Sabtu, 17 Disember 2016

Penempatan aset ketenteraan, Malaysia minta penjelasan China?


Laporan Asia Maritime Transparency Initiative (AMTI) yang mendakwa mereka mempunyai bukti bahawa China menempatkan aset ketenteraan di semua tujuh pulau buatan yang dikuasainya tampak akan digunakan sebagai modal politik oleh UMNO. Mungkin kenyataan penulis ini agak keterlaluan terutamanya dari sudut pandangan Pro UMNO. Tetapi jika anda mengimbas semula peristiwa "Selasa" membabitkan Wall Street Journal (WSJ), anda akan dapati kenyataan penulis mempunyai asas. Betul? Kita tidak lagi hidup dalam era pentadbiran Tun Mahathir. Pada zaman Tun Mahahir, bukan setakat memohon penjelasan bahkan menghantar tentera untuk mempertahankan prinsip yang diperjuangkan juga menjadi kenyataan.

Di bawah pentadbiran Najib dan kleptokrasinya, kita telah melihat pelbagai sandiwara yang dimainkan pihak pemerintah. "Selasa" yang dilaung-laungkan tak kunjung tiba. "Nothing to Hide" terus menjadi bukti betapa UMNO sekarang sememangnya hanya jaguh berkokok. Demonstrasi di Stadium Titiwangsa satu lagi bukti betapa UMNO hanyalah jaguh di reban sendiri (lebih teruk daripada jaguh kampung)!. Setelah berbillion ringgit projek yang diberikan kepada China, persoalan yang timbul...beranikah UMNO mempersoalkan China? Bak kata netizen, ada telor kah?

Ketika DOJ mengumumkan bahawa U.S akan mengambil tindakan terhadap aset-aset yang berada di negara tersebut yang mempunyai kaitan dengan 1MDB, Najib dengan bantuan TV3 suku (istilah netizen) dengan pantas menyatakan bahawa ia adalah satu bentuk campurtangan asing terhadap urusan dalaman Malaysia. Jadi mengapa harus Hishamuddin merancang untuk meminta penjelasan daripada China berkaitan penempatan aset ketenteraan mereka? Tidakkah ini juga satu bentuk campurtangan luar terhadap hal ehwal China? Tepuk dada, tanya poket kleptokrasi!

Jika berdepan Myanmar pun Najib hanya berani berhimpun di Stadium Titiwangsa, adakah anda fikir Hishamuddin akan menggerakkan Scorpene Malaysia untuk mendepani China? Sandiwara UMNO yang sentiasa menangguk di air yang keruh kali ini tampak akan memakan diri. Jika Hishamuddin setakat bergimik politik ia akan mengulangi sensasi "Selasa" yang tak kunjung tiba. Dan jika beliau mengotakannya, ianya akan memalit najis ke muka Najib sekaligus mengesahkan yang MO1 memang tiada telor. Fantasi atau realiti, sama-samalah kita nantikan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...