"Saya tak nak ambil hak orang Sabah. Hak orang Sabah saya nak ia dipertahankan. Saya sedar akan kepentingan perkara ini dan dengan adanya ruang perbincangan ini, saya mahu hak untuk negeri ini diperbaharui"
Kenyataan di atas adalah antara isi ucapan Najib ketika merasmikan Konvensyen UPKO 2016. Kata-kata yang sungguh manis terutamanya untuk rakyat Sabah. Tapi, seperti juga janjinya untuk menyiasat Skandal 1MDB, perkara ini nampaknya sepi begitu sahaja. Persoalannya, adakah Najib ikhlas dan benar-benar ingin mengotakannya ketika ia dilafazkan? Adakah janji itu hanya untuk UPKO? Almaklum, PRU14 semakin kelihatan. Kenalah buat janji manis kan? Penjimatan (kononyalah) Projek MRT sebanyak RM2 billion dicanang Najib dan para penyokongnya sehingga ke hari ini. Bagaimana dengan janji di atas? TV3 suku (istilah netizen) buat liputan berkaitan perkara ini pun sepintas lalu jer. Najib terlalu sibuk lancarkan pelbagai projek gula-gula PRU sehingga tiada masa untuk membincangkan MA63 dengan serius?
Rakyat Sabah sekalian, mari kita lihat sejenak gambar di bawah
Gambar di atas dengan jelas menunjukkan kedudukan Sabah sebagai "rakan kongsi" dalam pembentukan Persekutuan Malaysia. Hmm...dengan 1MDB pun Najib tak tahu apa yang dia tandatangan dan sebagai PM dia hanya mampu berhimpun di Stadium Titiwangsa untuk membantah keganasan ke atas Rohingya Myanmar. Adakah rakyat Sabah fikir yang Najib benar-benar mementingkan anda? Negeri yang diiktiraf UMNO sebagai "fixed deposit" ini amat mudah untuk mempercayai janji manis yang ditabur Najib dan disokong oleh Musa Aman. Tidakkah Sabahan menyedari yang kedudukan Sabah sekarang tidaklah seperti yang sepatutnya sebagaimana yang termaktub dalam MA63? Adakah janji ini dan Pan Borneo itu lebih daripada cukup untuk mengaburi akal sihat anda?
Sedarlah wahai Sabahan yang ketika ini anda sedang ditadbir oleh kleptokrat UMNO. Najib dan Musa Aman sama-sama terpalit dengan skandal mencuri kekayaan negara. Mereka tidak akan berhenti untuk mempermainkan anda selagi anda tidak bangkit mengubahnya! Mana mungkin Najib akan membuka sebarang ruang untuk "fixed deposit" ini menyedari haknya kembali. Janjinya semasa konvensyen UPKO 2016 hanyalah gimik politiknya untuk mengalihkan tumpuan terhadap skandal yang melibatkannya. Sedarlah bahawa Najib sedang berusaha melakukan apa sahaja agar Skandal 1MDB tidak memburunya. Mana mungkin juga Musa Aman akan memperjuangkan hak Sabah seperti yang termaktub dalam MA63. Almaklum kekayaan Musa sekarang dikatakan mencecah RM1.5 billion!
Lihatlah gambar di atas wahai Sabahan. Ada mirip cerita RM2.6 billion? Skandal ini hanyalah satu daripada pelbagai lagi persamaan Musa dengan Najib. Janji semasa Konvensyen UPKO tidak mungkin dikotakan Najib. Mana mungkin Najib akan sanggup berhutang lagi dengan China semata-mata untuk mengembalikan kekayaan yang sepatutnya diterima Sabah yang dianggarkan berjumlah RM100 billion. Jadi mengapa perlu rakyat Sabah bergantung harapan lagi pada UMNO? MA63 hanya akan disebut Najib berulang-ulang apabila tirai PRU14 hampir disingkap. Tetapkan dan kukuhkan azam mu wahai Sabahan untuk terus menolak UMNO/BN! Bak kata Najib ketika berhimpun di Stadium Titiwangsa, "enough is enough"! Jangan relakan diri anda seperti wanita dalam gambar di bawah.
SABAH UBAH!
Assalamu'alaikum/ Salam sejahtera.
BalasPadamTahniah Tinta Maya kerana berjaya mengungkapkan semangat membara ini yang sememangnya terus diperjuangkan oleh anak Sabah.
Hanya sepintas lalu saya membaca di sebalik pos-pos di facebook dan ditemukan dengan tulisan keramat Tinta Maya. Saya tidak mengenali Tinda maya tapi saya cukup kagum dengan semangat kemanusiaan yang Tinta maya hulurkan di sebalik Artikel Apa Khabar MA63. Alhamdulillah dan terima kasih yang tidak terhingga. Walau mungkin perjuangan kita menentang penjajah bangsa sendiri sekaligus sebagai penyamun di negara sendiri tidak berpenghujung dalam tempoh yang singkat namun saya sangat percaya artikel yang membangkitkan semangat orang-orang Sabah ini pastinya bakal diberikan ganjaran oleh Allah S.W.T. Aamiin.
Sebagai makluman Tinta Maya, saya adalah pribumi Sabah. yang telah banyak menyaksikan kegiatan demi kegiatan penyamunan hak orang Sabah oleh para pemimpin atasan UMNO yang bermaharajalela di Malaysia dan di Sabah khususnya. Situasai penyamunan di Sabah ini dirasakan seolah berada di negara asing di mana manusia-manusia di dalamnya adalah jenis manusia yang tidak beragama dan nilai-nilai kemanusiaan.
Saya sangat mengharapkan akan ada revolusi besar-besaran menentang dan menghapuskan kezaliman pemerintahan Pak Najib Razak, perdana menteri Malaysia yang mewarisi sifat-sifat penyamun oleh pemimpin sebelum-sebelumnya.
Saya juga sangat mengharapkan hak-hak Sabah akan dapat dikembalikan keseluruhannya sejak kemasukan Borneo Utara (Sabah) ke Persekutuan Malaysia. Saya suka memperhitungkan bahawa hak Sabah adalah sekurang-kurangnya 50 peratus daripada jumlah keseluruhan hasil bumi Sabah. Daripada jumlah itu iaitu 50 peratus itu hendaklah didarab dengan 53 tahun iaitu tempoh Borneo Utara (Sabah) disamun dan disamun oleh Parti UMNO.
Saya melihat faktor utama mengapa tiada kebangkitan daripada rakyat Sabah secara totalnya adalah disebabkan sebahagian besar rakyat Sabah yang berpeluang menjadi pemimpin sama ada di dalam parti UMNO atau pembangkang adalah di kalangan mereka yang GILAKAN DUIT dan KUASA sehingga sanggup menggadaikan nasib agama, bangsa dan bumi Sabah sendiri demi mempertahankan keutuhan perjuangan POLITIK DUIT dan KEPENTINGAN PERIBADI mereka. Sanggup dibeli dengan hanya nilai jutaan ringgit yang ditabur tidak ubah dedak ayam yang kelaparan. Saya menggelar manusia begini ibarat Pak Pandir yang bersorak menang dalam pertarungan sabung ayam tanpa menyedari bahawa ayamnya telah ditukar dan kampungnya telah tergadai akibat kebodohan yang amat sangat.
Saya dan kami rakyat Sabah yang ditipu dan disamun sejak 16 September 1963 memohon pihak-pihak yang masih ada sedikit perikemanusiaan dan kemampuan ama ada dari segi kuasa politik atau kecerdikan dalam bidang perundangan supaya tampil membantu rakyat Sabah bertukar buah fikiran untuk melepaskan Sabah daripada cengkaman kuasa jahat dan kejam UMNO.
Saya dengan rendah diri dan berbesar hati mengalu-alukan sesiapa jua tampil berbincang dan bertukar-tukar buah fikiran.
Sila hubungi saya melalui email saya, LeeSF97@gmail.com.
Teriam kasih.
Lee Saf