Surat Zahid Hamidi yang mendesak Najib untuk meletak jawatan sebagai Perdana Menteri menjadi viral. Kenyataan daripada UMNO, surat tersebut adalah palsu. Benarkah ianya palsu? Mungkin ya mungkin juga tidak. Zahid Hamidi tidak mungkin akan melakukannya setelah wala' semasa PAU2016. Namun, dalam politik segalanya mungkin.
Melihat kepada tandatangan dalam surat tersebut, ianya seakan-akan 'real' dan nampak kemas. Orang yang melakukannya pastinya seorang yang sangat mahir. Benar atau tidak surat tersebut bukanlah perkara yang hendak ditekankan di sini. Isu yang menjadi perhatian ialah respon daripada UMNO sendiri:
1. Adakah siasatan dalaman telah dilakukan?
2. Mengapa pihak pembangkang yang dipersalahkan?
3. Laporan polis?
Saya serahkan kepada para pembaca untuk berhujah dan membuat kesimpulan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan