernyataan dan tidak pernah diulangi lagi oleh Musa terutama selepas DS Shafie mencabarnya untuk mengulangi kenyataan itu di luar DUN. Satu demi satu suspek ditangkap SPRM untuk membantu siasatan dan ia semakin menghala kepada Musa dan seorang lagi 'pengampunya' iaitu Ramlee Marhaban. Dan dikala seluruh negara begitu teruja untuk melihat kesudahan 'drama' siasatan SPRM berhubung Skandal JANS, 'spin' berlaku disaat akhir apabila pendakwaan adalah dibawah pertuduhan penggubahan wang haram!
DS Shafie cuba dijadikan 'mangsa' dan 'pemangsa' (Musa Aman) juga hampir menjadi mangsa. Menarik sungguh Skandal JANS ini. Timbul satu persoalan, siapakah yang sebenarnya akan mendapat keuntungan daripada skandal ini? Adakah orang itu juga adalah dalang disebalik 'meletupnya' skandal ini? Maka kedengaranlah desas-desus yang mungkin Salleh Keruak adalah orangnya. Benarkah? Mungkin benar, apatah lagi jika melihat kepada perlakuan Salleh yang sering 'menjilat kahak' Najib. Sering mempertahankan Najib sehingga ke tahap yang seolah-olah Najib itu maksum. Bebas daripada sebarang khilaf! Sudah menjadi tabii orang UMNO...tiada sokongan terhadap pimpinan parti tanpa 'dedak'. Adakah jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah adalah 'dedak' yang diidamkan oleh Salleh? Kekayaan Musa yang dilaporkan mencecah RM1.5 billion mungkin menimbulkan 'iri hati' Salleh. Benarkah Skandal JANS adalah permainan politik Salleh? Wallahualam.
Najib kantoi lagi
Enough is enough! Itu antara kata-kata Najib dalam ucapannya ketika himpunan solidariti Rohingya yang dicanang media pro UMNO. Konon nak tunjukkan yang Najib ni tegas dalam soal membela saudara seagama (Islam). Namun, 'kepit' juga yang terpapar bukan sahaja dalam negara tetapi juga pada pandangan rakyat dan pemerintah Myanmar! Tidak cukup dengan itu, Najib angkat bakul sendiri apabila menyatakan bahawa himpunan solidariti Rohingya ketika itu mendapat perhatian OIC. Hmm...tak sabar nak tunggu kenyataan rasmi dari OIC sendiri. Almaklum tak ada rakyat yang nak puji melainkan macai dan pendedak. Walaupun ianya kenyataan angkat bakul sendiri namun media pro UMNO dan macai serta pendedak berbondong-bondong mencanang Najib sebagai pejuang Islam yang berjiwa besar serta sanggup mengenepikan perbezaan politik apabila duduk bergandingan dengan Presiden PAS, Hadi Awang di atas satu pentas. Tak U-turn kah tu Pak Najib?
Kini peristiwa itu sudah hampir 2 bulan berlalu. Apakah impak perhimpunan tertutup Najib dan Hadi itu kepada Myanmar? Adakah ia menyebabkan penindasan terhadap etnik Rohingya dihentikan secara total? Tidakkah tindakan 'kebudak-budakan' Najib itu hanya tambah 'membahayakan' etnik Rohingya? Tidak mustahil kemarahan pihak berkenaan di Myanmar terhadap campurtangan Malaysia itu dilepaskan kepada etnik Rohingya. Niat yang baik tidak semestinya membuahkan hasil yang baik terutamanya jika cara yang digunakan itu 'tidak baik'. Apatah lagi jika niat himpunan itu semata-mata kerana politik! Dan apakah kesan 'perhatian' OIC itu dalam tindakan memberi tekanan berterusan kepada Myanmar? Mari kita berfikiran positif sahaja. Ada kemungkinan yang sebenarnya himpunan solidariti Rohingya itu adalah medan latihan untuk Najib mempersiapkan diri memikul tugas sebagai Ketua Pembangkang selepas PRU14 nanti!
Apa yang kantoinya Najib? Sandiwara Najib yang 'memperkudakan' isu agama dalam himpunan solidariti Rohingya terbongkar apabila dia terus 'mengepit' dan sunyi sepi daripada mengeluarkan sebarang kenyataan untuk membantah tindakan Presiden baharu U.S, Donald Trump. Setelah dilantik secara rasmi sebagai Presiden U.S, Trump telah mengeluarkan larangan visa untuk 7 negara Islam. Tidakkah larangan itu satu bentuk penindasan terhadap warga dari negara-negara Islam yang terlibat? Adakah kita akan melihat satu lagi himpunan solidariti secara tertutup yang melibatkan Najib dan Hadi? Rakyat sekalian pastinya sangat teruja untuk melihat dan mendengar laungan 'Allahuakbar' dikumandangkan sekali lagi di Stadium Titiwangsa untuk membantah penganiyaan terhadap umat Islam! Macai dan pendedak pastinya merindukan aksi 'kepit' Najib ketika berucap sambil didendangkan dengan suara yang diteran-teran.
Kata punyai hubungan baik dengan Trump. Apasal tak tegur melalui 'phone call' jak tindakan Trump tu? Baru ingat nak ikut saluran diplomatik? Dulu dengan Myanmar bukan main lagi terjerit-jerit 'enough is enough'! Sekarang apa? Nak jadikan alasan tidak mahu dilabel sebagai campurtangan? Atau sibuk rancang strategi untuk menghadapi PRU14, jadi tiada masa untuk berhimpun? Pahlawan Bugis pantang undur kata Najib. Tak kan dengan Trump nak kecut pula? Malulah nanti bawa gelaran Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil Mohd Najib Abdul Razak kalau dengan Trump pun undur. Jangan lupakan peribahasa kita Pak Najib, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Itulah sebenarnya diri Najib. Kalau perkara tu tidak menguntungkan dirinya maka 1001 macam alasan akan direka dan dicanang oleh para Menteri Pasola. Apapun alasan Najib, yang nyata 'penyamun' seperti ini tidak layak lagi untuk terus berada di Putrajaya!
'Membuang' Najib pada PRU14 nanti sebenarnya juga adalah menyahut pesanan dan gesaan Najib sendiri. Pahlawan Bugis itu pernah menegaskan bahawa untuk menjadi seorang Perdana Menteri, orang itu mestilah bersih daripada masalah moral! Memang benar kata-kata Najib yang menyatakan pemimpin yang tiada kekuatan moral hanya pandai menuduh orang sedangkan beliau sendiri tidak sunyi daripada pelbagai skandal. Tak sangka pula kata-kata tu kena kat batang hidung Pahlawan Bugis tu sendiri! Rakyat sekalian, bantulah Najib mengotakan gesaannya sendiri dengan menolak UMNO/BN pada PRU14 nanti. Putar belit Najib sudah sampai ke tahap yang tidak boleh dibaiki lagi. Pilihan yang ada ialah menggantikan parti pemerintah yang sedia ada secara keseluruhan dengan parti pemerintah yang baharu pada PRU14 nanti. Jangan berikan mandat sepenggal lagi PRU kepada UMNO/BN jika anda tidak ingin melihat rakyat dan negara ini rosak secara total! Wallahualam.
Ahad, 29 Januari 2017
Malaysia kian 'berkasih' dengan Neo Colonialism?
Hampir 60 tahun sudah kita mengecapi kemerdekaan. Saban tahun juga persoalan yang sama akan bermain di minda mereka yang peduli tentang negara ini khasnya yang melibatkan soal kedaulatan. Adakah benar kita telah merdeka? Merdeka daripada siapa? Sebagai Tanah Melayu, Sarawak dan Borneo Utara...iya memang jelas kita pernah dijajah. Tetapi sebagai Malaysia atau tepatnya Persekutuan Malaysia, siapakah yang pernah menjajah kita? Persoalan yang belum dirungkai secara konkrit. Dan kini kita berdepan pula dengan persoalan baharu, kita dihampiri penjajahan bentuk baharu? Neo Colonialism itulah yang sedang kita tempuhi. Berbeza dengan era kolonialisme atau imperialisme yang jelas bentuk penjajahannya...Neo Colonialism ini bersembunyi di sebalik 'auta baik hati' pihak luar. Macam auta baik hati BR1M pula bunyinya kan? Neo Colonialism atau penjajahan bentuk baharu ini secara ringkasnya hadir dalam bentuk modal (pelaburan), globalisasi dan penjajahan budaya.
Pelaburan dalam bentuk hartanah adalah antara bentuk Neo Colonialism yang paling mendapat perhatian sejak akhir-akhir ini. Bukan sahaja menjadi kebimbangan di kalangan rakyat marhaen mahupun pejuang rakyat seperti Tun M, malahan ia menimbulkan kebimbangan di kalangan golongan istana seperti Sultan Perak. Adakah anda beranggapan kebimbangan Baginda Sultan itu suatu perkara yang remeh? Bagi macai dan pendedak pastinya ia tidak perlu difikirkan selagi masih ada aliran masuk 'dedak' untuk mereka. Tetapi bagi mereka yang bebas 'dedak' ini suatu perkara yang sangat membimbangkan. Dengan realiti yang majoriti rakyat adalah berpendapatan sederhana dan rendah, siapakah yang akan mampu membeli atau memiliki hartanah pada harga yang tinggi? Sudah tentunya pihak luar khasnya mereka yang datang daripada negara kuasa ekonomi dunia seperti China. Mengapa perlu risau dengan China? Apakah negara lain kita tidak perlu risau?
China menjadi kerisauan utama kerana sejarah negara Malaysia sendiri. Siapakah yang boleh melupakan dengan begitu mudah apa yang telah komunis lakukan pada rakyat dan negara ini? Jika DAP yang dilabel pemerintah sebagai 'penyokong' komunis menjadi bahan momokan UMNO untuk menakutkan rakyat agar tidak menyokong parti tersebut, mengapa pula China yang memang diiktiraf dunia sebagai negara komunis harus mendapat 'layanan' yang istimewa? Adakah syarikat tempatan tidak mampu membangunkan projek 'mewah' seperti Forest City? Dan mengapa hak milik hartanah dalam projek tersebut harus 'freehold'? Leasehold tidak mampu menarik perhatian China? Fikirkanlah sendiri 'udang' apakah yang ada disebalik 'mee' projek seperti Forest City. Siapakah yang sepatutnya lebih kita risaukan atau 'takuti', penyokong komunis (yang belum terbukti) atau 'bapak' komunis yang memang tidak perlu dibuktikan lagi?
Dan seperti biasa, kerisauan rakyat diperlekeh oleh golongan kleptokrat dan oxymoron UMNO! "FDI China hanya 3.3 peratus daripada keseluruhan FDI Malaysia, mana boleh China nak 'conquer' kita." Itu kata-kata Zahid Hamidi ketika berucap pada majlis malam mesra Gong Xi Fa Cai di pekarangan Pusat Komersial Simpang Empat, Hutan Melintang pada 28 Januari 2017. Wak Zahid, zaman sekarang ni adakah negara yang akan memberitahu 'mangsanya' secara 'direct' yang dia nak menakluk si mangsa? Hatta ketika negeri-negeri Melayu dijajah British dahulu, bukankah mereka melakukannya sedikit demi sedikit? Mungkin Wak Zahid menganggapnya perkara remeh yang sengaja dipolitikkan. Almaklum Wak Zahid berketurunan Jawa yang mungkin ada kaitan dengan Majapahit. Bukankah Wak Zahid juga yang bangga mengumumkan bahawa kita akan belajar daripada China cara mengawal sempadan?
Pahlawan Bugis sendiri sebelum ini telah mengumumkan hasrat pentadbirannya untuk mempertingkatkan hubungan dengan China. Jadi apakah justifikasi Wak Zahid mencanang figure FDI China yang sebanyak 3.3% daripada jumlah FDI di Malaysia? Tidakkah kenyataan Pahlawan Bugis itu sudah cukup menggambarkan yang figure FDI China akan terus meningkat? Lupakah kita ketika penjajahan British dahulu, mereka juga tidak mengangkut seluruh tanah negara ini balik ke negara mereka? Adakah kita 'sebodoh' Nazri Aziz? FDI tidak salah tetapi biarlah ianya terkawal. Jika kita terlalu bergantung kepada kuasa ekonomi tunggal, ianya akan membahayakan negara dan rakyat. Bak kata DS Mukhriz, itu meletakkan kita 'di ambang perang'! Lihatlah Zimbabwe dan Sri Lanka yang kini menjadi 'hamba' mainan China. Bermula dengan pelaburan sebelum menjadi mangsa Neo Colonialism! Sekarang kelihatan UMNO sedang membiarkan China 'berkasih' dengan kedaulatan negara. Jangan sampai negara komunis itu 'menikahi' kedaulatan Malaysia! Wallahualam.
Bongkaknya Sang Gerakan
Bongkak. Mungkin itu perkataan yang tepat untuk meyimpulkan kenyataan terbaharu Parti Gerakan. Presiden Gerakan, Mah Siew Keong melabel Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai bersandiwara dalam soal membebaskan Malaysia daripada cengkaman kleptokrasi. Niat Lim Kit Siang mengajak MCA dan Gerakan untuk berjuang bersama-sama menentang kleptokrasi dilabel Mah Siew Keong sebagai tidak ikhlas hanya kerana ianya dibuat melalui sidang media. Ingatkan UMNO sahaja yang kalau kita nak jumpa bagai nak jumpa Presiden U.S (segalai bagai prosedur dan protokol). Rupanya Gerakan pun sama juga. Sehati Sejiwa, Senada Seirama lah katakan. Hmm...Kalau camtu PRU14 nanti memang BN terutamanya Gerakan tak nak rakyat undi mereka lagi kot. Mustahil bagi Gerakan untuk mengutus surat rasmi kepada setiap pengundi atau meghubungi setiap pengundi untuk duduk berbincang mengenai undi sambil minum kopi.
"Kalau ikhlas dan bersungguh-sungguh, pemimpin parti pembangkang itu seharusnya menghantar surat rasmi atau menghubungi saya untuk duduk berbincang sambil minum kopi." Itu penjelasan Mah Siew Keong. Setiap kali PRU, lu ada buat begitu kah Mah Siew Keong? Bantah RUU 355 ada Gerakan hantar surat rasmi kat PAS atau 'menyalak' menerusi akhbar sahaja? Apalah salahnya beri respon positif dan minta DAP buat surat rasmi untuk buatkan pertemuan itu lebih beradab. Susah sangat? Atau UMNO dah picit habis lu punya 'telor' ma? Kenyataan Mah Siew Keong ini dikeluarkan hanya selepas gesaan Ketua Penerangan UMNO Selangor, Zein Isma Ismail. Zein Isma menggesa agar MCA dan Gerakan tidak 'termakan' dengan pujukan DAP. Patutlah pengundi Cina menolak Gerakan sejauh-jauhnya. Ikut telunjuk UMNO rupanya. Bubarkan sahaja Gerakan tu kalau macam tu Mah Siew Keong. Masuk sahaja UMNO sebagai ahli 'menumpang'! Ada parti sendiri pun tunggu keputusan UMNO juga.
Bermain Sandiwara? Siapa yang sebenarnya bermain sandiwara? Tidakkah tuduhan Mah Siew Keong terhadap Lim Kit Siang (gambar atas) itu sebenarnya adalah sandiwara? Cuba berlakon sebagai watak baik dalam isu melibatkan negara. Jika benar 'berwatak baik', mengapa diam membisu dalam Skandal 1MDB? Mengapa masih sanggup bersekongkol dengan UMNO? Hanya lantang 'menyalak' dalam soal RUU 355! Begitu banyak kebejatan yang Najib dan UMNO lakukan pada rakyat dan negara ini tetapi Mah Siew Keong memilih untuk mengunci mulut. Adakah pengundi Cina 'immune' terhadap segala kerosakan dalam negara ini? Tidakkah mereka (pengundi Cina) juga terbeban dengan segala kebejatan yang Najib dan UMNO lakukan? Gerakan pastinya tahu mengapa Tsunami pengundi Cina berlaku dalam PRU12 dan PRU13. Berbeza dengan pengundi Melayu yang begitu mudah 'diperkudakan' pemerintah, pengundi Cina jelas tidak keberatan untuk menolak parti yang tidak mewakili suara mereka!
Adakah 2/222 kerusi di Parlimen itu suatu yang boleh dibanggakan oleh Mah Siew Keong? Sehinggakan 'pelawaan' daripada sebuah parti yang mempunyai bilangan kerusi di Parlimen yang jauh lebih besar daripada Gerakan (kerusi Parlimen) sewenangnya dianggap sebagai sandiwara. Jelas sekali perjuangan Gerakan sudah menyimpang jauh daripada tujuan penubuhannya. Yang menjadi buruan dan keutamaan dikala ini ialah 'dedak' daripada UMNO. Sepatutnya Najib tidak mengeluarkan kenyataan bahawa tanpa UMNO, Melayu akan merempat. Sebaiknya ayat yang paling sesuai ialah tanpa UMNO, Gerakan akan merempat! Lupakah Mah Siew Keong akan 'penghinaan' Najib selaku Pengerusi BN semasa Mesyuarat Agung Tahunan 2016? Najib hanya hadir dalam bentuk video yang berdurasi 2 minit! Jangan tungu sampai peribahasa 'habis madu sepah dibuang' menjadi kenyataan wahai Mah Siew Keong. UMNO sekarang sedang cuba 'berkasih' dengan PAS.
Mungkin sudah sampai masanya Mah Siew Keong merenung kembali sejarah silam Gerakan. Siapakah yang menyebabkan Lim Chong Eu (pengasas Gerakan) meninggalkan MCA suatu ketika dahulu? Bukankah UMNO yang menjadi penyebab? Bagaimanakah sambutan pengundi Cina kepada Gerakan ketika itu? Mereka memberi kemenangan kepada Gerakan di Pulau Pinang! Dan setelah Gerakan kembali ke pangkuan BN dan kian 'dikawal' oleh UMNO apakah reaksi pengundi Cina khasnya di Pulau Pinang? 'Menghadiahkan' kekalahan buat Gerakan! Bukalah matamu wahai Mah Siew Keong, UMNO akan membuatkan Gerakan terus 'mengemis' dan hanya menjadi 'penumpang' dalam BN. UMNO sekarang lebih mengutamakan PAS berbanding anda dan MCA. Jika PAS sah 'menikah' dengan UMNO, Gerakan bolehlah mengucapkan selamat tinggal kepada dunia politik di Malaysia. Pengundi Cina memilih DAP dan pada masa yang sama MCA tampak 'lebih kanan' dalam hubungan dengan UMNO. Buatlah segera akan keputusanmu Mah Siew Keong. Wallahualam.
Sabtu, 28 Januari 2017
Menuju PRU14, siapa yang lebih cemas?
Semakin cemas menjelang PRU 14. Begitulah tajuk berita yang menjadi pilihan Buletin TV3 kali ini. Dan jika sebelum ini Noh 'Udang' dan Irmohizam adalah 'ayam sabung' yang digunakan, sekali ini Ketua Penerangan Umno Selangor, Zein Isma Ismail pula yang mencuba nasib. Mencuba nasib sambil-sambil promosi calon kot. Tak gitu TV3 dan UMNO? Supremo DAP, Lim Kit Siang terus dijadikan sasaran. Bagi Zein Isma, perkembangan terbaharu cita-cita politik Lim Kit Siang dan DAP adalah bukti parti berkenaan semakin cemas menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14. Apa cita-cita terbaharu Lim Kit Siang wahai Pak Zein? "Saya terbaca suratkhabar baru-baru ini, DAP bersedia jumpa MCA dan Gerakan. For What?" Itu kata-kata Zein dalam video yang disertakan bersama tajuk berita seperti dalam gambar di atas (https://www.facebook.com/BeritaTV3/). Hmm...TV3 nak 'perbodohkan' Zein kah? Atau Zein memang baca tajuk sahaja dalam suratkhabar itu? Kalau baca sampai habis tentu Zein tak keluarkan soalan 'bodoh' tahap gaban tu ("For what?").
Pada 24 Januari 2017, beberapa suratkhabar menyiarkan kenyataan bahawa DAP bersedia berjumpa dengan MCA dan Gerakan. Antara suratkhabar tersebut ialah Sinar Online (Sinar Harian) yang memilih tajuk 'Selepas Pas, DAP mahu jumpa MCA, Gerakan'."Tujuan saya hanya mahu menyelamatkan Malaysia dari terus menjadi negara gagal. Saya beri tempoh kepada MCA dan Gerakan bermula hari ini (semalam) jam 12 tengahari hingga 27 Januari ini (sempena sambutan Hari Raya Cina). Saya akan tunggu." Itu penjelasan Lim Kit Siang tentang niatnya bertemu MCA dan Gerakan. Ayat yang begitu mudah pun susah sangat kah Zein nak faham? Dah tak boleh berfikir dek dedak? Lagipun, apa yang Lim Kit Siang nak cemaskan? Dah berpuluh tahun beliau menjadi pembangkang. Tak rugi apapun kalau dia kekal sebagai pembangkang. Yang kesian kalau UMNO/BN menang lagi PRU14 adalah rakyat. Kleptokrasi dan oxymoron akan berterusan 'memeras' rakyat!
Berbeza dengan UMNO/BN, Pakatan Pembangkang tidak perlukan 'ayam sabung' untuk menarik perhatian. Lihat sahaja gambar di atas. Sekeping gambar mampu menceritakan 1001 macam perkara. Tidak perlu hamburan 'dedak', hanya bermodalkan imej bersih dan keikhlasan dalam memperjuangkan nasib rakyat...DS Mukhriz Mahathir yang juga Timbalan Presiden PPBM mendapat sokongan yang begitu ramai daripada golongan muda. Meskipun ianya adalah bersempena dengan MotoDay iaitu event tahunan pada peminat motosikal diseluruh negara dan dibuat berlainan negeri setiap tahun, namun sambutan hangat golongan muda untuk bersama-sama dengan DS Mukhriz dalam acara berkenaan menunjukkan betapa DS Mukhriz memang disenangi ramai! Agak-agak kalau Pahlawan Bugis (MO1) yang berada di situ, golongan muda tu akan beri sambutan yang sama tak? Mungkinkah TV3 akan 'spin' juga maksud tersirat dalam gambar itu?
Keberadaan DS Mukhriz dalam acara tersebut adalah sebagai Tetamu Kehormat bagi memberi ucapan dan menyampaikan hadiah kepada pemenang. Para peserta pula adalah terbuka. Tidak seperti peserta dalam Dialog Perdana TN50 yang ditapis dan dibekalkan dengan skrip yang telah disediakan oleh para penasihat MO1! Mungkin selepas ini kita akan mendengar ulasan tentang suasana dalam gambar di atas daripada '4th floor boy'? Daripada gambar itu sahaja kita boleh membuat kesimpulan yang serangan-serangan UMNO, TV3, macai dan pendedak ke atas Pakatan Pembangkang sama ada berbentuk peribadi mahupun parti secara umum gagal membentuk persepsi rakyat untuk menolak pembangkang. Sebaliknya ia semakin mengukuhkan sokongan rakyat terhadap perjuangan menentang kleptokrasi dan oxymoron UMNO/BN! Gambar tersebut juga jelas menunjukkan yang politik kebencian yang cuba ditanamkan oleh UMNO/BN tidak diterima rakyat.
Sambutan hangat rakyat sempena Motoday itu mengimbau 'serbuan gah' Warisan ke atas 'gelanggang' Musa Aman (gambar atas) pada 2016. Peristiwa itu jelas menyentap ego dan kesombongan UMNO. Parti yang sebelumnya tidak diambil berat cabarannya oleh UMNO mula dilabel dengan pelbagai tohmahan. Parti PTI, parti kesukuan dan parti lanun adalah antara cacian yang dilontarkan terhadap Warisan. Serangan-serangan seperti itu langsung gagal menghalang rakyat Sabah daripada terus menyokong Warisan. Cacian seperti itu juga membuka mata rakyat Sabah tentang siapakah yang sebenarnya mengamalkan politik kebencian dan perkauman. Parti-parti pembangkang seperti PPBM dan Warisan konsisten dalam hujahan mereka. Kleptokrasi dan Skandal 1MDB adalah antara isu yang sering diperjelaskan kepada rakyat. Ini adalah sangat berbeza dengan BN khasnya UMNO yang kemaruk menuntut akuan sumpah daripada pemimpin-pemimpin parti pembangkang. Selain itu, UMNO juga cuba memomokan rakyat dengan kes yang telah selesai lebih 3 dekad lalu! Siapakah sebenarnya yang lebih cemas menuju PRU14, UMNO atau pembangkang? Wallahualam.
Terdesak naikkan rating dan pertahankan tuan 'dedak', 'barua' baharu dibawa masuk
“Lagi tak munasabah apabila beliau memberitahu perdana menteri kononnya penampilan saya itu punca rating Buletin Utama menjunam." Itu antara luahan yang dinyatakan Tunku Aziz yang disiarkan oleh Free Malaysia Today pada 20 disember 2016. Beliau yang dimaksudkan oleh Tunku Aziz itu ialah Pengerusi Media Prima Berhad Fateh Iskandar Mohamed. Dan selepas krisis antara Tunku Aziz dan Fateh itu kita pun tidak lagi melihat penampilan Tunku Aziz di TV3. Hmm...rupanya Tunku Aziz dibawa masuk oleh UMNO untuk menyerang Tun M adalah untuk meningkatkan rating Buletin Utama? Ada apa pada Tunku Aziz hinggakan TV3 pergunakan dia untuk tingkatkan rating? Setahu penulis, selain selaku bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Aziz adalah pengasas Transparency International-Malaysia dan bekas Penasihat Khas kepada Kofi Annan (Setiausaha Agung PBB). Adakah pengalaman seperti itu yang dimiliki Tunku Aziz menjadi justifikasi kepada 'penggunaannya' oleh TV3? Padanlah netizen menggelar TV3 ni sebagai TV3 suku!
Gagal dengan Tunku Aziz, TV3 membawa masuk 'barua' baharu. Bunyi macam kelab-kelab besar bolasepak dunia membawa masuk penyerang baharu pula ya. Kali ini, orang yang 'malang' itu ialah mantan Penolong Gabenor Bank Negara, Abdul Khalid Murad. Dalam sesi temubual bersama TV3 yang bagaikan temubual bersama selebriti, Abdul Khalid membawa kita kembali kepada peristiwa 25 tahun yang lalu. Hmm...dikala dunia sibuk dengan 'membongkar' dan 'menghukum' pelaku-pelaku dalam Skandal 1MDB, kita cuba dibawa kembali kepada kisah silam. Beriya-iya benar TV3 'spin' dakwaan Abdul Khalid tentang kerugian Bank Negara pada masa itu ialah AS$10 billion (RM27 billion). TV3 nak 'kuburkan' Buletin Utama? Bekerja keras 'spin' berita dan fakta agar Kes FOREX 1992 itu kelihatan seperti salah guna kuasa oleh Tun M, Perdana Menteri ketika itu. Ingat rakyat ni bingai dan bengap cam macai dan pendedak? Ingat rakyat tak tahukah siapa Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Negara pada masa itu? Taubatlah wahai TV3. Maklumat di hujung jari sahaja!
Persoalan yang timbul, boleh percayakah dakwaan Abdul Khalid itu? Individu ini pernah didakwa dan didapati bersalah atas pertuduhan gagal mengisytiharkan harta yang bernilai hampir RM24 juta. Wow! Seorang mantan Penolong Gabenor Negara mempunyai harta sebanyak itu? Kalau benar Abdul Khalid seorang yang telus dan boleh dipercayai, mengapa main 'sorok-sorok' dalam soal harta? Dan sebagai individu bukan ahli perniagaan atau usahawan, dari mana datangnya harta atau sumber untuk membeli harta yang bernilai puluhan juta itu? Tabungan dari sejak bayi? Harta pusaka? Derma? Atau ia adalah sogokan daripada pihak-pihak yang berkepentingan yang memerlukan 'orang dalam' yang berada atau berjawatan tinggi dalam Bank Negara? Tak apalah, kes dah selesai. Tak perlu kita nak tanya atau bercerita lanjut tentang itu. Nanti kita jadi macam orang UMNO pula 😆😆😆. 'Bottom line is' bolehkah kita percayakan orang yang pernah menipu (dibuktikan secara sah oleh mahkamah)?
Selepas didapati bersalah dan dikenakan denda sebanyak RM500,000.00, Abdul Khalid bagaikan 'lenyap' daripada politik dan ekonomi negara. Namun, selepas hampir 20 tahun dia tiba-tiba muncul kembali dan kemunculannya itu 'disambut' secara besar-besaran oleh TV3. Kita tahu TV3 adalah 'macai' setia UMNO dan kita juga tahu UMNO tidak akan pernah membenarkan 'liputan khas' diberikan kepada individu atau pihak yang tidak menguntungkan mereka. Abdul Khalid bukanlah ahli politik dan mengambil kira pendedahan Tunku Aziz (dalam krisis dengan Fateh), TV3 tidak akan menggunakan atau memunculkan 'barua' dalam Buletin Utama lebih daripada 3 kali. Apakah peranan Abdul Khalid? Mudah sahaja, dia ditugaskan sebagai 'pembuka bicara' kepada Kes FOREX 1992 itu. Selepas itu peranan untuk 'spin' fakta akan dimainkan oleh para Menteri Pasola, macai dan pendedak. Kemudian akan disiarkan tanpa henti oleh TV3. Masih mahu terpedaya dengan skrip mereka?
UMNO dan TV3 serta macai dan pendedak pastinya cuba memberi tekanan berterusan terhadap Bank Negara Malaysia (BNM) agar bersekongkol dalam mengautakan fakta. Tidakkah kenyataan BNM seperti dalam gambar di atas sudah cukup untuk memberi jawaban bahawa Kes FOREX 1992 bukanlah suatu skandal? Ianya hanyalah kerugian dalam perniagaan. Sesuatu yang normal dalam perniagaan, ada untung dan ada rugi. Sangat berbeza dengan Skandal 1MDB yang terang-terangan cuba dilupakan oleh UMNO dan TV3! Berapa billionkah daripada kerugian BNM dalam Kes FOREX 1992 itu yang didapati berakhir dalam akaun peribadi Tun M? Buktikan atau tunjukkan mana-mana aset negara yang tergadai dek kerugian itu? Adakah kita 'didera' dengan GST untuk menampung kerugian itu? Percayalah, UMNO dan TV3 tahu tidak mungkin Tun M akan didapati bersalah jika pun siasatan dilakukan. Tetapi cerita lapuk ini dijaja hanya untuk meningkatkan rating Buletin Utama dan mempertahankan tuan 'dedak' mereka! Wallahualam.
Jumaat, 27 Januari 2017
Spekulasi PRN Sabah, Najib pasang 'perangkap' atau akan 'terperangkap'?
Spekulasi bahawa Pilihanraya Negeri (PRN) di Sabah mungkin akan diadakan lebih awal semakin bertiup kencang. Desas-desus menyatakan bahawa PRN Sabah berkemungkinan akan diadakan pada bulan April 2017. Walaubagaimanapun, Pahlawan Bugis (gambar atas), pada hari ini menafikan kemungkinan pilihan raya mengejut akan berlaku di Sabah. Najib menjelaskan bahawa ketika ini desas-desus itu hanyalah spekulasi semata-mata. Boleh percayakah? Bak kata netizen, dengar boleh percaya jangan! Dengan imej kleptokrat dan oxymoron yang seringkali dipaparkan dalam setiap kenyataannya, pastinya sukar untuk sesiapa (kecuali macai dan pendedak) mempercayainya meskipun dia berkata benar. Hmm...biasanya kalau Pahlawan Bugis ni menafikan maknanya perkara tu betul. Tapi, seperti yang penulis seringkali katakan...orang UMNO sering mendedahkan niat atau perkara sebenar pada setiap kenyataan jika anda teliti."Kita tiada apa-apa keputusan sama ada akan melakukan pilihan raya awal di Sabah atau tidak." Itu kata-kata tambahan Najib.
Kata menafikan kemungkinan PRN mengejut tapi sambung kenyataan dengan mengatakan tiada apa-apa keputusan. Agaknya Pak Najib tak boleh hidup walaupun untuk sehari jika tidak menipu! Nauzubillah min zalik. Rakyat Sabah fikirkanlah sedalamnya, kalau dah 'kepala' asyik menipu sahaja apatah lagi 'ekornya'. Mahu terus ditadbir parti yang kian 'mereput'? Mungkin juga maksud Pak Najib ialah kebarangkalian PRN Sabah diawalkan tidak akan didedahkan sebelum tambahan 13 kerusi baharu yang disyorkan pada tahun lepas dibentangkan di Parlimen pada Mac 2017 (jangkaan). Dedah atau nafi, bayang-bayang PRN Sabah diawalkan memang kian kelihatan. Ketua-ketua jabatan kerajaan di Sabah khabarnya dah sibuk dengan pelantikan para petugas untuk PRN. Hmm...kalau betul buat awal, nak kata Pak Najib ni sombong atau yakin? Dua-dua kot. Salleh Keruak pun sokong bila mengatakan,"Mengenai penglibatan Parti Warisan yang pertama kali bakal bertanding di Sabah, kami tidak melihatnya sebagai ancaman besar buat UMNO dan Barisan Nasional di Sabah."
Penafian Najib itu senada dengan Musa Aman, yang menggesa orang ramai khususnya pemerhati politik agar tidak terlalu teruja membuat andaian dan tekaan berhubung Pilihan Raya Negeri (PRN) atau Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Hai Pak Musa sampai ke tahap buat gesaan? Orang buat andaian jak pun, bukannya nak merusuh! Takut tarikh sebenar PRN 'bocor' lebih awal dan parti pembangkang bersiap siaga menghadapi PRN atau PRU? Kalau benar-benar yakin tak usahlah 'main sembunyi-sembunyi' Pak Musa. Buat jak 'bold statement' tentang tarikh bubar DUN Sabah. Pairin kata soal bubarkan DUN Sabah adalah hak Pak Musa selaku Ketua Menteri Sabah. Untuk apa lagi harus menantikan lampu hijau daripada Pahlawan Bugis? Tindakan Musa untuk menunggu lampu hijau daripada Najib jelas menunjukkan betapa MA63 tidak akan kembali kedudukannya di bawah UMNO Najib dan Musa. Jika kedudukan MA63 pun tidak akan kembali apatah lagi pelaksanaannya!
Awal atau mengikut jadual, Parti Warisan pastinya sudah cukup bersedia untuk menghadapi PRN Sabah. Jika tidak, sudah tentu Presiden parti tersebut, DS Shafie Apdal tidak berani mengeluarkan kenyataan seperti dalam keratan akhbar di atas. Warisan yang dilihat oleh rakyat Sabah sebagai parti pembangkang utama di Sabah selepas PBS, UPKO dan USNO sendiri terkubur atau terkedu dek dedak yang dihamburkan UMNO. Warisan kini menjadi harapan baharu bagi rakyat Sabah untuk kembali kepada hak-hak mereka sebagaimana yang termaktub dalam MA63. Sudah begitu lama rakyat dan negeri Sabah di 'anak tirikan' oleh UMNO. Kesamarataan hanya wujud di Sabah dikalangan Musa dan kroninya. Apakah kesamarataan itu? Sama rata dalam 'merembat' kekayaan negeri demi poket sendiri! Rakyat Sabah pastinya tidak rela lagi untuk terus 'diperkudakan' demi kekayaan UMNO. Hamburan wang ringgit dan tangki biru pastinya akan gagal membutakan hati dan akal rakyat Sabah kali ini.
Sama ada Najib sedang memasang 'perangkap' atau akan 'terperangkap' dalam spekulasi PRN Sabah pastinya satu persoalan yang akan merancakkan lagi andaian tentang waktu sebenar PRN Sabah. Rakyat Sabah sendiri pastinya sudah tidak sabar untuk meledakkan kemarahan yang selama ini terbuku di hati menggunakan saluran yang sah. Tindakan pemimpin UMNO Sabah seperti Musa, Salleh Keruak, Rahman Dahlan dan Ramlee Marhaban memandang rendah kemampuan Warisan dalam PRN pastinya bakal memakan diri sendiri. Lupakah mereka kepada sejarah PRN Sabah? BERJAYA dan PBS telah membuktikan bahawa parti pemerintah yang mengkhianati kepercayaan rakyat Sabah akan tersungkur pada PRN. Tanyakan kepada mereka, apakah mereka pernah menjangka bahawa USNO akan tewas kepada BERJAYA? Dan kemudian adakah mereka pernah menjangka BERJAYA yang begitu berjaya akan hancur lebur di tangan PBS? Orang bijak pandai sering berkata, jika anda melupakan sejarah.....ianya (sejarah) akan berulang! Wallahualam.
Langgan:
Catatan (Atom)