2016 semakin hampir melabuhkan tirainya dan tidak akan kembali selamanya. 2017 pula bagaikan tidak sabar untuk mengambil tempatnya menjadi saksi ragam kehidupan manusia. Pelbagai kisah suka dan duka (banyaknya duka) dilalui rakyat marhaen sepanjang 2016. Suka atau duka, sedar atau tidak...rakyat marhaen tetap memulakan tahun baharu dengan bebanan hutang negara. 'Hadiah istimewa' daripada Najib dan UMNO. Bukti bahawa rakyat memang didahulukan. Didahulukan untuk menderita!. 1MDB, FGV, NFC dan GST adalah antara 'hadiah' terbesar Najib dan UMNO kepada rakyat marhaen. Manakala Pan Borneo, MRT dan BR1M adalah antara retorik politik Najib dan UMNO yang digunakan untuk mengaburi mata, akal dan hati rakyat marhaen.
Desas-desus politik bertiup kencang bahawa kemungkinan PRU14 akan diadakan pada 2017. Khabar yang mempunyai asas yang kukuh. Mungkin Najib tidak ingin menunggu sehingga 'pencabar baharu' seperti PPBM dan WARISAN menjadi lebih kuat. Adakah Najib dan UMNO yakin rakyat akan terus menyokong mereka? Adakah juga bukti-bukti untuk semua skandal mereka telah dihapuskan sehingga mereka cukup yakin untuk mengadakan PRU pada 2017 dan bersedia dengan kemungkinan kekalahan? Apapun teka-teki yang dilontarkan berkaitan benar atau tidak PRU pada 2017, sekurang-kurangnya ia memberi harapan kepada rakyat untuk menamatkan penderitaan yang datang bertalu. Mutakhir ini, undang-undang kelihatannya turut disalahguna untuk mengekalkan pihak pemerintah. Mereka yang membuat laporan polis (bukan pro pemerintah) akan disoalsiasat. Bahkan ada yang dilokap bersama peguamnya.
Situasi seperti itu membuatkan rakyat marhaen sangat ternantikan PRU14. Itulah sahaja pilihan yang masih tinggal yang mampu memberikan sinar pada 2017. Harapkan para YB UMNO/BN yang telah mereka undi pada PRU13 nampaknya hanya tinggal ilusi. Para YB itu memilih kekal dan wala' pada Najib. Kepentingan parti mengatasi kepentingan rakyat marhaen! Poket sendiri lebih utama daripada rintihan dan tangisan rakyat marhaen. Pemimpin berjiwa rakyat dikatakan 'pengkhianat', 'penyamun' dianggap suci dan menjadi satu dosa jika tidak menyokongnya!. Namun harus diingat dalam keghairahan menantikan PRU14...sistem pilihanraya Malaysia bukanlah berdasarkan undi popular. Ia berteraskan 'kerusi' kawasan. Peranan dan intergriti SPR turut menjadi perhatian. Adakah sinar menjelang PRU14? Penulis tidak ingin megulas lanjut tentang SPR pada catatan kali ini.
Perlantikan Sultan Muhammad V sebagai Yang Di-Pertuan Agong Ke-15 pada 13 Disember yang lalu memberi inspirasi kepada rakyat marhaen untuk mengharungi keperitan hidup di era kleptokrasi. Seorang sultan yang berjiwa rakyat dan berperwatakan 'humble'. Penulis berharap dan berdoa agar keperibadian Baginda Tuanku dapat membuka mata, hati dan akal para YB UMNO/BN terhadap kemungkaran Najib. Semoga keperibadian Baginda Tuanku juga akan mencetus satu usul tidak percaya terhadap Najib di Parlimen. Keperibadian Baginda Tuanku sememangnya jauh berbeza dengan keperibadian Najib yang jelas terbukti bertunjangkan duniawi semata-mata. Mempunyai seseorang seperti Baginda Tuanku sebagai 'Payung Negara' adalah satu rahmat bagi rakyat marhaen dalam menempuh dugaan 2017 nanti.
2017.....Sinar atau Sirna?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan