Selasa, 10 Januari 2017

TMJ tampil lagi dengan sindiran sinis


Malaysia adalah sebuah negara yang degil. Rakyat mahu mengadu bahawa kerajaan adalah korup tetapi mereka begitu mudah dimanipulasi kerana kekurangan pendidikan dan memilih untuk kekal dalam penafian dan tidak mahu menerima kebenaran. Kita tidak pernah mengakui masalah yang sebenar dan menyatakan isu sebenar untuk menjadikan negara ini lebih baik. Itu adalah penutup catatan terbaharu TMJ dalam Johor Southern Tigers. Catatan terbaharu baginda itu pada dasarnya merujuk kepada persoalan penanda aras baharu bolasepak negara. Namun penutup catatan itu mempunyai makna yang sangat mendalam. Dan itulah realiti rakyat dan negara ini. Menuju gerbang PRU14, TMJ sudah beberapa kali menyatakan pandangan baginda mengenai sikap rakyat dan negara ini. Kemampuan baginda menyampaikan sindiran melalui bolasepak satu lagi penanda aras yang seharusnya mendapat perhatian dan liputan para media khasnya media pro UMNO!

Kemampuan baginda membuat teguran berbaur politik tanpa perlu terbabit secara langsung dengan mana-mana parti politik seharusnya menjadi ikutan para Sultan mahupun kerabat mereka. TMJ membuktikan bahawa baginda bukanlah seorang yang sibuk ber sha-la-la-la-la dikala rakyat terus dihimpit kesengsaraan. Tempias kepedasan kata-kata 'memilih untuk kekal dalam penafian dan tidak mahu menerima kebenaran' selayaknya ditujukan kepada para YB UMNO/BN yang terus berlumba-lumba mempertahankan kepimpinan kleptokrasi Najib dan berdiri teguh mengampunya! Dan kata-kata 'kita tidak pernah mengakui masalah yang sebenar dan menyatakan isu sebenar untuk menjadikan negara ini lebih baik' pastinya satu rembatan kencang ke arah wajah-wajah media pro UMNO. Sedarlah wahai media pro UMNO, laporan berbentuk auta tidak lagi mendapat perhatian rakyat. Lihat sahaja Utusan yang sedang menuju ambang kehancuran!


Sebahagian lagi kata-kata TMJ dalam catatan terbaharu baginda adalah seperti dalam gambar di atas. Pedas dan berbisa! Jadikan diri anda penjilat dan pengampu tegar Najib nescaya jawatan dan gelaran Dato akan datang berbondong-bondong. Lihatlah Azwan Bro (Pemuda UMNO), dengan hanya sepatah dua kecaman terhadap Tun M.....jawatan senator menjadi habuan. Apakah sumbangan Azwan kepada negara sehingga dia dilantik sebagai senator? Tempias kata-kata ini juga wajar ditujukan kepada IGP Khalid dan AG Apandi. Dua individu yang menjawat jawatan yang sangat bersangkut paut dengan undang-undang negara. Penjawat awam yang diharapkan rakyat untuk menegakkan kebenaran agar undang-undang negara tetap dihormati dan dipandang tinggi. Malangnya...mereka berkhidmat untuk rakyat atau Najib? Badut politik ini juga wajar ditujukan kepada para penerima BR1M. Hanya kerana RM450 sehingga RM1200, penderitaan selama bertahun sanggup dilupakan. Menjadi bangsa yang meminta-minta menjadi suatu kebanggaan!

TMJ juga menyentuh mengenai intergriti dan reputasi yang jauh lebih mustahak dan patut dijaga berbanding mengagungkan dan mempertahankan individu. Kita melihatnya sendiri bagaimana pada era Najib ini intergriti dan reputasi tidak lagi menjadi keutamaan. Yang diutamakan ialah kuasa dan hawa nafsu, kepentingan UMNO dan ketuanan walaun! Lihatlah kes SRC. Bagaimana seseorang yang didapati di dalam akaunnya ada dana sebanyak RM42 juta boleh bebas begitu sahaja dengan hanya satu kenyataan 'saya tidak tahu siapa yang masukkan RM42 juta itu'. Adakah hanya kerana orang itu menjawat jawatan Perdana Menteri maka undang-undang tidak terpakai ke atasnya? Sedangkan jika rakyat atau penjawat awam yang berada dalam situasi itu, paling tidak mereka akan melalui proses memberi keterangan. Tidak cukup dengan itu, gantung tugas juga menanti jika si pelaku adalah penjawat awam atas alasan agar tidak mengganggu siasatan.


Petikan kata-kata TMJ dalam gambar di atas juga menggambarkan bukan sahaja dalam lingkungan bolasepak malah itulah senario politik negara di era Najib. Mereka yang menghilangkan duit rakyat dan negara masih bebas dan masih menjawat jawatan sebagai Menteri! Bahkan yang melaporkan atau membongkar salah laku itu pula yang dihukum atas pertuduhan membocorkan rahsia kerajaan. Apakah maksud rahsia kerajaan? Salah laku yang disembunyikan daripada pengetahuan umum? Rahsia kerajaan adalah perkara yang berbeza dengan rahsia ahli politik tertentu. Sebagai contoh Skandal 1MDB tidak wajar diletakkan sebagai rahsia kerajaan sehinggakan perbincangan mengenainya ditegah sekalipun di parlimen. Rakyat pun tertanya-tanya jika skandal tersebut sedang disiasat di Malaysia. Memang benar Najib telah dan akan melaksanakan bebarapa projek mega yang kononnya dibina demi kepentingan rakyat. Tapi adakah rakyat merasa bangga dengan projek mega tersebut dikala negara asing sibuk membicarakan dan menyiasat Skandal 1MDB?

Renungkanlah dan fikir-fikirkanlah sedalamnya kata-kata TMJ itu.....Wallahualam.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...