Wikipedia bagi makna Kleptokrasi di atas (dalam gambar) adalah dalam Bahasa Indonesia. Dalam Bahasa Melayu dapat kita ringkaskan sebagai Kerajaan Pencuri yang mana ianya bersangkut paut juga dengan rasuah, ketidakadilan dan jenayah. Tanpa rasuah, ketidakadilan dan jenayah, kleptokrasi agak mustahil untuk berlaku.
Kembali kepada tajuk catatan kali ini, "Najib, UMNO dan Kleptokrasi".....penulis terpanggil untuk mengalun tinta berhubung perkara ini agar para pembaca baik daripada kalangan Pro Pembangkang, Pro UMNO dan Kelompok Atas Pagar tidak lupa apakah isu sebenar yang membelenggu negara tercinta ini. Sejak akhir-akhir ini Strategi UMNO untuk menyerang pimpinan mahupun parti pembangkang dengan pelbagai isu lantang berkumandang. Ditambah pula dengan usaha tanpa henti TV3 suku (istilah netizen) yang ghairah menyiarkan kejayaan-kejayaan Najib membawa masuk pelaburan asing (majoritinya daripada China), Tindakan ini sebenarnya hanyalah untuk melalaikan rakyat marhaen daripada mengingati apakah isu sebenar negara ini iaitu kleptokrasi.
Seperti yang telah penulis alunkan dalam mukaddimah, kleptokrasi ini wujud bersama rasuah, ketidakadilan dan jenayah. Ketiga-tiga saudara kembar kleptokrasi ini wujud dalam pelbagai bentuk di pelbagai peringkat. Ianya kita boleh lihat dalam politik, ekonomi dan juga perundangan. Bagaimana mungkin di negara kelahiran Skandal 1MDB tiada pihak atau individu yang dibawa ke muka pengadilan di kala pelbagai negara luar sedang atau akan membicarakan skandal ini di mahkamah negara masing-masing? Jika ada pun yang didakwa atau dihukum di negara ini, mereka adalah individu atau pihak yang cuba mendapatkan penjelasan atau ingin membuat laporan polis berkaitan 1MDB. Pelik bukan?
Kita telah melihat bagaimana TS Muhyiddin Yassin dan DS Shafie Afdal digugurkan daripada Kabinet dan disingkirkan daripada UMNO hanya kerana mempersoalkan tentang 1MDB. YB Rafizi juga menjadi mangsa kleptokrasi ini. Bahkan Parlimen juga mulai diganggu kesuciannya semata-mata untuk memastikan tiada pihak yang akan berterusan membincangkan Skandal 1MDB. Terkini, Anina Saadudin (PPBM) menjadi sasaran serangan Pro UMNO yang dikenali sebagai Cybertrooper. Sebenarnya semua ini adalah amaran licik Najib dan UMNO agar rakyat marhaen tidak mencuba untuk terus memperkatakan Skandal 1MDB. Sedangkan pada masa yang sama, pelaku-pelaku yang melesapkan berjuta malah ada yang mencecah billion ringgit wang rakyat dan negara masih bebas tanpa sebarang tindakan.
Di saat rakyat marhaen merintih dek keadaan ekonomi sekarang, Najib ceria ber Sha-La-La-La-La menghiburkan tetamunya. Pada ketika pelbagai peruntukan dan bantuan untuk rakyat dikurangkan atau dihapuskan, UMNO gah mengumumkan pembinaan bangunan barunya yang bernilai ratusan juta ringgit. Kenaikan harga pelbagai jenis barangan dan penyusutan nilai ringgit cuba dikaburi dengan mencanang bahawa ekonomi negara adalah baik. Bangkitlah wahai rakyat marhaen! Jangan relakan lagi Najib, UMNO dan Kleptokrasi ini terus memperdayakan anda! Teguhkan pilihan untuk menolak UMNO dan BN pada PRU14 nanti!
Mutakhir ini, sentimen agama juga sedang dipergunakan oleh Najib, UMNO dan Kleptokrasi. Himpunan #SaveRohingya di Stadium Titiwangsa adalah bukti terkini tentang perkara ini. Penulis tertanya-tanya jika #SaveAleppo juga akan mempunyai skrip yang sama. Kerakusan untuk kekal berkuasa menghalalkan segalanya. Mengapa takut untuk menggunakan saluran diplomatik? Takut terpalit kemuka sendiri? Dengan imej negara yang dilabel pelbagai pihak antarabangsa sebagai Negara Kleptokrasi, adalah jawapan kepada mengapa Najib dan UMNO gentar untuk menggunakan saluran diplomatik sebagai inisiatif pertama untuk bersuara di peringkat global. Demonstrasi dulu baru diplomatik adalah prinsip kerajaan sekarang! Pelbagai hadis dan sirah Nabi digunakan untuk mengekalkan kuasa. Sedangkan hakikatnya Najib dan UMNO tampak tidak mengamalkan apa yang dinyatakan dalam hadis dan sirah Nabi. Nauzubillah....
Tidakkah rakyat marhaen merasa gerun dengan hutang negara yang hampir mencecah trillion? Pernahkah anda persoalkan ke manakah perginya hasil minyak dan GST? Ingatlah, kita sebagai rakyat marhaen yang akan menanggung derita hutang trillion ini jika kita tidak mengubah pilihan pada PRU14 nanti! Desakan agar Najib meletak jawatan yang tidak diendahkan beliau jelas membuktikan perjuangan beliau bukanlah demi rakyat tetapi untuk 'personal proud'. UMNO bukan sahaja membisu seribu bahasa bahkan berdiri teguh dibelakang Najib dalam Skandal 1MDB.
Akhir kata...wahai rakyat marhaen marilah kita sama-sama Say NO to Najib, UMNO dan Kleptokrasi!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan