Ahad, 1 Januari 2017

Harussani 'penjaga gol' terkini Najib Kleptocracy Club


Musim 2017 kancah politik Malaysia membuka tirainya. Najib Kleptocracy Club (NKC) meneruskan strategi memperkudakan agamawan demi mencapai matlamat mereka. Terkini, Mufti Perak, Harussani Zakaria tampil sekali lagi sebagai 'penjaga gol' pasukan berkenaan. Dalam kenyataannya yang disiarkan oleh BHOnline, Harussani menyifatkan Tun M sebagai cuba mengambil hak Tuhan. Harussani berkata demikian ketika mengulas kenyataan Tun M berkaitan haji tidak mabrur jika sumbernya daripada 1MDB. Laju je kan mufti ni keluar statement kalau untuk pertahankan NKC. Bila nak keluar fatwa pasal 1MDB Pak Mufti? Masih enggan keluarkan fatwa sebab takut hilang habuan duniawi?

Musang berbulu biri-biri. Mungkin itu perumpamaan yang sesuai untuk Harussani. Kemewahan duniawi jelas telah memperdayakan mufti yang seharusnya menjadi barisan hadapan dalam soal amal makruf nahi mungkar. Hukum hakam hanya diperingatkan kepada golongan yang menentang kemungkaran NKC manakala untuk NKC sendiri dan para penyokongnya tiada hukum hakam. Semuanya halal! Renungkanlah maksud potongan hadis di bawah wahai Pak Mufti.

...jika ia pergi dengan harta yang haram, dan ia mengucapkan: "Labbaik", maka para malaikat penyeru dari langit berseru: "Tidak diterima kunjunganmu dan engkau tidak berbahagia. Pembekalanmu haram, pembelanjaanmu juga haram, maka hajimu ma'zur (mendatangkan dosa) atau tidak diterima". [Hadis Riwayat Tabrani]

Nauzubillah min zalik.


Harussani pernah menyatakan bahawa tuduhan terhadap 1MDB adalah bersifat fitnah dan prejudis. Kerana itu mufti tersebut enggan mengeluarkan fatwa berhubung 1MDB (gambar atas). Tetapi untuk membidas kenyataan Tun M tidak prejudis pula yer Pak Mufti? Inilah akibatnya jika dah terlebih makan 'dedak'. Amal mungkar nahi makruf menjadi prinsipnya. Mufti yang seharusnya menegah kemungkaran memilih untuk menjadi 'penjaga gol' bagi NKC! Kleptokrasi tegak bersama Harussani! Perbicaraan di Singapura, dakwaan di US dan siasatan di Switzerland dan Abu Dhabi berkenaan 1MDB tu semuanya prejudis Pak Mufti? Harussani melupakan kata-katanya sendiri, "banyakkan amalan di hujung usia".


Kenyataan allahyarham Tuan Guru Nik Aziz (gambar atas) mengenai Harussani sudah cukup untuk mengingatkan rakyat marhaen tentang penglibatan mufti tersebut dalam politik UMNO. Maka rakyat marhaen seharusnya tidak terpedaya dengan laungan hukum hakam yang dicanang NKC melalui Harussani. Ia hanyalah sekadar modal politik NKC. Menjual agama demi nama! Kita telah melihat bagaimana Jamil Khir Baharom mencalar imej Islam di Malaysia dengan isu YAPIEM. Kini Harussani merobek lagi imej Islam dengan membela kleptokrasi! Nasihat penulis, kalau dah kemaruk sangat dengan NKC tu...masuklah gelanggang politik wahai Pak Mufti. Janganlah pergunakan kedudukan sebagai Mufti Negeri Perak untuk menegakkan kleptokrasi!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...