UMNO dan Auta berpisah tiada. Itulah ungkapan tepat yang menggambarkan UMNO sekarang. Gambar di atas menunjukkan betapa pelbagai jawaban yang berbeza daripada pelbagai Menteri yang mewakili satu parti dalam usaha untuk 'backup' pemimpin mereka yang sejak akhir-akhir ini ingin disamakan dengan pemimpin zaman Khalifah. Mengapa wujud jawaban yang pelbagai sedangkan soalan atau isu hanya satu? Hanya satu perkataan untuk menjelaskannya iaitu AUTA. UMNO yang kini berpaksikan kleptokrasi sering berdolak-dalik memberikan jawaban apabila dibelenggu suatu isu. Nukilan penulis sebelum ini telah menyatakan yang kleptokrasi ini wujud bersama 3 saudara kembar iaitu rasuah, ketidakadilan dan jenayah (kriminalisasi). Auta adalah satu bentuk jenayah juga.
Auta ini tidak setakat dijadikan prinsip oleh para Menteri UMNO malahan turut dipraktikkan oleh Penjawat Awam dalam agensi yang penting seperti Peguam Negara. Demi habuan duniawi, Peguam Negara dengan mudah sahaja memutuskan bahawa tiada kes berkaitan isu 2.6 billion ringgit. Menjadi hakim kepada siasatan oleh SPRM. Besar sungguh kuasa yang diberikan kepada Peguam Negara yer. Bahkan sampai sekarang, skandal utama yang mencemar nama negara...1MDB masih tiada penjelasan daripada UMNO dan MO1. Ketua Polis Negara juga turut menyertai kumpulan pencinta Auta dengan menegah dan sering menggunakan undang-undang untuk menghalang 1MDB daripada dibincangkan oleh sesiapa hatta di Parlimen atas alasan masih dalam siasatan. Benarkah ia disiasat? Tentunya kita masih ingat berita sensasi berkaitan gambar di bawah.
UMNO dan Auta memang sudah serasi. Sehinggakan ahli atau penyokongnya juga tidak boleh berhujah tanpanya (gambar di bawah)
Allah swt mengurniakan akal dan hati kepada kita semua. Tetapi sangat malang bagi penyokong UMNO tersebut, dedak UMNO telah membutakan akal dan hatinya. Mungkinkah dia masih tidak sedar yang zaman kerajaan dan penyokongnya serba tahu sudah pupus? Tidak perlu Google pun, kita rakyat yang celik dan bebas dedak boleh tahu yang gambar tersebut adalah jalan raya di Brandenburg, Jerman. Pesanan kepada diri penulis dan rakyat marhaen, jika tidak boleh berbuat baik janganlah kita berbuat mungkar. Ingatlah Allah sentiasa bersama orang-orang yang benar. Janji Allah itu pasti!
UMNO dan Auta tidak berhenti setakat itu. Terbaharu berkaitan isu ECLR. Dua jawaban yang berbeza daripada dua orang Menteri apabila ditanya berkaitan kos projek yang diumumkan oleh kontraktor daripada China (CCCC). Seorang kata peningkatan kos disebabkan tanah. Seorang lagi kata kerana penambahan jarak dalam projek.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan