Sabtu, 21 Januari 2017
Zahid disisihkan oleh UMNO/BN?
"Saya dapat tahu ada sasaran untuk jatuhkan Barisan Nasional (BN) di sini (Bagan Datuk) pada PRU14," Itu kata-kata Zahid Hamidi ketika berucap pada majlis Perjumpaan khas Bersama Kepimpinan BN Empat Peringkat Bahagian Bagan Datuk. Macam kerja orang dalam BN jak bunyinya tu Wak Zahid. Kalau yang dimaksudkan Zahid ialah pihak pembangkang, dah macam takut dengan bayang-bayang sendiri pula Wak Zahid ni. Sebab dah adat parti yang berlawanan untuk tidak saling menyokong. Jadi dengan mengeluarkan kenyataan seperti ini (gambar atas) ianya dengan jelas memberi gambaran yang 'there's a political movement against' dirinya yang dilakukan oleh golongan yang tidak menyetujuinya di dalam BN mahupun UMNO. Apakah nukilan penulis dalam Zahid desak Najib letak jawatan? Surat palsu? Benarkah ia kerja pembangkang? memang benar? Adakah gerakan yang dinyatakan Zahid datangnya daripada 'Team Najib-Hishamuddin'? Atau ianya datang daripada parti komponen BN yang lain?
Ini bukanlah kali pertama Zahid mengeluarkan kenyataan yang seolah-olah mengambarkan kedudukannya sebagai Naib Presiden UMNO yang memangku tugas Timbalan Presiden adalah tidak selamat. Pada 20 November 2016, Astro Awani melaporkan yang Zahid cadang jawatan pemangku Timbalan Presiden dimaktub dalam perlembagaan UMNO. Apakah sejarah lalu Zahid dalam UMNO kini mula meragukan kelompok yang tidak 'sebulu' dengannya hinggakan Zahid berani mengatakan bahawa ada gerakan untuk menjatuhkannya dalam PRU14? Hanya orang yang tidak yakin dengan kemampuan diri yang akan mula menuding jari kepada pihak lain! Zahid juga seolah-olah meragui jentera BN apabila menegaskan usaha menjatuhkan beliau tidak akan berhasil sekiranya jentera BN melipatgandakan usaha pada PRU14 yang akan diadakan pada bila-bila masa. Siapakah yang tidak cukup berusaha? MCA? Gerakan? MIC? Atau UMNO sendiri?
'Rosak ikan bermula di kepala'. Satu lagi kata-kata Zahid ketika berucap dalam majlis itu yang menguatkan andaian bahawa BN sedang mengalami masalah dalaman. Siapakah 'kepala' yang dimaksudkan Zahid? Presiden UMNO yang juga Pengerusi BN? Nampaknya secara tidak langsung Zahid turut mengakui yang kepelbagaian masalah yang melanda rakyat, negara dan UMNO/BN pada era Najib ini sebenarnya disebabkan oleh 'Sang kepala'. Apakah pula kerosakan yang dimaksudkan oleh Zahid? Mungkin gesaan Zahid yang meminta jentera parti komponen BN mengubah taktik berkempen dengan menumpukan kepada sistem komunikasi atas talian untuk mendekat pengundi menjawab persoalan kerosakan yang dimaksudkan. Perli Najib kah Wak Zahid? Nampaknya Zahid sendiri tidak 'berkenan' dengan tindakan Najib yang berterusan menyebar auta tentang Tun M termasuk mempersendakan anugerah Agong!
Ketakutan Zahid terhadap gerakan yang didakwanya bertujuan menjatuhkannya pada PRU14 menyebabkan Zahid bukan sahaja menuding jari kepada BN malahan cybertrooper BN pun menjadi sasarannya juga. Zahid berkata, "kumpulan askar siber (cybertrooper) BN harus menangkis dan menjawab tohmahan kumpulan media pembangkang dan bukan sekadar melihat sahaja." Macam mana nak tangkis Wak Zahid? Dah pembangkang berhujah dengan fakta, alih-alih cybertrooper tak ada idea nak jawab selain daripada maki hamun. Kepimpinan melalui teladan! Gerakan yang didakwa wujud oleh Zahid itu mungkin memang benar. Ini kerana kesangsian atau kerisauan Zahid turut disokong oleh Pengerusi BN negeri Perak, Zambry Abd Kadir. Zambry dalam ucapannya menyeru semua anggota parti komponen menzahirkan keyakinan tinggi terhadap kepimpinan parti menjelang pilihan raya umum, Keyakinan masih rendah atau BN memang sedang dalam konflik dalaman?
Zahid mempunyai asas yang kukuh untuk terus risau tentang kedudukannya. Manakan tidak, gesaannya ketika PAU 2016 (gambar atas) terus tidak diendahkan bukan sahaja oleh ahli UMNO malahan Najib sendiri tidak memperdulikan gesaan Zahid itu. Kerana itu kita seringkali mendengar atau membaca yang para ahli, macai , pendedak dan Najib sendiri tanpa henti terus menyebut nama Tun M. Bukan UMNO sahaja, malahan parti komponen BN yang lain pun turut tidak mengendahkan gesaan Zahid. Siapakah Zahid di mata BN? Apakah kedudukan sebenar Zahid dalam BN? Sekadar 'barua' atau 'keldai tunggangan' untuk mengelakkan perpecahan UMNO/BN selepas Tun M Muhyiddin, Mukhriz dan Shafie tidak lagi berada dalam UMNO/BN? Buatlah keputusan seawal mungkin wahai Wak Zahid. Tinggalkan UMNO.BN! Jangan nasi sudah menjadi bubur. Sesal tidak berguna lagi jika Wak Zahid hanya mengetahui tidak lagi menjadi calon UMNO/BN pada hari penamaan calon untuk PRU14 nanti! Wallhualam.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan