Jumaat, 27 Januari 2017
Zahid dan SPRM sudah sedia 'langgar' Najib?
Seriously? Mungkin itu reaksi majoriti rakyat apabila mendengar atau membaca berita yang menyatakan bahawa Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi membuka ruang seluas-luasnya pada SPRM untuk menyiasat ahli politik. Sudah tentu ahli politik yang dimaksudkan rakyat dalam keterujaan itu ialah ahli politik dari parti pemerintah. Jika yang dimaksudkan itu ialah ahli politik parti pembangkang, tidak perlu bagi Zahid mengeluarkan kenyataan sedemikian. Ini kerana selama ini pun jika SPRM meyiasat ahli politik, majoritinya adalah melibatkan parti pembangkang atau bekas ahli parti pemerintah. Dalam kenyataan yang disiarkan Astro Awani, Zahid berkata, "Saya fikir SPRM bukan hanya diperundangkan tetapi mempunyai kuasa mutlak untuk memburu siapa sahaja termasuk ahli politik, ahli perniagaan atau pemegang-pemegang jawatan." Hmm...bunyinya cantik tapi pelaksanaan atau penguatkuasaan macam mana Wak Zahid?
Zahid turut berkata, "Saya secara rasmi memberikan ruang yang sepenuhnya untuk SPRM bukan sekadar menyiasat, tetapi menggeledah semua maklumat diperolehi." Zahid berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Pemakaian Pangkat Kehormat RELA kepada Ahli Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Kementerian Dalam Negeri. Wah! Lawan boskah Wak Zahid? Pahlawan Bugis belum buat kenyataan secara terbuka lagi, Wak Zahid dah mendahului dia. Jangan pula Wak Zahid juga tunjuk oxymoron cam Pak Najib. Beri peringatan kepada Penjawat Awam agar jangan ambil hak rakyat sedangkan dia sendiri 'rembat' dan 'balun' berbillion duit rakyat dan negara! Majoriti rakyat tahu yang SPRM juga mempunyai kuasa untuk menggeledah seperti juga pihak PDRM. Tetapi pada masa yang sama majoriti rakyat juga tahu yang kuasa PDRM sekarang ni kena 'kawal' dari belakang tabir lantaran 'telor' IGP dah kena 'pegang' oleh MO1. Ada jaminan yang SPRM tidak akan menerima nasib yang sama?
Kenyataan Zahid itu adalah susulan daripada kenyataan 'berani' Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Dzulkifli Ahmad yang juga disiarkan oleh Astro Awani. "Malam ini, saya menyatakan dengan tegas kepada ahli politik yang korup, saya hanya mempunyai satu perkataan sahaja - tunggu!" kata Dzuklifli di Hari Ini 8 (gambar atas). Hmm... tunggu? Tunggu lepas PRU14 kah (jika UMNO/BN tumbang) atau tunggu Najib selesai 'hapuskan' setiap zarah bukti untuk pelbagai skandal yang melibatkannya? Jangan lama sangat tunggu tu Dzulkifli, nanti tragedi Gani Patail berulang lagi! Bagaimanakah Dzulkifli akan melepasi 'kekangan' AG Apandi? Telah terbukti sebelum ini yang Apandi mampu membersihkan salah laku Najib hanya dengan perkataan 'tiada kes'! Abdul Rahman Dahlan pun dah iktiraf Apandi sebagai 'penghalang' kepada niat jahat pasukan penyiasat. Dan Nazri Aziz dah kata, UMNO mesti pertahankan ketua meskipun salah.
Dalam kenyataan itu juga Dzulkifli turut mendedahkan beberapa statistik berkaitan tangkapan SPRM sepanjang 2016. SPRM telah menahan 932 individu kerana terbabit salah laku rasuah. Daripada jumlah itu, SPRM telah membuka 982 kertas siasatan dan 258 daripadanya dibawa ke mahkamah setakat 15 Disember lepas. Hmm...memang nampak agak meyakinkan tetapi rakyat terutamanya rakyat Sabah tidak akan lupa bagaimana Kes Jabatan Air Negeri Sabah dibicarakan hanya atas pertuduhan penggubahan wang haram dan bukannya rasuah! Ingat Dzulkifli, rakyat tidak sebodoh dulu untuk tidak tahu membezakan antara penggubahan wang haram dengan rasuah. Rakyat sekarang bukan sekadar mendengar perkataan 'disiasat' dah bersorak. Rakyat akan mengikuti perkembangan siasatan untuk mengetahui suatu kes itu disiasat di bawah pertuduhan atau seksyen apa. Dan jangan pula kenyataan itu hanya untuk ahli politik pembangkang sahaja!
UMNO yang memang terkenal dengan sandiwara, kleptokrasi dan oxymoron membuatkan kenyataan Zahid Hamidi dan Dzulkifli Ahmad ini turut tidak terlepas daripada kesangsian rakyat. Adakah kedua-duanya memang ikhlas? Atau ianya sekadar 'pancingan' menjelang PRU14? Dengan begitu banyak kes yang mampu dijadikan justifikasi bahawa pemisahan kuasa di Malaysia di era Bangsawan Bugis hanya tinggal omongan kosong. Laporan 1MDB dijadikan Rahsia Rasmi, Dana RM42 juta dalam akaun peribadi MO1 diisytihar sebagai tiada salah laku dan 'petualang' NFC masih bebas sebebasnya hanyalah sebahagian daripada pelbagai lagi kes yang menyokong hakikat doktrin pemisahan kuasa di Malaysia sekadar dalam 'mimpi'! Dan jika Zahid dan Dzulkifli benar-benar mengotakan janji mereka, adakah ini bermakna yang Zahid dan SPRM sudah bersedia untuk 'melanggar' Najib dan para subahatnya? Wallahualam.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan