Sabtu, 28 Januari 2017

Terdesak naikkan rating dan pertahankan tuan 'dedak', 'barua' baharu dibawa masuk


“Lagi tak munasabah apabila beliau memberitahu perdana menteri kononnya penampilan saya itu punca rating Buletin Utama menjunam." Itu antara luahan yang dinyatakan Tunku Aziz yang disiarkan oleh Free Malaysia Today pada 20 disember 2016. Beliau yang dimaksudkan oleh Tunku Aziz itu ialah Pengerusi Media Prima Berhad Fateh Iskandar Mohamed. Dan selepas krisis antara Tunku Aziz dan Fateh itu kita pun tidak lagi melihat penampilan Tunku Aziz di TV3. Hmm...rupanya Tunku Aziz dibawa masuk oleh UMNO untuk menyerang Tun M adalah untuk meningkatkan rating Buletin Utama? Ada apa pada Tunku Aziz hinggakan TV3 pergunakan dia untuk tingkatkan rating? Setahu penulis, selain selaku bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Aziz adalah pengasas Transparency International-Malaysia dan bekas Penasihat Khas kepada Kofi Annan (Setiausaha Agung PBB). Adakah pengalaman seperti itu yang dimiliki Tunku Aziz menjadi justifikasi kepada 'penggunaannya' oleh TV3? Padanlah netizen menggelar TV3 ni sebagai TV3 suku!

Gagal dengan Tunku Aziz, TV3 membawa masuk 'barua' baharu. Bunyi macam kelab-kelab besar bolasepak dunia membawa masuk penyerang baharu pula ya. Kali ini, orang yang 'malang' itu ialah mantan Penolong Gabenor Bank Negara, Abdul Khalid Murad. Dalam sesi temubual bersama TV3 yang bagaikan temubual bersama selebriti, Abdul Khalid membawa kita kembali kepada peristiwa 25 tahun yang lalu. Hmm...dikala dunia sibuk dengan 'membongkar' dan 'menghukum' pelaku-pelaku dalam Skandal 1MDB, kita cuba dibawa kembali kepada kisah silam. Beriya-iya benar TV3 'spin' dakwaan Abdul Khalid tentang kerugian Bank Negara pada masa itu ialah AS$10 billion (RM27 billion). TV3 nak 'kuburkan' Buletin Utama? Bekerja keras 'spin' berita dan fakta agar Kes FOREX 1992 itu kelihatan seperti salah guna kuasa oleh Tun M, Perdana Menteri ketika itu. Ingat rakyat ni bingai dan bengap cam macai dan pendedak? Ingat rakyat tak tahukah siapa Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Negara pada masa itu? Taubatlah wahai TV3. Maklumat di hujung jari sahaja!


Persoalan yang timbul, boleh percayakah dakwaan Abdul Khalid itu? Individu ini pernah didakwa dan didapati bersalah atas pertuduhan gagal mengisytiharkan harta yang bernilai hampir RM24 juta. Wow! Seorang mantan Penolong Gabenor Negara mempunyai harta sebanyak itu? Kalau benar Abdul Khalid seorang yang telus dan boleh dipercayai, mengapa main 'sorok-sorok' dalam soal harta? Dan sebagai individu bukan ahli perniagaan atau usahawan, dari mana datangnya harta atau sumber untuk membeli harta yang bernilai puluhan juta itu? Tabungan dari sejak bayi? Harta pusaka? Derma? Atau ia adalah sogokan daripada pihak-pihak yang berkepentingan yang memerlukan 'orang dalam' yang berada atau berjawatan tinggi dalam Bank Negara? Tak apalah, kes dah selesai. Tak perlu kita nak tanya atau bercerita lanjut tentang itu. Nanti kita jadi macam orang UMNO pula πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†. 'Bottom line is' bolehkah kita percayakan orang yang pernah menipu (dibuktikan secara sah oleh mahkamah)?

Selepas didapati bersalah dan dikenakan denda sebanyak RM500,000.00, Abdul Khalid bagaikan 'lenyap' daripada politik dan ekonomi negara. Namun, selepas hampir 20 tahun dia tiba-tiba muncul kembali dan kemunculannya itu 'disambut' secara besar-besaran oleh TV3. Kita tahu TV3 adalah 'macai' setia UMNO dan kita juga tahu UMNO tidak akan pernah membenarkan 'liputan khas' diberikan kepada individu atau pihak yang tidak menguntungkan mereka. Abdul Khalid bukanlah ahli politik dan mengambil kira pendedahan Tunku Aziz (dalam krisis dengan Fateh), TV3 tidak akan menggunakan atau memunculkan 'barua' dalam Buletin Utama lebih daripada 3 kali. Apakah peranan Abdul Khalid? Mudah sahaja, dia ditugaskan sebagai 'pembuka bicara' kepada Kes FOREX 1992 itu. Selepas itu peranan untuk 'spin' fakta akan dimainkan oleh para Menteri Pasola, macai dan pendedak. Kemudian akan disiarkan tanpa henti oleh TV3. Masih mahu terpedaya dengan skrip mereka?


UMNO dan TV3 serta macai dan pendedak pastinya cuba memberi tekanan berterusan terhadap Bank Negara Malaysia (BNM) agar bersekongkol dalam mengautakan fakta. Tidakkah kenyataan BNM seperti dalam gambar di atas sudah cukup untuk memberi jawaban bahawa Kes FOREX 1992 bukanlah suatu skandal? Ianya hanyalah kerugian dalam perniagaan. Sesuatu yang normal dalam perniagaan, ada untung dan ada rugi. Sangat berbeza dengan Skandal 1MDB yang terang-terangan cuba dilupakan oleh UMNO dan TV3! Berapa billionkah daripada kerugian BNM dalam Kes FOREX 1992 itu yang didapati berakhir dalam akaun peribadi Tun M? Buktikan atau tunjukkan mana-mana aset negara yang tergadai dek kerugian itu? Adakah kita 'didera' dengan GST untuk menampung kerugian itu? Percayalah, UMNO dan TV3 tahu tidak mungkin Tun M akan didapati bersalah jika pun siasatan dilakukan. Tetapi cerita lapuk ini dijaja hanya untuk meningkatkan rating Buletin Utama dan mempertahankan tuan 'dedak' mereka! Wallahualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...