Isnin, 19 Disember 2016

Pan Borneo...UMNO terus tabur Gula-Gula PRU


Najib dan UMNO terus menabur gula-gula kepada rakyat terutamanya di Sabah dalam usaha untuk menutup Skandal 1MDB dan mengaburi mata rakyat daripada melihat situasi genting dan kronik ekonomi negara. Terbaharu, pelancaran Projek Pan Borneo jajaran Jalan Pintas Lahad Datu, Sabah. Pelancaran tersebut juga bagaikan memberi isyarat bahawa PRU14 semakin hampir. Untuk menunjukkan bahawa ekonomi negara sememangnya berada dalam keadaan yang baik, MO1 telah melancarkan pelbagai projek tanpa menjelaskan butiran seperti dari mana sumber dana untuk projek-projek tersebut. Kuncu-kuncu UMNO pastinya bersorak gembira kerana boss mereka dapat meneruskan sandiwaranya.

Persoalan penulis tujukan kepada rakyat Sabah, mahu terus diperbodohkan UMNO? Buat jalan sepanjang beberapa kilometer kemudian membiarkan baki jaraknya menjadi gula-gula lagi untuk PRU yang mendatang (selepas PRU14). Kleptokrat UMNO khasnya kroni Musa Aman pastinya tersenyum lebar. Rakyat dibodohkan, duit diutamakan. Itulah falsafah yang menjadi pegangan kleptokrat UMNO. Tidakkah rakyat Sabah sedar bahawa sandiwara ini telah acap kali berulang? Wahai rakyat Sabah, lihat sahaja Jalan Telupid-Sandakan atau Sandakan-Kinabatangan. Berapa kalikah dalam beberapa bulan, kilometer yang sama juga yang dibaiki?

Adakah rakyat Sabah sedar yang Najib dan UMNO berterusan menghina undi rakyat Sabah? Tahukah anda bahawa pandangan mereka terhadap rakyat Sabah ini sangat rendah? Lancarkan sahaja projek jalanraya nescaya Sabah akan mengundi UMNO dan BN. Mahukah anda terus dihina sedemikian? Tanyalah YB UMNO/BN di kawasan anda, mengapa mereka membisu seribu bahasa terhadap situasi ekonomi sekarang? Tidakkah YB itu seharusnya menyuarakan rintihan anda? Sedarlah wahai Sabah! Tanpa undi anda UMNO/BN pasti tersungkur! Berubahlah ke arah kehidupan yang lebih baik dengan menolak UMNO/BN.

Jangan pernah gentar untuk menidakkan keangkuhan UMNO. Buktikan bahawa Sabah mampu membangun dengan lebih gemilang tanpa UMNO, Najib dan Musa Aman! Tidakkah Sabahan terasa terhina menjadi Negeri yang paling kaya sumber alam tetapi paling miskin realitinya? Sedarlah bahawa Najib dan UMNO menganak tirikan Sabah. Dan Musa Aman hanya menjadikan rakyat Sabah sebagai kuda tunggangan untuk memenuhkan tong duitnya. Fikir-fikirkanlah wahai Sabahan, Pan Borneo lebih menguntungkan siapa sebenarnya? Pembaikan jalanraya berulang-ulang untuk kerosakan di kilometer yang sama pasti berlaku lagi dan lagi dan lagi! Memang benar jalanraya akan dibina tetapi untuk kemudahan rakyat Sabah hanyalah tujuan sampingan. Tujuan utama adalah untuk memperkayakan kleptokrat UMNO.

Bandingkanlah kualiti jalanraya di Sabah dengan negeri-negeri lain di Malaysia wahai Sabahan. Jika anda tidak mengubah undi anda (tetap undi UMNO/BN), percayalah kleptokrat UMNO akan terus menindas Sabah dan rakyatnya. Bangkitlah wahai Sabahan! Jika YB anda masih berdiri teguh disamping Najib, UMNO dan Musa Aman maka ubahlah ia pada PRU14 nanti. Sabah Ubah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...