Ahad, 15 Januari 2017

TV3 dan Najib 'panas hati' dek pelancaran rasmi PPBM


Seperti yang dijangkakan, Pelancaran Rasmi PPBM tidak hanya cuba disabotaj pihak yang tidak bertanggungjawab mahupun diperlekeh macai murahan UMNO, ianya juga mendapat perhatian 'macai' bertaraf korporat/syarikat. TV3, pembela setia kleptokrasi dan oxymoron turut mengambil bahagian menidakkan sambutan hangat rakyat terhadap pelancaran rasmi PPBM. Lantang memperkecilkan impak yang akan dibawa oleh PPBM dalam landskap politik negara tetapi pada masa yang sama tetap meluangkan masa mengikuti perkembangan PPBM. Dan seperti biasa, TV3 tetap akan mengurangkan bilangan mereka yang menghadiri mana-mana perhimpunan atau acara yang dianjurkan oleh parti pembangkang. Kali ini, TV3 melaporkan dalam Buletin Beritanya bahawa hanya seramai 3000 orang sahaja yang menghadiri Pelancaran Rasmi PPBM di Stadium Malawati. Kata PPBM tiada impak tetapi sibuk juga buat laporan. Nak sembunyikan ketakutan kah?

Sikap TV3 ini ternyata tidak akan membantu memperteguh kematangan berpolitik di Malaysia. Sebaliknya ia akan hanya meneguhkan lagi prinsip kepentingan parti mengatasi kepentingan rakyat dan negara terutamanya dikalangan ahli politik parti pemerintah. Sikap TV3 ini juga akan hanya membuatkan falsafah dedak lebih penting daripada maruah diri dan negara semakin subur dalam sanubari 'pemuja' materialistik. Bukannya kali pertama kita mendengar TV3 melaporkan perkara yang bukan sebenarnya ataupun memutarbelitkan fakta. Hal ini jelas bertentangan dengan etika kewartawanan/pelaporan berita yang menuntut ketelusan dan keadilan. Dalam soal Pelancaran rasmi PPBM, TV3 juga turut membuat kenyataan yang terlalu umum berkaitan ucapan Pengerusi PPBM, Tun M mengenai perancangan atau pandangan PPBM terhadap BR1M jika Pakatan Harapan mentadbir negara. TV3 hanya menyatakan bahawa 'Tun M menyokong pemberian BR1M' sedangkan rakaman ucapan yang turut disiarkan stesen tv berkenaan dengan jelas menyebut 'jika dipersetujui oleh rakyat dan jika ia diagihkan melalui agensi-agensi kerajaan, PPBM/Pakatan Harapan menimbangkan untuk mengekalkan pemberian BR1M'.


Putar belit media pro UMNO turut dipersetujui oleh 'kleptocracy and oxymoron boss', Najib. Dia cuba memperkukuh laporan yang tidak benar itu dengan melabel Tun M sebagai 'jaguh U-turn' (gambar atas). Kenyataan Najib itu merujuk kepada ucapan Tun M semasa Pelancaran Rasmi PPBM yang turut menyentuh mengenai masa depan BR1M. Umum (kecuali macai dan pendedak) mengetahui yang Tun M hanya menyatakan pendapatnya bahawa BR1M itu adalah satu rasuah selepas Najib dalam PAU2016 mengumumkan pengagihan BR1M akan dibuat melalui UMNO Bahagian bukannya melalui agensi-agensi kerajaan! Adakah UMNO Bahagian itu agensi kerajaan wahai macai dan pendedak? Siapakah sebenarnya yang lebih layak digelar 'jaguh U-turn'? Selayaknya orang yang berdolak dalik dalam isu 1MDB dan derma RM2.6 billion itulah yang paling layak dianugerahkan gelaran 'jaguh U-turn'!

Melalui kenyataan terbaharunya itu, oxymoron Najib terserlah lagi. Ianya juga memaparkan 'panas hatinya' terhadap Tun M dan PPBM setelah tuduhan 'pengkhianat' terhadap Tun M gagal merencatkan sokongan rakyat terhadap PPBM. Dan kejayaan Pelancaran Rasmi PPBM pastinya membuatkan 'jiwa besar' PM yang berhati kecil itu kian terbakar. Siapakah yang akan menjadi mangsa bara api hatinya yang terbakar itu? Ahmad Maslan? Johari? Rahman Dahlan dan Salleh Keruak? Nazri Aziz? Atau Annuar 'Panamera' yang hanya menghabiskan masanya dengan isu penajaan pasukan bolasepak Kelantan? Kenyataan terbaharu Najib ini juga jelas satu sindiran kepada Zahid Hamidi. Zahid dalam ucapannya ketika PAU2016 menggesa agar ahli dan pemimpin UMNO tidak lagi menyebut nama Tun M untuk mengelakkan mantan PM itu daripada bertambah popular. Kenyataan terbaharu Najib itu mengingatkan Zahid, 'who's the boss'?


Manakan TV3 dan Najib tidak'panas hati', setelah berbulan berusaha keras menyebar pelbagai auta agar rakyat menolak Pelancaran Rasmi PPBM usaha itu hanya sia-sia. Sebaliknya rakyat berbondong-bondong memenuhi Stadium Malawati (gambar atas) untuk menunjukkan solidariti mereka. Allah sentiasa bersama orang-orang yang benar dan Janji Allah itu pasti! Itulah ungkapan yang UMNO dan TV3 sering lupakan. UMNO dan TV3 juga sering melupakan sejarah. Lupakah mereka bahawa meski dengan sokongan auta media arus perdana, UMNO tetap gagal menawan Kelantan, tetap gagal mengambil semula Selangor dan Pulau Pinang. Dan pernah kehilangan Perak, Kedah dan Terengganu! Kemunculan rasmi PPBM dan ditambah dengan kebangkitan Bayu Sabah Ubah yang diterajui parti Warisan di Sabah pastinya akan membuatkan Najib dan TV3 semakin sibuk menyusun auta. Ayuh rakyat sekalian, teruskan Bersatu, Beramanah dan Bermaruah!

1 ulasan:

  1. Haraplah pru kali ni bersinar kembali dgn kepimpinan baru..insyaAllah

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...