Isnin, 19 Disember 2016

Negara Berpendapatan Tinggi atau Negara Berhutang Tinggi?


Bayang-bayang PRU14 semakin menjelma. Pelancaran pelbagai projek di sini sana oleh Najib dan UMNO menguatkan lagi andaian tersebut. Negara Berpendapatan Tinggi terus dicanang pelbagai pihak Pro UMNO sebagai sebab utama projek-projek tersebut perlu dilaksanakan. Tidak salah untuk berobjektif seperti itu. Islam tidak menghalang umatnya untuk memiliki kemewahan dunia selagi mampu. Tetapi yang perlu diambil perhatian ialah dari mana sumbernya? Rakyat Marhaen, renungkanlah hadis dalam gambar di atas. Seluruh dunia sudah maklum yang hutang Negara Malaysia hampir mencecah trillion ringgit. Mungkin ada kalangan anda akan bertanya, banyak mana trillion tu yer? Dalam bentuk angka, trillion (untuk 1 trillion) kelihatan seperti ini 1,000,000,000,000. Jika ianya pendapatan, tentu sahaja kita Rakyat Marhaen akan sangat gembira. Malangnya, dalam konteks ekonomi Malaysia sekarang itu adalah HUTANG!

Kerisauan di malam hari dan kehinaan di siang hari langsung tidak terpapar pada raut wajah MO1 dan para pendampingnya. Malahan dalam Rakyat Marhaen merintih, MO1 bersukaria ber "Sha-La-La-La-La". Mana mungkin mereka risau berhubung dengan perkara hutang ini kerana hakikatnya Rakyat Marhaen yang membayarnya dan akan menanggungnya sehingga ke anak cucu dan cicit. MO1 dan UMNO enggan mengakui bahawa Rakyat Marhaen yang membayar untuk mereka? Sudah berapa kali MO1 dan para pendampingnya mengisytiharkan bahawa GST menyelamatkan ekonomi negara? Tidakkah itu secara tidak langsung mengakui bahawa Rakyat Marhaenlah yang menanggung hutang negara!


Tindakan MO1 yang terus disokong oleh UMNO untuk terus berhutang membuktikan bahawa parti tersebut tidak boleh dibaiki lagi. Jika tidak boleh dibaiki lagi, apakah yang perlu dilakukan? Jawabannya, GANTIkan ia dengan yang baharu! Tidakkah anda melihat bahawa dalam keperitan Rakyat Marhaen, Najib dan UMNO terus membina kekayaan? UMNO ini telah buruk seburuk-buruknya. Hatta golongan agama dalam parti tersebut pun diam membisu berhubung soal hutang negara. Sesekali bersuara tetapi hanya backup dan pujian terhadap MO1 yang akan berkumandang dari mulut golongan tersebut.



Rakyat Marhaen renungkanlah kata-kata mantan Presiden U.S. dalam gambar di atas. Itulah yang berlaku dan menjadi kitab bagi para YB UMNO pada hari ini. Manakan tidak, boss sendiri dah berulangkali mengisytiharkan bahawa "Cash is King". Anda nilaikan/bandingkan lah kadar pendapat Rakyat Marhaen yang sebenarnya dengan dakyah Negara Berpendapatan Tinggi. Anda akan dapati situasi yang sebenar ialah Negara Berhutang Tinggi! Adakah anda sedar dalam setiap projek yang diumumkan oleh Najib dan UMNO, perkataan sumbernya daripada HUTANG sebolehnya disembunyikan oleh mereka? Bahkan dalam mendabik dada dengan penjimatan 2 billion ringgit untuk Projek MRT, perincian projek tidak pernah didedahkan.

Sedarlah wahai Rakyat Marhaen, apa yang anda lihat perbelanjaan yang dilakukan oleh Pentadbiran MO1 pada hari ini bukanlah lebihan dari mana-mana sumber hatta GST. Ianya datang daripada HUTANG tutup HUTANG. Agak menghairankan juga para penjawat awam yang mahir dalam soal reloan/overlapping tidak lantang bersuara menjelaskan kepada Rakyat Marhaen tentang hutang yang membelenggu negara kini. Adakah kerana janji manis Zahid baru-baru ini untuk mengkaji semula elaun penjawat awam membuatkan anda turut diam seribu bahasa? Buatlah keputusan untuk menolak UMNO/BN wahai Rakyat Marhaen. Sertailah perjuangan untuk menyelamatkan negara yang tercinta ini!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...