Najib hina Agong? Itulah persoalan yang timbul lantaran kenyataan terbaharu Najib terhadap Tun M (gambar atas). Tun M dianugerahkan gelaran 'Tun' pada 2003 oleh Yang di-Pertuan Agong ke-12
Seri Paduka Baginda Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail. Tidak cukup dengan menghina rakyat lantaran sikap kleptokrat dan oxymoron nya yang berterusan mencalar imej negara, hari ini kesombongan Najib membawanya kepada mengeluarkan kenyataan yang jelas satu bentuk penghinaan Agong. Apakah dia ingat kedudukannya sebagai Perdana Menteri memberinya 'lesen' untuk memperlekeh kurniaan Agong yang juga merupakan gelaran tertinggi di Malaysia? Jika rakyat marhaen mengeluarkan kenyataan yang dianggap 'jelik' kepada pemerintah mahupun para sultan maka berbondong-bondonglah NGO membuat laporan polis agar individu berkenaan dihukum! IGP Khalid pula akan memastikan individu berkenaan tidak terlepas dengan mendapatkan bantuan SKMM sepantas kilat! Di manakah mereka semua ketika Najib mengeluarkan kenyataan yang sangat 'jelik' ini?
Kenyataan terbaharu Najib ini juga menunjukkan siapakah dirinya yang sebenar. Asyik menakut-nakutkan rakyat dengan DAP. Najib sering mengatakan bahawa DAP bukanlah Perdana Menteri untuk semua khasnya orang Melayu (walaupun jelas tidak mungkin DAP akan menjadi Perdana Menteri). Kenyataan Najib yang terbaharu ini menunjukkan bahawa dia bukanlah Perdana Menteri untuk semua. Dia adalah Perdana Menteri untuk macai, pendedak, racism dan agamawan seperti Harussani sahaja! Sudah sering penulis nukilkan yang tiap kali pemimpin, ahli, macai dan pendedak UMNO mengeluarkan kenyataan, mereka pastinya akan menunjukkan 'kebodohan' dan 'hati busuk' mereka di pengakhirannya. Adakah jika Najib disiasat berhubung kenyataannya itu dia akan berkata, "memang saya ada mengeluarkan kenyataan itu tetapi saya tidak tahu bagaimana ia terkeluar," dan AG Apandi akan membebaskannya? Masihkah anda mahu memberi kemenangan kepada Najib dan UMNO pada PRU14 nanti? Masih mahu ditadbir oleh orang yang 'bermulut busuk' seperti Najib ini?
Dalam pada itu, Najib bagaikan turut 'menghina' rakyat Johor. Kenyataannya yang berterusan mengatakan bahawa Forest City (gambar atas) dijual secara 'leasehold' jelas satu pembohongan. Papan iklan jualan dan laman sesawang berkaitan Forest City dengan jelas menyatakan bahawa ianya adalah 'Freehold Property'. Hartanah Pegangan Bebas! Jika 'leasehold' memberikan batasan masa sehingga 999 tahun (maksimum, minimum 40 tahun). 'freehold' pula memberikan hak milik tanpa tempoh batasan. Sehingga kiamat! Adakah Najib ingat yang rakyat terutamanya rakyat Johor hidup di zaman paleolitik? Rakyat Johor buta huruf? Rakyat Johor buta I.T? Rakyat Johor hanya mengharapkan TV3 sebagai sumber maklumat? Kesombongan Najib membuatkan dia berbohong secara berterusan kepada rakyat Johor tanpa rasa bersalah. Di manakah Aziz Kaprawi? Wahai Aziz desaklah Najib agar menyatakan pendirian dengan tegas sama ada Forest City itu dijual secara 'leasehold' atau 'freehold'!
Pembohongan berterusan Najib dan para macai serta pendedaknya bukan sahaja memperbodohkan rakyat Johor malah turut 'mengheret' Sultan Johor ke dalam isu Forest City. Tidakkah itu satu bentuk 'penghinaan' kepada Johor? Kerana 'freehold' inilah mengapa Tun M mengatakan bahawa pentadbiran Najib sedang 'menjual' Kedaulatan Johor! Hak milik atau pegangan tanpa tempoh batasan samalah dengan menjual kedaulatan. Dalam bahasa yang mudah, 'freehold' memberikan status sebagai 'tuan tanah' kepada para pembeli Forest City. Tidakkah ia sememangnya seolah-olah mengulangi tragedi Pulau Batu Putih? Siapakah sebenarnya yang telah 'pergi terlalu jauh'? Tun M atau Najib? Apakah lagi bentuk penghinaan yang kalian nantikan sebelum bertindak menolak Najib, UMNO dan BN? Bangkitlah daripada tidurmu wahai Harimau Selatan! Sertailah perjuangan rakyat dari serata ceruk rantau Malaysia ini untuk 'menguburkan' UMNO dan BN pada PRU14 nanti!
Kepada Pak Najib renungkanlah firman Allah dan hadis di bawah:
"Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membanggakan diri."
[An-Nisa:36]
Sabda Nabi s.a.w: Tidak akan masuk syurga jika dalam hati seseorang, walaupun sedikit memiliki rasa sombong." [HR Muslim]
Kesombongan adalah menolak kebenaran dan merendahkan manusia [HR Muslim]
Semoga firman Allah dan hadis-hadis di atas akan membantumu membuat keputusan wahai Najib. A atau B (gambar atas)? Wallahualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan