Selasa, 31 Januari 2017

WARISAN utamakan rakyat dalam menghadapi PRN Sabah


Selaku Presiden Parti Warisan, DS Shafie Apdal sentiasa mengingatkan bahawa Parti Warisan bukan parti untuk satu kaum sahaja tetapi ianya merupakan parti untuk Bangsa Sabah. Kata-kata seperti dalam gambar di atas adalah antara teras perjuangan Warisan yang membolehkan ia diterima dan mendapat sokongan rakyat Sabah dalam waktu yang begitu singkat. Satu demi satu kawasan DUN Sabah dikunjungi Siri Jelajah Warisan (SJW). Dalam setiap kunjungan itu sambutan hangat diberikan penduduk setempat. Kehadiran rakyat ke SJW bukan sahaja setakat daripada penduduk setempat malahan rakyat daripada kawasan DUN Sabah yang lain. Ini menunjukkan betapa teras perjuangan Parti Warisan yang seringkali berkumandang dalam SJW memang amat dirindukan dan diperlukan oleh rakyat Sabah. Telah hampir 54 tahun Sabah merdeka menerusi Persekutuan Malaysia. Tetapi tanpa disedari sendiri oleh majoriti rakyat Sabah, mereka masih 'dijajah' di negeri sendiri! 

Siapakah (parti) di Negeri Di Bawah Bayu sebelum wujudnya Parti Warisan benar-benar menjadi platform perjuangan yang mewakili semua kaum/etnik di Sabah? USNO, BERJAYA, PBS, UPKO, SAPP atau UMNO/BN? Lihat dengan teliti komposisi kepimpinan parti-parti tersebut nescaya anda akan dapati yang mereka sebenarnya hanya mewakili kepentingan kaum/etnik masing-masing! Justeru, kemunculan Warisan memberikan jawaban kepada 'kehausan' rakyat Sabah yang telah sekian lama inginkan sebuah parti yang akan mewakili Bangsa Sabah. Rakyat Sabah yang kian matang dalam berpolitik sedar parti kesukuan tidak akan membantu mereka untuk bebas daripada belenggu 'penjajahan' di bumi sendiri. Tanpa disedari majoriti rakyat Sabah, selama ini sebenarnya UMNO/BN 'menjajah' negeri ini dan berselindung di sebalik auta perpaduan transnasional. Satu soalan mudah untuk membongkar auta transnasional ini...mengapa kadar Elaun Perumahan dan Wilayah (EPW) antara Semenanjung, Sarawak, W.Persekutuan dan Sabah tidak sekata?


Sebagai sebuah parti baharu yang pada awalnya tidak diendahkan parti pemerintah mahupun parti pembangkang tempatan Sabah yang lain, Warisan masih mengekalkan sikap 'low profile' walaupun kini parti itu kian mendapat sambutan rakyat Sabah. Dan sebaik sahaja kemampuan Warisan mula membuka mata parti pemerintah dan parti-parti lain, maka berbondong-bondonglah serangan yang dilemparkan kepada parti tersebut daripada pelbagai arah. Dari macai dan pendedak sehingga kepada pemimpin parti pemerintah serta 'talibarut' mereka di dalam parti pembangkang tempatan Sabah yang lain, pelbagai auta cuba dilontarkan untuk menghentikan sokongan rakyat Sabah terhadap parti Warisan. Jerat gabungan parti pembangkang (USA) juga cuba dijulur agar Warisan dilihat sebagai parti yang pentingkan diri sendiri dan jawatan. Namun itu semua gagal menjerumuskan Warisan ke dalam kancah politik kebencian, perkauman dan sentimen agama.

Kenyataan DS Shafie seperti dalam gambar di atas sudah cukup untuk memberi penjelasan tentang mengapa Warisan memilih untuk bergerak secara bersendirian ketika ini. Mengapa perlu gabungan parti jika benar perjuangan adalah atas landasan yang sama? Itu soalan yang wajar dijawab oleh UMNO/BN dan USA (United Sabah Alliance)! Berjuang untuk rakyat bukan jawatan! Itu satu lagi peringatan yang sering ditegaskan oleh kepimpinan Warisan dalam setiap SJW. Berjuang demi rakyat pastinya sangat berbeza dengan berjuang demi jawatan. Lihat sahaja YB UMNO/BN sekarang. Mereka bukan tidak tahu dan tidak mendengar segala rintihan dan keperluan rakyat tetapi oleh kerana perjuangan mereka sebenarnya adalah demi jawatan maka mereka sanggup berdiri teguh bersama golongan kleptokrat dan oxymoron yang sedang menguasai negeri dan negara! Rakyat hanya menjadi keutamaan bilamana PRU atau PRN mula menyingsing!


Suasana seperti dalam gambar di atas adalah suasana yang sering kelihatan dalam setiap SJW. Bukti yang tidak dapat disangkal lagi yang jelas menunjukkan betapa Warisan dan rakyat Sabah sudah tidak sabar untuk mengubah parti pemerintah pada PRN Sabah nanti. Tentu sahaja suasana seperti ini tidak akan kelihatan dalam mana-mana media pro UMNO. Jika dipaparkan pun pasti beritanya akan 'dispin' agar ia kelihatan sebagai tidak mendapat sambutan. Kehadiran rakyat dalam setiap SJW adalah tanpa paksaan/kerahan dan tanpa 'dedak'! Sangat berbeza dengan pendekatan UMNO/BN yang akan menyelitkan 'program dedak' dalam setiap majlis yang dicanang sebagai majlis bersama rakyat. Tanyakan kepada para kakitangan kerajaan, berapa ramai ketua-ketua jabatan atau wakil mereka yang terpaksa meninggalkan tugas hakiki mereka setiap kali Musa Aman 'turun padang'? Kepada rakyat Sabah, PRN semakin hampir...bulatkan dan kukuhkan tekad untuk menolak UMNO/BN dan memilih Warisan demi kemerdekaan Sabah dalam erti kata sebenar Persekutuan Malaysia! Wallahualam.

Penggantungan Annuar 'Panamera': Kambing hitam atau sekadar wayang UMNO?


Jika anda kerap kali dibohongi oleh seseorang, apakah tahap kepercayaan anda terhadap orang itu? Sangat tinggi, tinggi, sederhana, rendah atau sangat rendah? Begitu juga halnya dengan Najib dan UMNO. Adakah rakyat meletakkan kepercayaan yang tinggi terhadap kes penggantungan tugas Annuar 'Panamera' sebagai Pengerusi MARA? Auta UMNO yang terlalu banyak 'bertaburan' dalam pelbagai isu menyebabkan kes seperti penggantungan tugas Annuar 'Panamera' ini tidak lepas daripada persoalan. Persoalan yang timbul ialah adakah ianya akan menghala kepada suatu siasatan yang telus sekaligus menjadikan Annuar 'Panamera' sebagai kambing hitam untuk semua salah laku UMNO atau ianya sekadar wayang arahan Najib yang mana diakhirnya kelak AG Apandi akan mengisytiharkan ianya sebagai tiada kes? Rakyat telah melihat 'permainan' seperti ini dalam beberapa kes seperti derma RM2.6 billion, dana RM42 juta SRC dan terbaharu pendakwaan Skandal JANS yang dituduh di bawah penggubahan wang haram bukannya rasuah!

Tidak dinafikan berita penggantungan tugas Annuar 'Panamera' sebagai Pengerusi MARA ini adalah 'mata pendahuluan' bagi TMJ dan rakyat. Sekian lama rakyat mengikuti perkembangan polemik TMJ dan Annuar 'Panamera' yang bagaikan tiada noktah lantaran sikap Annuar 'Panamera' yang sering membuat 'pusingan roundabout'. Sepanjang polemik itu, pelbagai pihak termasuk penulis sendiri telah menyatakan bahawa Annuar 'Panamera' meletakkan dirinya sebagai liabliti kepada UMNO yang sudah sedia 'membusuk' dan kian 'mereput'. Tetapi adakah 'mata pendahuluan' ini akan berakhir dengan kemenangan kepada TMJ dan rakyat? Mungkin tidak! Dengan PRU14 kian menghampiri dan PRN Sabah berkemungkinan besar akan diawalkan, menjadikan Annuar 'Panamera' sebagai kambing hitam untuk semua salah laku Najib dan UMNO pastinya terlalu 'berharga' untuk dilakukan. Ditambah dengan kedudukan Annuar 'Panamera' sebagai Ketua Penerangan UMNO, menjadikannya sebagai kambing hitam akan memberikan 'peluru' yang sangat berharga kepada para pembangkang.


Sebaik sahaja berita penggantungan tugas Annuar 'Panamera' dihebahkan media, rakyat tidak perlu menunggu lama untuk melihat 'the next move by' UMNO. Ahli Parlimen Balik Pulau, Hilmi Yahaya mengeluarkan kenyataan yang memang sudah dijangkakan (gambar atas). Alahai Hilmi, baru keluar gua? Janganlah beranggapan yang rakyat ni semua atau majoritinya macai dan pendedak! Geng 6.6 (laskar maya UMNO) bolehlah 'dikencing' dengan kenyataan seperti itu. Tetapi tidak semudah itu untuk memperbodohkan rakyat yang bebas 'dedak'. Skandal JANS yang belum lagi mencecah garisan penamat cukup segar untuk mengingatkan rakyat yang butang 'spin' hanya beberapa inci jaraknya daripada Najib dan UMNO. Tambahan pula kes penggantungan ini tidak melibatkan jawatan Annuar 'Panamera' dalam UMNO. Di mana telusnya yang hang canang wahai Hilmi? Dan Hilmi buat-buat lupa dengan Skandal 1MDB. Pak Najib digantung tugas tak ketika itu?

Sedarlah Hilmi, Najib dan UMNO...mana mungkin rakyat akan mempercayai lagi parti yang diterajui oleh 'kaki auta'! Hanya macai, pendedak dan geng 6.6 sahaja yang akan bersorak gembira dengan berita 'ketelusan' yang palsu ini. Andai Annuar 'Panamera' akan berakhir di penjara sekalipun, belum tentu rakyat akan kembali tabik hormat kepada undang-undang dan UMNO. Ini kerana parti tersebut telah mencecah tahap yang tidak boleh dibaiki lagi. Hanya penggantian parti pemerintah yang dapat mengembalikan penghormatan rakyat kepada undang-undang negara ini. Benarlah kata YB Rafizi yang orang UMNO memang 'bangang' Matematik. Mana mungkin dengan hanya satu kes (yang didakwa Hilmi sebagai bukti telus) sahaja, ia dikira 'mensucikan' pelbagai lagi kebejatan yang telah dilakukan oleh UMNO. Hilmi seolah-olah menyatakan bahawa angka 1 itu lebih besar daripada angka 1000! Ini bukan soal kebaikan dan kejahatan amalan yang mana 1 kebaikan boleh menghapus pelbagai kejahatan selagi kejahatan itu bukanlah dosa-dosa besar!


Sandiwara atau wayang UMNO berhubung kes penggantungan tugas Annuar 'Panamera' tidak mengambil masa yang lama untuk menyiarkan 'trailernya'. Bagaimana Menteri KKLW yang berkuasa ke atas MARA boleh tidak tahu tentang penggantungan itu? Atau adakah Ismail Sabri memang layak digelar 'menteri tak tahu'? Ini bukan kali pertama Ismail memberikan jawaban 'saya tidak tahu' apabila suatu isu diajukan kepadanya. Kalau benar kuasa Ahli Majlis MARA ini mengatasi kuasa Menteri dalam keputusan seperti ini, maka malu besarlah Jabatan Peguam Negara dan AG Apandi! Dan akan kesipuanlah SPRM dengan alasan 'diluar bidang kuasa' dalam Skandal JANS! Tetapi auta dan UMNO berpisah tiada. Agak mustahil Ahli Majlis MARA akan membuat suatu tindakan tanpa restu Menteri KKLW kerana tindakan sedemikian hanya mendedahkan mereka kepada risiko untuk dipecat! Annuar 'Panamera', kambing hitam atau wayang UMNO? Wallahualam.

Isnin, 30 Januari 2017

Skandal JANS permainan politik Salleh Keruak?


6 Oktober 2016 negara dikejutkan dengan berita rampasan terbesar yang merupakan kes terbesar dalam sejarah SPRM. RM114.5 juta dirampas SPRM daripada 2 Pegawai Kanan Jabatan Air Negeri Sabah. Pegawai yang masing-masing berpangkat Pengarah dan Timbalan Pengarah itu direman selama satu minggu untuk membantu siasatan pada ketika itu. Sepantas kilat juga macai dan pendedak UMNO 'menjatuhkan' hukuman rasuah kepada mantan Menteri KKLW, DS Shafie Apdal. Siasatan SPRM baru hendak bermula tetapi macai dan pendedak UMNO sudah menjatuhkan hukuman kepada DSSA kononnya ia merupakan penyelewengan beliau dalam Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Sabah. Seperti juga para pemimpin UMNO, macai dan pendedak sering berhujah tanpa menyelidiki fakta terlebih dahulu. BALB adalah satu projek yang dilaksanakan secara rundingan terus. Dan dalam rundingan terus, pihak yang bertanggungjawab ialah Menteri Kewangan Persekutuan dan Menteri Kewangan Sabah. Anda pasti tahu siapa mereka!

Harapan rakyat Sabah begitu menggunung untuk melihat skandal rasuah ini dibicarakan. Harapan ini diperkukuhkan lagi apabila media seperti Astro Awani memuatkan berita mengenainya dengan tajuk seperti dalam gambar di atas (kiri). Namun harapan tersebut berderai apabila pendakwaan dibuat atas pertuduhan penggubahan wang haram! Begitu banyak wang tunai dan harta yang dirampas dan kesudahnnya penggubahan wang haram? Itu antara reaksi majoriti rakyat apabila pendakwaan bermula. Dan kemudian surat jawaban SPRM kepada Pemuda Amanah yang tersebar di facebook menambah kekecewaan rakyat terhadap skandal tersebut. SPRM mengesahkan tiada unsur rasuah dan ia diluar bidang kuasa mereka. Jika bukan bidang kuasa SPRM, bidang kuasa siapa? Menteri Kewangan Persekutuan dan Menteri Kewangan Sabah? Atau bidang kuasa UMNO? Adakah Skandal JANS ini hanyalah satu permainan politik?


Permainan politik? Mungkin juga. Kebetulan atau sudah dirancang, Skandal JANS terbongkar selepas DS Shafie meninggalkan UMNO yang semakin korup dan 'gila'. DS Shafie pastinya sangat merisaukan UMNO kerana sekian lama bersama parti itu pastinya banyak rahsia dan salah laku UMNO yang diketahui oleh beliau. Tidak mungkin UMNO akan membiarkan DS Shafie mendedahkan itu semua kepada rakyat khasnya rakyat Sabah. Cubaan menimbulkan skandal palsu DS Shafie dengan Zahida Rafik gagal kerana ditolak rakyat. Maka timbullah Skandal JANS! Pada peringkat awal media pro UMNO bagaikan senada seirama dengan para macai dan pendedak. Laporan mereka seringkali cuba menggambarkan bahawa ia memang tanggunjawab Menteri KKLW secara 100%. Namun mereka terlupa yang zaman pemerintah dan 'macai' media serba tahu sudah lama berkubur! Jawaban mudah dan bersahaja DS Shafie Apdal mematahkan auta mereka. Rujuk Treasury Instruction, itu jawaban DS Shafie yang menyebabkan tumpuan beralih kepada Ketua Menteri Sabah, Musa Aman.

Jawaban DS Shafie dan halatuju siasatan SPRM mula merisaukan UMNO khasnya Musa Aman. Anifah Aman yang juga adik kepada Musa Aman adalah yang pertama bertindak melepaskan onar. Menteri Luar itu membuat penafian bahawa Pengarah JANS adalah merupakan Bendahari UMNO Bahagian Kimanis. Terasa kah Anifah? Ia disusuli dengan kenyataan 'bacul' Musa dalam Sidang DUN Sabah yang menuduh DS Shafie bertanggungjawab dalam BALB. Hanya satu pernyataan dan tidak pernah diulangi lagi oleh Musa terutama selepas DS Shafie mencabarnya untuk mengulangi kenyataan itu di luar DUN. Satu demi satu suspek ditangkap SPRM untuk membantu siasatan dan ia semakin menghala kepada Musa dan seorang lagi 'pengampunya' iaitu Ramlee Marhaban. Dan dikala seluruh negara begitu teruja untuk melihat kesudahan 'drama' siasatan SPRM berhubung Skandal JANS, 'spin' berlaku disaat akhir apabila pendakwaan adalah dibawah pertuduhan penggubahan wang haram!


DS Shafie cuba dijadikan 'mangsa' dan 'pemangsa' (Musa Aman) juga hampir menjadi mangsa. Menarik sungguh Skandal JANS ini. Timbul satu persoalan, siapakah yang sebenarnya akan mendapat keuntungan daripada skandal ini? Adakah orang itu juga adalah dalang disebalik 'meletupnya' skandal ini? Maka kedengaranlah desas-desus yang mungkin Salleh Keruak adalah orangnya. Benarkah? Mungkin benar, apatah lagi jika melihat kepada perlakuan Salleh yang sering 'menjilat kahak' Najib. Sering mempertahankan Najib sehingga ke tahap yang seolah-olah Najib itu maksum. Bebas daripada sebarang khilaf! Sudah menjadi tabii orang UMNO...tiada sokongan terhadap pimpinan parti tanpa 'dedak'. Adakah jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah adalah 'dedak' yang diidamkan oleh Salleh? Kekayaan Musa yang dilaporkan mencecah RM1.5 billion mungkin menimbulkan 'iri hati' Salleh. Benarkah Skandal JANS adalah permainan politik Salleh? Wallahualam.

Najib kantoi lagi


Enough is enough! Itu antara kata-kata Najib dalam ucapannya ketika himpunan solidariti Rohingya yang dicanang media pro UMNO. Konon nak tunjukkan yang Najib ni tegas dalam soal membela saudara seagama (Islam). Namun, 'kepit' juga yang terpapar bukan sahaja dalam negara tetapi juga pada pandangan rakyat dan pemerintah Myanmar! Tidak cukup dengan itu, Najib angkat bakul sendiri apabila menyatakan bahawa himpunan solidariti Rohingya ketika itu mendapat perhatian OIC. Hmm...tak sabar nak tunggu kenyataan rasmi dari OIC sendiri. Almaklum tak ada rakyat yang nak puji melainkan macai dan pendedak. Walaupun ianya kenyataan angkat bakul sendiri namun media pro UMNO dan macai serta pendedak berbondong-bondong mencanang Najib sebagai pejuang Islam yang berjiwa besar serta sanggup mengenepikan perbezaan politik apabila duduk bergandingan dengan Presiden PAS, Hadi Awang di atas satu pentas. Tak U-turn kah tu Pak Najib?

Kini peristiwa itu sudah hampir 2 bulan berlalu. Apakah impak perhimpunan tertutup Najib dan Hadi itu kepada Myanmar? Adakah ia menyebabkan penindasan terhadap etnik Rohingya dihentikan secara total? Tidakkah tindakan 'kebudak-budakan' Najib itu hanya tambah 'membahayakan' etnik Rohingya? Tidak mustahil kemarahan pihak berkenaan di Myanmar terhadap campurtangan Malaysia itu  dilepaskan kepada etnik Rohingya. Niat yang baik tidak semestinya membuahkan hasil yang baik terutamanya jika cara yang digunakan itu 'tidak baik'. Apatah lagi jika niat himpunan itu semata-mata kerana politik! Dan apakah kesan 'perhatian' OIC itu dalam tindakan memberi tekanan berterusan kepada Myanmar? Mari kita berfikiran positif sahaja. Ada kemungkinan yang sebenarnya himpunan solidariti Rohingya itu adalah medan latihan untuk Najib mempersiapkan diri memikul tugas sebagai Ketua Pembangkang selepas PRU14 nanti!


Apa yang kantoinya Najib? Sandiwara Najib yang 'memperkudakan' isu agama dalam himpunan solidariti Rohingya terbongkar apabila dia terus 'mengepit' dan sunyi sepi daripada mengeluarkan sebarang kenyataan untuk membantah tindakan Presiden baharu U.S, Donald Trump. Setelah dilantik secara rasmi sebagai Presiden U.S, Trump telah mengeluarkan larangan visa untuk 7 negara Islam. Tidakkah larangan itu satu bentuk penindasan terhadap warga dari negara-negara Islam yang terlibat? Adakah kita akan melihat satu lagi himpunan solidariti secara tertutup yang melibatkan Najib dan Hadi? Rakyat sekalian pastinya sangat teruja untuk melihat dan mendengar laungan 'Allahuakbar' dikumandangkan sekali lagi di Stadium Titiwangsa untuk membantah penganiyaan terhadap umat Islam! Macai dan pendedak pastinya merindukan aksi 'kepit' Najib ketika berucap sambil didendangkan dengan suara yang diteran-teran.

Kata punyai hubungan baik dengan Trump. Apasal tak tegur melalui 'phone call' jak tindakan Trump tu? Baru ingat nak ikut saluran diplomatik? Dulu dengan Myanmar bukan main lagi terjerit-jerit 'enough is enough'! Sekarang apa? Nak jadikan alasan tidak mahu dilabel sebagai campurtangan? Atau sibuk rancang strategi untuk menghadapi PRU14, jadi tiada masa untuk berhimpun? Pahlawan Bugis pantang undur kata Najib. Tak kan dengan Trump nak kecut pula? Malulah nanti bawa gelaran Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil Mohd Najib Abdul Razak kalau dengan Trump pun undur. Jangan lupakan peribahasa kita Pak Najib, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Itulah sebenarnya diri Najib. Kalau perkara tu tidak menguntungkan dirinya maka 1001 macam alasan akan direka dan dicanang oleh para Menteri Pasola. Apapun alasan Najib, yang nyata 'penyamun' seperti ini tidak layak lagi untuk terus berada di Putrajaya!


'Membuang' Najib pada PRU14 nanti sebenarnya juga adalah menyahut pesanan dan gesaan Najib sendiri. Pahlawan Bugis itu pernah menegaskan bahawa untuk menjadi seorang Perdana Menteri, orang itu mestilah bersih daripada masalah moral! Memang benar kata-kata Najib yang menyatakan pemimpin yang tiada kekuatan moral hanya pandai menuduh orang sedangkan beliau sendiri tidak sunyi daripada pelbagai skandal. Tak sangka pula kata-kata tu kena kat batang hidung Pahlawan Bugis tu sendiri! Rakyat sekalian, bantulah Najib mengotakan gesaannya sendiri dengan menolak UMNO/BN pada PRU14 nanti. Putar belit Najib sudah sampai ke tahap yang tidak boleh dibaiki lagi. Pilihan yang ada ialah menggantikan parti pemerintah yang sedia ada secara keseluruhan dengan parti pemerintah yang baharu pada PRU14 nanti. Jangan berikan mandat sepenggal lagi PRU kepada UMNO/BN jika anda tidak ingin melihat rakyat dan negara ini rosak secara total! Wallahualam.

Ahad, 29 Januari 2017

Malaysia kian 'berkasih' dengan Neo Colonialism?


Hampir 60 tahun sudah kita mengecapi kemerdekaan. Saban tahun juga persoalan yang sama akan bermain di minda mereka yang peduli tentang negara ini khasnya yang melibatkan soal kedaulatan. Adakah benar kita telah merdeka? Merdeka daripada siapa? Sebagai Tanah Melayu, Sarawak dan Borneo Utara...iya memang jelas kita pernah dijajah. Tetapi sebagai Malaysia atau tepatnya Persekutuan Malaysia, siapakah yang pernah menjajah kita? Persoalan yang belum dirungkai secara konkrit. Dan kini kita berdepan pula dengan persoalan baharu, kita dihampiri penjajahan bentuk baharu? Neo Colonialism itulah yang sedang kita tempuhi. Berbeza dengan era kolonialisme atau imperialisme yang jelas bentuk penjajahannya...Neo Colonialism ini bersembunyi di sebalik 'auta baik hati' pihak luar. Macam auta baik hati BR1M pula bunyinya kan? Neo Colonialism atau penjajahan bentuk baharu ini secara ringkasnya hadir dalam bentuk modal (pelaburan), globalisasi dan penjajahan budaya.


Pelaburan dalam bentuk hartanah adalah antara bentuk Neo Colonialism yang paling mendapat perhatian sejak akhir-akhir ini. Bukan sahaja menjadi kebimbangan di kalangan rakyat marhaen mahupun pejuang rakyat seperti Tun M, malahan ia menimbulkan kebimbangan di kalangan golongan istana seperti Sultan Perak. Adakah anda beranggapan kebimbangan Baginda Sultan itu suatu perkara yang remeh? Bagi macai dan pendedak pastinya ia tidak perlu difikirkan selagi masih ada aliran masuk 'dedak' untuk mereka. Tetapi bagi mereka yang bebas 'dedak' ini suatu perkara yang sangat membimbangkan. Dengan realiti yang majoriti rakyat adalah berpendapatan sederhana dan rendah, siapakah yang akan mampu membeli atau memiliki hartanah pada harga yang tinggi? Sudah tentunya pihak luar khasnya mereka yang datang daripada negara kuasa ekonomi dunia seperti China. Mengapa perlu risau dengan China? Apakah negara lain kita tidak perlu risau?

China menjadi kerisauan utama kerana sejarah negara Malaysia sendiri. Siapakah yang boleh melupakan dengan begitu mudah apa yang telah komunis lakukan pada rakyat dan negara ini? Jika DAP yang dilabel pemerintah sebagai 'penyokong' komunis menjadi bahan momokan UMNO untuk menakutkan rakyat agar tidak menyokong parti tersebut, mengapa pula China yang memang diiktiraf dunia sebagai negara komunis harus mendapat 'layanan' yang istimewa? Adakah syarikat tempatan tidak mampu membangunkan projek 'mewah' seperti Forest City? Dan mengapa hak milik hartanah dalam projek tersebut harus 'freehold'? Leasehold tidak mampu menarik perhatian China? Fikirkanlah sendiri 'udang' apakah yang ada disebalik 'mee' projek seperti Forest City. Siapakah yang sepatutnya lebih kita risaukan atau 'takuti', penyokong komunis (yang belum terbukti) atau 'bapak' komunis yang memang tidak perlu dibuktikan lagi?


Dan seperti biasa, kerisauan rakyat diperlekeh oleh golongan kleptokrat dan oxymoron UMNO! "FDI China hanya 3.3 peratus daripada keseluruhan FDI Malaysia, mana boleh China nak 'conquer' kita." Itu kata-kata Zahid Hamidi ketika berucap pada majlis malam mesra Gong Xi Fa Cai di pekarangan Pusat Komersial Simpang Empat, Hutan Melintang pada 28 Januari 2017. Wak Zahid, zaman sekarang ni adakah negara yang akan memberitahu 'mangsanya' secara 'direct' yang dia nak menakluk si mangsa? Hatta ketika negeri-negeri Melayu dijajah British dahulu, bukankah mereka melakukannya sedikit demi sedikit? Mungkin Wak Zahid menganggapnya perkara remeh yang sengaja dipolitikkan. Almaklum Wak Zahid berketurunan Jawa yang mungkin ada kaitan dengan Majapahit. Bukankah Wak Zahid juga yang bangga mengumumkan bahawa kita akan belajar daripada China cara mengawal sempadan?

Pahlawan Bugis sendiri sebelum ini telah mengumumkan hasrat pentadbirannya untuk mempertingkatkan hubungan dengan China. Jadi apakah justifikasi Wak Zahid mencanang figure FDI China yang sebanyak 3.3% daripada jumlah FDI di Malaysia? Tidakkah kenyataan Pahlawan Bugis itu sudah cukup menggambarkan yang figure FDI China akan terus meningkat? Lupakah kita ketika penjajahan British dahulu, mereka juga tidak mengangkut seluruh tanah negara ini balik ke negara mereka? Adakah kita 'sebodoh' Nazri Aziz? FDI tidak salah tetapi biarlah ianya terkawal. Jika kita terlalu bergantung kepada kuasa ekonomi tunggal, ianya akan membahayakan negara dan rakyat. Bak kata DS Mukhriz, itu meletakkan kita 'di ambang perang'! Lihatlah Zimbabwe dan Sri Lanka yang kini menjadi 'hamba' mainan China. Bermula dengan pelaburan sebelum menjadi mangsa Neo Colonialism! Sekarang kelihatan UMNO sedang membiarkan China 'berkasih' dengan kedaulatan negara. Jangan sampai negara komunis itu 'menikahi' kedaulatan Malaysia! Wallahualam.

Bongkaknya Sang Gerakan


Bongkak. Mungkin itu perkataan yang tepat untuk meyimpulkan kenyataan terbaharu Parti Gerakan. Presiden Gerakan, Mah Siew Keong melabel Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai bersandiwara dalam soal membebaskan Malaysia daripada cengkaman kleptokrasi. Niat Lim Kit Siang mengajak MCA dan Gerakan untuk berjuang bersama-sama menentang kleptokrasi dilabel Mah Siew Keong sebagai tidak ikhlas hanya kerana ianya dibuat melalui sidang media. Ingatkan UMNO sahaja yang kalau kita nak jumpa bagai nak jumpa Presiden U.S (segalai bagai prosedur dan protokol). Rupanya Gerakan pun sama juga. Sehati Sejiwa, Senada Seirama lah katakan. Hmm...Kalau camtu PRU14 nanti memang BN terutamanya Gerakan tak nak rakyat undi mereka lagi kot. Mustahil bagi Gerakan untuk mengutus surat rasmi kepada setiap pengundi atau meghubungi setiap pengundi untuk duduk berbincang mengenai undi sambil minum kopi.

"Kalau ikhlas dan bersungguh-sungguh, pemimpin parti pembangkang itu seharusnya menghantar surat rasmi atau menghubungi saya untuk duduk berbincang sambil minum kopi." Itu penjelasan Mah Siew Keong. Setiap kali PRU, lu ada buat begitu kah Mah Siew Keong? Bantah RUU 355 ada Gerakan hantar surat rasmi kat PAS atau 'menyalak' menerusi akhbar sahaja? Apalah salahnya beri respon positif dan minta DAP buat surat rasmi untuk buatkan pertemuan itu lebih beradab. Susah sangat? Atau UMNO dah picit habis lu punya 'telor' ma? Kenyataan Mah Siew Keong ini dikeluarkan hanya selepas gesaan Ketua Penerangan UMNO Selangor, Zein Isma Ismail. Zein Isma menggesa agar MCA dan Gerakan tidak 'termakan' dengan pujukan DAP. Patutlah pengundi Cina menolak Gerakan sejauh-jauhnya. Ikut telunjuk UMNO rupanya. Bubarkan sahaja Gerakan tu kalau macam tu Mah Siew Keong. Masuk sahaja UMNO sebagai ahli 'menumpang'! Ada parti sendiri pun tunggu keputusan UMNO juga.


Bermain Sandiwara? Siapa yang sebenarnya bermain sandiwara? Tidakkah tuduhan Mah Siew Keong terhadap Lim Kit Siang (gambar atas) itu sebenarnya adalah sandiwara? Cuba berlakon sebagai watak baik dalam isu melibatkan negara. Jika benar 'berwatak baik', mengapa diam membisu dalam Skandal 1MDB? Mengapa masih sanggup bersekongkol dengan UMNO? Hanya lantang 'menyalak' dalam soal RUU 355! Begitu banyak kebejatan yang Najib dan UMNO lakukan pada rakyat dan negara ini tetapi Mah Siew Keong memilih untuk mengunci mulut. Adakah pengundi Cina 'immune' terhadap segala kerosakan dalam negara ini? Tidakkah mereka (pengundi Cina) juga terbeban dengan segala kebejatan yang Najib dan UMNO lakukan? Gerakan pastinya tahu mengapa Tsunami pengundi Cina berlaku dalam PRU12 dan PRU13. Berbeza dengan pengundi Melayu yang begitu mudah 'diperkudakan' pemerintah, pengundi Cina jelas tidak keberatan untuk menolak parti yang tidak mewakili suara mereka!

Adakah 2/222 kerusi di Parlimen itu suatu yang boleh dibanggakan oleh Mah Siew Keong? Sehinggakan 'pelawaan' daripada sebuah parti yang mempunyai bilangan kerusi di Parlimen yang jauh lebih besar daripada Gerakan (kerusi Parlimen) sewenangnya dianggap sebagai sandiwara. Jelas sekali perjuangan Gerakan sudah menyimpang jauh daripada tujuan penubuhannya. Yang menjadi buruan dan keutamaan dikala ini ialah 'dedak' daripada UMNO. Sepatutnya Najib tidak mengeluarkan kenyataan bahawa tanpa UMNO, Melayu akan merempat. Sebaiknya ayat yang paling sesuai ialah tanpa UMNO, Gerakan akan merempat! Lupakah Mah Siew Keong akan 'penghinaan' Najib selaku Pengerusi BN semasa Mesyuarat Agung Tahunan 2016? Najib hanya hadir dalam bentuk video yang berdurasi 2 minit! Jangan tungu sampai peribahasa 'habis madu sepah dibuang' menjadi kenyataan wahai Mah Siew Keong. UMNO sekarang sedang cuba 'berkasih' dengan PAS.


Mungkin sudah sampai masanya Mah Siew Keong merenung kembali sejarah silam Gerakan. Siapakah yang menyebabkan Lim Chong Eu (pengasas Gerakan) meninggalkan MCA suatu ketika dahulu? Bukankah UMNO yang menjadi penyebab? Bagaimanakah sambutan pengundi Cina kepada Gerakan ketika itu? Mereka memberi kemenangan kepada Gerakan di Pulau Pinang! Dan setelah Gerakan kembali ke pangkuan BN dan kian 'dikawal' oleh UMNO apakah reaksi pengundi Cina khasnya di Pulau Pinang? 'Menghadiahkan' kekalahan buat Gerakan! Bukalah matamu wahai Mah Siew Keong, UMNO akan membuatkan Gerakan terus 'mengemis' dan hanya menjadi 'penumpang' dalam BN. UMNO sekarang lebih mengutamakan PAS berbanding anda dan MCA. Jika PAS sah 'menikah' dengan UMNO, Gerakan bolehlah mengucapkan selamat tinggal kepada dunia politik di Malaysia. Pengundi Cina memilih DAP dan pada masa yang sama MCA tampak 'lebih kanan' dalam hubungan dengan UMNO. Buatlah segera akan keputusanmu Mah Siew Keong. Wallahualam.

Sabtu, 28 Januari 2017

Menuju PRU14, siapa yang lebih cemas?


Semakin cemas menjelang PRU 14. Begitulah tajuk berita yang menjadi pilihan Buletin TV3 kali ini. Dan jika sebelum ini Noh 'Udang' dan Irmohizam adalah 'ayam sabung' yang digunakan, sekali ini Ketua Penerangan Umno Selangor, Zein Isma Ismail pula yang mencuba nasib. Mencuba nasib sambil-sambil promosi calon kot. Tak gitu TV3 dan UMNO? Supremo DAP, Lim Kit Siang terus dijadikan sasaran. Bagi Zein Isma, perkembangan terbaharu cita-cita politik Lim Kit Siang dan DAP adalah bukti parti berkenaan semakin cemas menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14. Apa cita-cita terbaharu Lim Kit Siang wahai Pak Zein? "Saya terbaca suratkhabar baru-baru ini, DAP bersedia jumpa MCA dan Gerakan. For What?" Itu kata-kata Zein dalam video yang disertakan bersama tajuk berita seperti dalam gambar di atas (https://www.facebook.com/BeritaTV3/). Hmm...TV3 nak 'perbodohkan' Zein kah? Atau Zein memang baca tajuk sahaja dalam suratkhabar itu? Kalau baca sampai habis tentu Zein tak keluarkan soalan 'bodoh' tahap gaban tu ("For what?").

Pada 24 Januari 2017, beberapa suratkhabar menyiarkan kenyataan bahawa DAP bersedia berjumpa dengan MCA dan Gerakan. Antara suratkhabar tersebut ialah Sinar Online (Sinar Harian) yang memilih tajuk 'Selepas Pas, DAP mahu jumpa MCA, Gerakan'."Tujuan saya hanya mahu menyelamatkan Malaysia dari terus menjadi negara gagal. Saya beri tempoh kepada MCA dan Gerakan bermula hari ini (semalam) jam 12 tengahari hingga 27 Januari ini (sempena sambutan Hari Raya Cina). Saya akan tunggu." Itu penjelasan Lim Kit Siang tentang niatnya bertemu MCA dan Gerakan. Ayat yang begitu mudah pun susah sangat kah Zein nak faham? Dah tak boleh berfikir dek dedak? Lagipun, apa yang Lim Kit Siang nak cemaskan? Dah berpuluh tahun beliau menjadi pembangkang. Tak rugi apapun kalau dia kekal sebagai pembangkang. Yang kesian kalau UMNO/BN menang lagi PRU14 adalah rakyat. Kleptokrasi dan oxymoron akan berterusan 'memeras' rakyat!


Berbeza dengan UMNO/BN, Pakatan Pembangkang tidak perlukan 'ayam sabung' untuk menarik perhatian. Lihat sahaja gambar di atas. Sekeping gambar mampu menceritakan 1001 macam perkara. Tidak perlu hamburan 'dedak', hanya bermodalkan imej bersih dan keikhlasan dalam memperjuangkan nasib rakyat...DS Mukhriz Mahathir yang juga Timbalan Presiden PPBM mendapat sokongan yang begitu ramai daripada golongan muda. Meskipun ianya adalah bersempena dengan MotoDay iaitu event tahunan pada peminat motosikal diseluruh negara dan dibuat berlainan negeri setiap tahun, namun sambutan hangat golongan muda untuk bersama-sama dengan DS Mukhriz dalam acara berkenaan menunjukkan betapa DS Mukhriz memang disenangi ramai! Agak-agak kalau Pahlawan Bugis (MO1) yang berada di situ, golongan muda tu akan beri sambutan yang sama tak? Mungkinkah TV3 akan 'spin' juga maksud tersirat dalam gambar itu?

Keberadaan DS Mukhriz dalam acara tersebut adalah sebagai Tetamu Kehormat bagi memberi ucapan dan menyampaikan hadiah kepada pemenang. Para peserta pula adalah terbuka. Tidak seperti peserta dalam Dialog Perdana TN50 yang ditapis dan dibekalkan dengan skrip yang telah disediakan oleh para penasihat MO1! Mungkin selepas ini kita akan mendengar ulasan tentang suasana dalam gambar di atas daripada '4th floor boy'? Daripada gambar itu sahaja kita boleh membuat kesimpulan yang serangan-serangan UMNO, TV3, macai dan pendedak ke atas Pakatan Pembangkang sama ada berbentuk peribadi mahupun parti secara umum gagal membentuk persepsi rakyat untuk menolak pembangkang. Sebaliknya ia semakin mengukuhkan sokongan rakyat terhadap perjuangan menentang kleptokrasi dan oxymoron UMNO/BN! Gambar tersebut juga jelas menunjukkan yang politik kebencian yang cuba ditanamkan oleh UMNO/BN tidak diterima rakyat.


Sambutan hangat rakyat sempena Motoday itu mengimbau 'serbuan gah' Warisan ke atas 'gelanggang' Musa Aman (gambar atas) pada 2016. Peristiwa itu jelas menyentap ego dan kesombongan UMNO. Parti yang sebelumnya tidak diambil berat cabarannya oleh UMNO mula dilabel dengan pelbagai tohmahan. Parti PTI, parti kesukuan dan parti lanun adalah antara cacian yang dilontarkan terhadap Warisan. Serangan-serangan seperti itu langsung gagal menghalang rakyat Sabah daripada terus menyokong Warisan. Cacian seperti itu juga membuka mata rakyat Sabah tentang siapakah yang sebenarnya mengamalkan politik kebencian dan perkauman. Parti-parti pembangkang seperti PPBM dan Warisan konsisten dalam hujahan mereka. Kleptokrasi dan Skandal 1MDB adalah antara isu yang sering diperjelaskan kepada rakyat. Ini adalah sangat berbeza dengan BN khasnya UMNO yang kemaruk menuntut akuan sumpah daripada pemimpin-pemimpin parti pembangkang. Selain itu, UMNO juga cuba memomokan rakyat dengan kes yang telah selesai lebih 3 dekad lalu! Siapakah sebenarnya yang lebih cemas menuju PRU14, UMNO atau pembangkang? Wallahualam.

Terdesak naikkan rating dan pertahankan tuan 'dedak', 'barua' baharu dibawa masuk


“Lagi tak munasabah apabila beliau memberitahu perdana menteri kononnya penampilan saya itu punca rating Buletin Utama menjunam." Itu antara luahan yang dinyatakan Tunku Aziz yang disiarkan oleh Free Malaysia Today pada 20 disember 2016. Beliau yang dimaksudkan oleh Tunku Aziz itu ialah Pengerusi Media Prima Berhad Fateh Iskandar Mohamed. Dan selepas krisis antara Tunku Aziz dan Fateh itu kita pun tidak lagi melihat penampilan Tunku Aziz di TV3. Hmm...rupanya Tunku Aziz dibawa masuk oleh UMNO untuk menyerang Tun M adalah untuk meningkatkan rating Buletin Utama? Ada apa pada Tunku Aziz hinggakan TV3 pergunakan dia untuk tingkatkan rating? Setahu penulis, selain selaku bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Aziz adalah pengasas Transparency International-Malaysia dan bekas Penasihat Khas kepada Kofi Annan (Setiausaha Agung PBB). Adakah pengalaman seperti itu yang dimiliki Tunku Aziz menjadi justifikasi kepada 'penggunaannya' oleh TV3? Padanlah netizen menggelar TV3 ni sebagai TV3 suku!

Gagal dengan Tunku Aziz, TV3 membawa masuk 'barua' baharu. Bunyi macam kelab-kelab besar bolasepak dunia membawa masuk penyerang baharu pula ya. Kali ini, orang yang 'malang' itu ialah mantan Penolong Gabenor Bank Negara, Abdul Khalid Murad. Dalam sesi temubual bersama TV3 yang bagaikan temubual bersama selebriti, Abdul Khalid membawa kita kembali kepada peristiwa 25 tahun yang lalu. Hmm...dikala dunia sibuk dengan 'membongkar' dan 'menghukum' pelaku-pelaku dalam Skandal 1MDB, kita cuba dibawa kembali kepada kisah silam. Beriya-iya benar TV3 'spin' dakwaan Abdul Khalid tentang kerugian Bank Negara pada masa itu ialah AS$10 billion (RM27 billion). TV3 nak 'kuburkan' Buletin Utama? Bekerja keras 'spin' berita dan fakta agar Kes FOREX 1992 itu kelihatan seperti salah guna kuasa oleh Tun M, Perdana Menteri ketika itu. Ingat rakyat ni bingai dan bengap cam macai dan pendedak? Ingat rakyat tak tahukah siapa Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Negara pada masa itu? Taubatlah wahai TV3. Maklumat di hujung jari sahaja!


Persoalan yang timbul, boleh percayakah dakwaan Abdul Khalid itu? Individu ini pernah didakwa dan didapati bersalah atas pertuduhan gagal mengisytiharkan harta yang bernilai hampir RM24 juta. Wow! Seorang mantan Penolong Gabenor Negara mempunyai harta sebanyak itu? Kalau benar Abdul Khalid seorang yang telus dan boleh dipercayai, mengapa main 'sorok-sorok' dalam soal harta? Dan sebagai individu bukan ahli perniagaan atau usahawan, dari mana datangnya harta atau sumber untuk membeli harta yang bernilai puluhan juta itu? Tabungan dari sejak bayi? Harta pusaka? Derma? Atau ia adalah sogokan daripada pihak-pihak yang berkepentingan yang memerlukan 'orang dalam' yang berada atau berjawatan tinggi dalam Bank Negara? Tak apalah, kes dah selesai. Tak perlu kita nak tanya atau bercerita lanjut tentang itu. Nanti kita jadi macam orang UMNO pula 😆😆😆. 'Bottom line is' bolehkah kita percayakan orang yang pernah menipu (dibuktikan secara sah oleh mahkamah)?

Selepas didapati bersalah dan dikenakan denda sebanyak RM500,000.00, Abdul Khalid bagaikan 'lenyap' daripada politik dan ekonomi negara. Namun, selepas hampir 20 tahun dia tiba-tiba muncul kembali dan kemunculannya itu 'disambut' secara besar-besaran oleh TV3. Kita tahu TV3 adalah 'macai' setia UMNO dan kita juga tahu UMNO tidak akan pernah membenarkan 'liputan khas' diberikan kepada individu atau pihak yang tidak menguntungkan mereka. Abdul Khalid bukanlah ahli politik dan mengambil kira pendedahan Tunku Aziz (dalam krisis dengan Fateh), TV3 tidak akan menggunakan atau memunculkan 'barua' dalam Buletin Utama lebih daripada 3 kali. Apakah peranan Abdul Khalid? Mudah sahaja, dia ditugaskan sebagai 'pembuka bicara' kepada Kes FOREX 1992 itu. Selepas itu peranan untuk 'spin' fakta akan dimainkan oleh para Menteri Pasola, macai dan pendedak. Kemudian akan disiarkan tanpa henti oleh TV3. Masih mahu terpedaya dengan skrip mereka?


UMNO dan TV3 serta macai dan pendedak pastinya cuba memberi tekanan berterusan terhadap Bank Negara Malaysia (BNM) agar bersekongkol dalam mengautakan fakta. Tidakkah kenyataan BNM seperti dalam gambar di atas sudah cukup untuk memberi jawaban bahawa Kes FOREX 1992 bukanlah suatu skandal? Ianya hanyalah kerugian dalam perniagaan. Sesuatu yang normal dalam perniagaan, ada untung dan ada rugi. Sangat berbeza dengan Skandal 1MDB yang terang-terangan cuba dilupakan oleh UMNO dan TV3! Berapa billionkah daripada kerugian BNM dalam Kes FOREX 1992 itu yang didapati berakhir dalam akaun peribadi Tun M? Buktikan atau tunjukkan mana-mana aset negara yang tergadai dek kerugian itu? Adakah kita 'didera' dengan GST untuk menampung kerugian itu? Percayalah, UMNO dan TV3 tahu tidak mungkin Tun M akan didapati bersalah jika pun siasatan dilakukan. Tetapi cerita lapuk ini dijaja hanya untuk meningkatkan rating Buletin Utama dan mempertahankan tuan 'dedak' mereka! Wallahualam.

Jumaat, 27 Januari 2017

Spekulasi PRN Sabah, Najib pasang 'perangkap' atau akan 'terperangkap'?


Spekulasi bahawa Pilihanraya Negeri (PRN) di Sabah mungkin akan diadakan lebih awal semakin bertiup kencang. Desas-desus menyatakan bahawa PRN Sabah berkemungkinan akan diadakan pada bulan April 2017. Walaubagaimanapun, Pahlawan Bugis (gambar atas), pada hari ini menafikan kemungkinan pilihan raya mengejut akan berlaku di Sabah. Najib menjelaskan bahawa ketika ini desas-desus itu hanyalah spekulasi semata-mata. Boleh percayakah? Bak kata netizen, dengar boleh percaya jangan! Dengan imej kleptokrat dan oxymoron yang seringkali dipaparkan dalam setiap kenyataannya, pastinya sukar untuk sesiapa (kecuali macai dan pendedak) mempercayainya meskipun dia berkata benar. Hmm...biasanya kalau Pahlawan Bugis ni menafikan maknanya perkara tu betul. Tapi, seperti yang penulis seringkali katakan...orang UMNO sering mendedahkan niat atau perkara sebenar pada setiap kenyataan jika anda teliti."Kita tiada apa-apa keputusan sama ada akan melakukan pilihan raya awal di Sabah atau tidak." Itu kata-kata tambahan Najib.

Kata menafikan kemungkinan PRN mengejut tapi sambung kenyataan dengan mengatakan tiada apa-apa keputusan. Agaknya Pak Najib tak boleh hidup walaupun untuk sehari jika tidak menipu! Nauzubillah min zalik. Rakyat Sabah fikirkanlah sedalamnya, kalau dah 'kepala' asyik menipu sahaja apatah lagi 'ekornya'. Mahu terus ditadbir parti yang kian 'mereput'? Mungkin juga maksud Pak Najib ialah kebarangkalian PRN Sabah diawalkan  tidak akan didedahkan sebelum tambahan 13 kerusi baharu yang disyorkan pada tahun lepas dibentangkan di Parlimen pada Mac 2017 (jangkaan). Dedah atau nafi, bayang-bayang PRN Sabah diawalkan memang kian kelihatan. Ketua-ketua jabatan kerajaan di Sabah khabarnya dah sibuk dengan pelantikan para petugas untuk PRN. Hmm...kalau betul buat awal, nak kata Pak Najib ni sombong atau yakin? Dua-dua kot. Salleh Keruak pun sokong bila mengatakan,"Mengenai penglibatan Parti Warisan yang pertama kali bakal bertanding di Sabah, kami tidak melihatnya sebagai ancaman besar buat UMNO dan Barisan Nasional di Sabah."


Penafian Najib itu senada dengan Musa Aman, yang menggesa orang ramai khususnya pemerhati politik agar tidak terlalu teruja membuat andaian dan tekaan berhubung Pilihan Raya Negeri (PRN) atau Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Hai Pak Musa sampai ke tahap buat gesaan? Orang buat andaian jak pun, bukannya nak merusuh! Takut tarikh sebenar PRN 'bocor' lebih awal dan parti pembangkang bersiap siaga menghadapi PRN atau PRU? Kalau benar-benar yakin tak usahlah 'main sembunyi-sembunyi' Pak Musa. Buat jak 'bold statement' tentang tarikh bubar DUN Sabah. Pairin kata soal bubarkan DUN Sabah adalah hak Pak Musa selaku Ketua Menteri Sabah. Untuk apa lagi harus menantikan lampu hijau daripada Pahlawan Bugis? Tindakan Musa untuk menunggu lampu hijau daripada Najib jelas menunjukkan betapa MA63 tidak akan kembali kedudukannya di bawah UMNO Najib dan Musa. Jika kedudukan MA63 pun tidak akan kembali apatah lagi pelaksanaannya!



Awal atau mengikut jadual, Parti Warisan pastinya sudah cukup bersedia untuk menghadapi PRN Sabah. Jika tidak, sudah tentu Presiden parti tersebut, DS Shafie Apdal tidak berani mengeluarkan kenyataan seperti dalam keratan akhbar di atas. Warisan yang dilihat oleh rakyat Sabah sebagai parti pembangkang utama di Sabah selepas PBS, UPKO dan USNO sendiri terkubur atau terkedu dek dedak yang dihamburkan UMNO. Warisan kini menjadi harapan baharu bagi rakyat Sabah untuk kembali kepada hak-hak mereka sebagaimana yang termaktub dalam MA63. Sudah begitu lama rakyat dan negeri Sabah di 'anak tirikan' oleh UMNO. Kesamarataan hanya wujud di Sabah dikalangan Musa dan kroninya. Apakah kesamarataan itu? Sama rata dalam 'merembat' kekayaan negeri demi poket sendiri! Rakyat Sabah pastinya tidak rela lagi untuk terus 'diperkudakan' demi kekayaan UMNO. Hamburan wang ringgit dan tangki biru pastinya akan gagal membutakan hati dan akal rakyat Sabah kali ini.

Sama ada Najib sedang memasang 'perangkap' atau akan 'terperangkap' dalam spekulasi PRN Sabah pastinya satu persoalan yang akan merancakkan lagi andaian tentang waktu sebenar PRN Sabah. Rakyat Sabah sendiri pastinya sudah tidak sabar untuk meledakkan kemarahan yang selama ini terbuku di hati menggunakan saluran yang sah. Tindakan pemimpin UMNO Sabah seperti Musa, Salleh Keruak, Rahman Dahlan dan Ramlee Marhaban memandang rendah kemampuan Warisan dalam PRN pastinya bakal memakan diri sendiri. Lupakah mereka kepada sejarah PRN Sabah? BERJAYA dan PBS telah membuktikan bahawa parti pemerintah yang mengkhianati kepercayaan rakyat Sabah akan tersungkur pada PRN. Tanyakan kepada mereka, apakah mereka pernah menjangka bahawa USNO akan tewas kepada BERJAYA? Dan kemudian adakah mereka pernah menjangka BERJAYA yang begitu berjaya akan hancur lebur di tangan PBS? Orang bijak pandai sering berkata, jika anda melupakan sejarah.....ianya (sejarah) akan berulang! Wallahualam.

Zahid dan SPRM sudah sedia 'langgar' Najib?


Seriously? Mungkin itu reaksi majoriti rakyat apabila mendengar atau membaca berita yang menyatakan bahawa Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi membuka ruang seluas-luasnya pada SPRM untuk menyiasat ahli politik. Sudah tentu ahli politik yang dimaksudkan rakyat dalam keterujaan itu ialah ahli politik dari parti pemerintah. Jika yang dimaksudkan itu ialah ahli politik parti pembangkang, tidak perlu bagi Zahid mengeluarkan kenyataan sedemikian. Ini kerana selama ini pun jika SPRM meyiasat ahli politik, majoritinya adalah melibatkan parti pembangkang atau bekas ahli parti pemerintah. Dalam kenyataan yang disiarkan Astro Awani, Zahid berkata, "Saya fikir SPRM bukan hanya diperundangkan tetapi mempunyai kuasa mutlak untuk memburu siapa sahaja termasuk ahli politik, ahli perniagaan atau pemegang-pemegang jawatan." Hmm...bunyinya cantik tapi pelaksanaan atau penguatkuasaan macam mana Wak Zahid?

Zahid turut berkata, "Saya secara rasmi memberikan ruang yang sepenuhnya untuk SPRM bukan sekadar menyiasat, tetapi menggeledah semua maklumat diperolehi." Zahid berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Pemakaian Pangkat Kehormat RELA kepada Ahli Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Kementerian Dalam Negeri. Wah! Lawan boskah Wak Zahid? Pahlawan Bugis belum buat kenyataan secara terbuka lagi, Wak Zahid dah mendahului dia. Jangan pula Wak Zahid juga tunjuk oxymoron cam Pak Najib. Beri peringatan kepada Penjawat Awam agar jangan ambil hak rakyat sedangkan dia sendiri 'rembat' dan 'balun' berbillion duit rakyat dan negara! Majoriti rakyat tahu yang SPRM juga mempunyai kuasa untuk menggeledah seperti juga pihak PDRM. Tetapi pada masa yang sama majoriti rakyat juga tahu yang kuasa PDRM sekarang ni kena 'kawal' dari belakang tabir lantaran 'telor' IGP dah kena 'pegang' oleh MO1. Ada jaminan yang SPRM tidak akan menerima nasib yang sama?


Kenyataan Zahid itu adalah susulan daripada kenyataan 'berani' Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Dzulkifli Ahmad yang juga disiarkan oleh Astro Awani. "Malam ini, saya menyatakan dengan tegas kepada ahli politik yang korup, saya hanya mempunyai satu perkataan sahaja - tunggu!" kata Dzuklifli di Hari Ini 8 (gambar atas). Hmm... tunggu? Tunggu lepas PRU14 kah (jika UMNO/BN tumbang) atau tunggu Najib selesai 'hapuskan' setiap zarah bukti untuk pelbagai skandal yang melibatkannya? Jangan lama sangat tunggu tu Dzulkifli, nanti tragedi Gani Patail berulang lagi! Bagaimanakah Dzulkifli akan melepasi 'kekangan' AG Apandi? Telah terbukti sebelum ini yang Apandi mampu membersihkan salah laku Najib hanya dengan perkataan 'tiada kes'! Abdul Rahman Dahlan pun dah iktiraf Apandi sebagai 'penghalang' kepada niat jahat pasukan penyiasat. Dan Nazri Aziz dah kata, UMNO mesti pertahankan ketua meskipun salah.

Dalam kenyataan itu juga Dzulkifli turut mendedahkan beberapa statistik berkaitan tangkapan SPRM sepanjang 2016. SPRM telah menahan 932 individu kerana terbabit salah laku rasuah. Daripada jumlah itu, SPRM telah membuka 982 kertas siasatan dan 258 daripadanya dibawa ke mahkamah setakat 15 Disember lepas. Hmm...memang nampak agak meyakinkan tetapi rakyat terutamanya rakyat Sabah tidak akan lupa bagaimana Kes Jabatan Air Negeri Sabah dibicarakan hanya atas pertuduhan penggubahan wang haram dan bukannya rasuah! Ingat Dzulkifli, rakyat tidak sebodoh dulu untuk tidak tahu membezakan antara penggubahan wang haram dengan rasuah. Rakyat sekarang bukan sekadar mendengar perkataan 'disiasat' dah bersorak. Rakyat akan mengikuti perkembangan siasatan untuk mengetahui suatu kes itu disiasat di bawah pertuduhan atau seksyen apa. Dan jangan pula kenyataan itu hanya untuk ahli politik pembangkang sahaja!


UMNO yang memang terkenal dengan sandiwara, kleptokrasi dan oxymoron membuatkan kenyataan Zahid Hamidi dan Dzulkifli Ahmad ini turut tidak terlepas daripada kesangsian rakyat. Adakah kedua-duanya memang ikhlas? Atau ianya sekadar 'pancingan' menjelang PRU14? Dengan begitu banyak kes yang mampu dijadikan justifikasi bahawa pemisahan kuasa di Malaysia di era Bangsawan Bugis hanya tinggal omongan kosong. Laporan 1MDB dijadikan Rahsia Rasmi, Dana RM42 juta dalam akaun peribadi MO1 diisytihar sebagai tiada salah laku dan 'petualang' NFC masih bebas sebebasnya hanyalah sebahagian daripada pelbagai lagi kes yang menyokong hakikat doktrin pemisahan kuasa di Malaysia sekadar dalam 'mimpi'! Dan jika Zahid dan Dzulkifli benar-benar mengotakan janji mereka, adakah ini bermakna yang Zahid dan SPRM sudah bersedia untuk 'melanggar' Najib dan para subahatnya? Wallahualam.

Khamis, 26 Januari 2017

UMNO dan TV3 kian meroyan


Sedar manipulasi terhadap pendedahan Laporan CIA berhubung Kes BMF gagal menggugat kesedaran rakyat terhadap kewajiban untuk menukar parti pemerintah pada PRU14 nanti, golongan kleptokrat dan oxymoron tampak sedang menambahkan hamburan 'peluru' kosong untuk menyerang Tun M. UMNO melalui TV3 yang juga merupakan 'macai' setianya, mencuba lagi untuk 'menghasut' rakyat agar menolak Tun M. Kali ini isu RM27 billion rizab asing negara yang didakwa lesap pada tahun 1992 (gambar atas) diketengahkan. Buletin TV3 menyiarkan bahawa Bank negara kerugian lebih AS$10 bilion dalam skandal pertukaran asing pada 1992 atau pada ketika itu, RM27 bilion dan bukannya RM9.3 bilion seperti yang diisytiharkan oleh bank pusat itu. Hmm...guna perkataan 'skandal' tuk tarik perhatian? Dan seperti biasa 'macai' UMNO ini 'spin' juga isu tu agar nampak Tun M yang terlibat secara langsung. Tetapi seperti juga UMNO sendiri, 'macai' seperti TV3 sering mendedahkan 'kerendahan' IQ sendiri di penghujung setiap kenyataan.

Dah pun namanya pertukaran asing, untung rugi adalah normal. Yang biasa main FOREX tu memang retilah yang terlibat atau para 'pemain' FOREX bukan sahaja dikalangan individu atau syarikat tetapi juga melibatkan bank-bank termasuk Bank Negara. TV3 ni dah terdesak sangat untuk 'serang' Tun M. Arahan MO1 kah? Kelam kabut hamburkan 'peluru' kosong sampai tak sempat nak siasat siapa Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Negara masa tu? Bak kata netizen, sembang sahaja lebih! Kalau betul ada bukti apasal tak siasat dan dakwa? TV3 dah sama level dengan macai-macai FB UMNO seperti Friends of Barisan Nasional dan Anti Pakatan Harapan! Dulu UMNO juga yang kata, Tun M dah tua. Baling gelas pun tak pecah. Tidak perlu dirisaukan. Apasal pula sekarang dah berbondong-bondong 'menyerang' Tun M? Apakah PRU14 nanti UMNO vs Tun M? Menarik juga untuk melihat perkembangan seterusnya berkaitan perkara ini. Apakah mantan Penolong Gabenor Bank Negara akan didakwa di bawah OSA kerana bercerita mengenai hal ini?


Tidak cukup dengan itu, sikap meroyan UMNO dan TV3 semakin menjadi-jadi bila cuba 'menjerat' Penasihat DAP Lim Kit Siang dengan isu pendedahan Laporan CIA berkenaan Kes BMF. Namun Lim Kit Siang bijak mematikan 'perangkap' TV3 dengan satu jawaban mudah sahaja. 'No komen'. Hal ini mendorong TV3 melabel Lim Kit Siang Sebagai hipokrit. Buletin TV3 mengatakan bahawa Penasihat DAP Lim Kit Siang yang kini bersekongkol dengan Tun Dr Mahathir Mohamad disifatkan hipokrit dan hanya berpolitik demi kepentingan parti serta dinasti sendiri sedangkan beliau dahulu cukup lantang bersuara mengecam skandal Kewangan Bumiputra Malaysia BMF. Siapakah yang akan mengulas lanjut tentang perkara yang telah selesai? Hanya macai dan pendedak! Kit Siang apabila ditanya mengenai bukti pembabitan Tun Dr Mahathir dalam skandal BMF yang didedahkan agensi perisikan Pusat Amerika Syarikat CIA hanya memberi reaksi 'No komen'. Kit Siang tahu tiada satupun kenyataan CIA dalam dokumen yang didedahkan itu yang menyebut 'CIA mempunyai bukti penglibatan Mahathir dalam Kes BMF'!

Para pembaca boleh mengakses sendiri Laporan CIA berkaitan Kes BMF itu melalui pautan 'Declassified' yang telah penulis sediakan dalam blog ini. Teknik murahan UMNO dan TV3 untuk melaga-lagakan parti pembangkang terbukti tidak mencapai objektifnya. Masih memandang rendah akan kemampuan rakyat untuk menganalisis setiap auta yang mereka lontarkan, TV3 dan UMNO pastinya sedang 'menyalakan api' untuk membakar diri mereka sendiri! TV3 nampaknya tidak mengambil pengajaran daripada 'kemusnahan' beberapa orang pemimpin negara-negara luar akibat daripada membangkitkan kemarahan rakyat sendiri. Auta UMNO dan TV3 tidak akan mengendurkan sokongan rakyat untuk mengubah pemerintah pada PRU14 nanti. Auta UMNO dan TV3 sebaliknya kian mengukuhkan sokongan rakyat kepada parti pembangkang seperti yang berlaku dalam PRU yang lalu di mana Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang masih ditadbir oleh PAS, PKR dan DAP.


Agak menghairankan juga melihat betapa tegarnya para Penyampai Berita TV3 bersekongkol menyebarkan fitnah. Apakah mereka merasakan yang peringatan Allah s.w.t mengenai fitnah serta orang yang menyebarkannya itu hanya rekaan semata? Alasan bahawa mereka hanya menurut perintah sangat tidak masuk akal. Apakah mereka akan menurut juga jika diarahkan agar membunuh diri? Najib sering melaungkan bahawa ekonomi negara berkembang pesat yang mana ianya amat dicemburui oleh negara barat! Jadi seharusnya para Penyampai Berita TV3 tidak keberatan untuk meninggalkan tugasan sedemikian kerana ekonomi yang pesat berkembang pastinya mampu menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan. Tak begitu UMNO dan para macai? Atau adakah para Penyampai Berita TV3 sudah dimomokkan dengan auta bahawa mereka akan berakhir di penjara seperti dalam gambar di atas jika UMNO/BN tumbang? Wallahualam.


UMNO 'bodohkan' media arus perdana atau media arus perdana 'bodohkan' UMNO?


Seperti yang dijangkakan, sejak CIA mendedahkan dokumen berkaitan kes BMF...UMNO dan media arus perdana yang menjadi 'macai' setianya seperti Berita Harian, Utusan dan TV3 terus menjaja cerita berkenaan. Apa tujuan mereka? Berharap rakyat melupakan Skandal 1MDB? Berangan-angan agar rakyat tetap memilih UMNO/BN? Atau masing-masing nak tunjuk kepandaian dalam mempamer 'kebodohan'? Kuman di seberang laut kelihatan, gajah di depan mata tidak kelihatan. Perumpamaan yang sangat tepat untuk ditujukan kepada tindakan UMNO dan para macainya itu. Kes yang telah diselesaikan lebih 30 tahun lalu itu dijaja sedangkan pada masa yang sama Skandal 1MDB yang belum pun diselesaikan 'secara sah' cuba 'dipadamkan'. Benarlah kata Mahfuz dalam catatan facebooknya, UMNO kian mereput! Hmm...dulu masa DOJ buat pendedahan tentang 1MDB, UMNO dan para macainya 'melenting' kononya U.S.A nak campurtangan urusan dalaman Malaysia. Sekarang bukan main gian pula petik dan sebarkan dokumen CIA?

Kian hari UMNO kian dipenuhi 'hujah-hujah bodoh'. Terbaharu, Setiausaha Agung Veteran UMNO Mustapha Yaakub (gambar atas), menggesa agar Tun M menjawab pendedahan CIA berhubung kes BMF. Dah nyanyuk agaknya Pak Mustapha ni. Kes dah lama selesai, nak jawab apa lagi? Kan lebih berfaedah jika Pak Mustapha menggesa agar CIA dedahkan sebarang dokumen tentang Skandal 1MDB. Mustapha berkata, "oleh kerana nama beliau disebut oleh CIA, maka Tun M perlu menjawabnya. Jangan pula dengan pendedahan CIA ini maka Najib pula yang akan menjadi sasaran pembangkang." Hai Pak Mustapha, dulu masa DOJ sebut MO1 adakah Pak Mustapha minta agar MO1 menjawab pendedahan itu? Ikutlah nasihat Harussani, perbanyakkan amalan dihujung usia. Lagipun kalau ikut Salleh Keruak, Pak Mustapha tak setaraf dengan Tun M. Pak Mustapha hanyalah Setiausaha Agung Veteran UMNO sedangkan Tun M adalah Pengerusi PPBM. Tak layak pun Pak Mustafa nak buat sebarang gesaan kat Tun M!


Selain Berita Harian dan Utusan, TV3 adalah satu lagi 'macai' setia UMNO. Bukan setakat berbulan malahan bertahun 'menyerang' Selangor yang ditadbir Pakatan pembangkang dengan isu air (meski negeri-negeri dibawah tadbiran UMNO/BN juga mengalami masalah yang sama) tetapi gagal membangkitkan kemarahan rakyat negeri selangor (kecuali macai dan pendedak). Kemudian TV3 beralih kepada beg plastik untuk dijadikan modal berita namun turut ditolak oleh rakyat Selangor. Dan kini, cuba mengambil kesempatan daripada Laporan CIA berkenaan kes 30 tahun lalu (sudahpun dibawa ke muka pengadilan dan selesai pada 1985). Kes BMF cuba digambarkan oleh TV3 sebagai lebih teruk daripada Skandal 1MDB. Sejak CIA 'merelease' berjuta halaman/mukasurat laporan yang sudah tidak penting lagi/usang termasuk laporan berkaitan kes BMF, TV3 sentiasa meyiarkan ulasan atau gesaan UMNO mengenai laporan tersebut dalam setiap slot beritanya.

Berharap pembohongan yang diulang-ulang akan diterima sebagai benar oleh rakyat pastinya adalah tujuan TV3 menjaja Laporan CIA itu. Jika sebelum ini TV3 sering menjadikan Noh Udang sebagai sumber ideanya, kali ini Irmohizam Ibrahim (Ahli Parlimen Kuala Selangor) digunakan sebagai sumber idea untuk berita 'sampah' mereka. Menggesa agar Suruhanjaya Di-Raja ditubuhkan bagi menyiasat semula kes yang telahpun ditutup secara sah melalui proses undang-undang pada tahun 1985 itu atas alasan tidak mungkin kerajaan tidak tahu peningkatan had pinjaman bagi cawangannya di luar negara bagi membenarkan lebih banyak dana disalurkan ke Hong Kong. Irmohizam hanya mengulang kenyataan CIA dalam laporan itu (gambar atas). Yakin benar Irmohizam ni. Tak sedar kah semasa PRU13, majoriti kemenangan tu 500 undi sahaja? Perjuangkan kepentingan rakyat atau 'jilat kahak' Najib jak Bro Irmohizam?


Meskipun sudah jelas acapkali isu-isu yang cuba ditimbulkan oleh UMNO dan disiarkan oleh 'macai-macai' medianya ditolak oleh rakyat, namun ikatan antara UMNO dan 'macai-macai' tersebut masih lagi kelihatan. Sekaligus menimbulkan persoalan, siapa yang sedang 'memperbodohkan' siapa? Tak mungkin rakyat lagi yang diperbodohkan (kecuali macai dan pendedak). Majoriti rakyat sudah sedar akan sandiwara UMNO dan 'macai' medianya. Undi popular pada PRU yang lepas menyokong hakikat yang majoriti rakyat sebenarnya menolak UMNO/BN! Adakah media arus perdana tersebut hanya dapat 'bernafas' (tidak bangkrap) dengan bantuan dedak UMNO? Atau adakah UMNO yang sebenarnya akan 'merempat' tanpa media arus perdana tersebut kerana 'pegangan' UMNO dalam media sosial hanyalah 6.6 peratus? Media arus perdana 'perbodohkan' UMNO atau UMNO yang sedang 'mengkeldaikan' mereka? Wallahualam.

Rabu, 25 Januari 2017

Hamzah Zainuddin 'perlekeh' Zahid Hamidi?


Dua hari lalu, Timbalan Perdana Menteri yang juga Pemangku Timbalan Presiden UMNO Zahid Hamidi telah mendedahkan 'kerisauannya' berkenaan peratusan kecil cybertrooper pro pemerintah (UMNO/BN). Zahid mengakui pencapaian tidak memberangsangkan UMNO/BN pada dua PRU sebelum ini dipengaruhi oleh 'kegagalan' UMNO/BN bersaing dalam media sosial. Penulis menjangkakan kenyataan Zahid itu akan disokong oleh para pemimpin UMNO yang lain sebagaimana mereka sentiasa 'menggemakan' setiap 'kepitan suara' Presiden UMNO Najib Razak. Biasanya kita akan mendengar selama berhari-hari, para pemimpin UMNO berlumba-lumba 'menggemakan' setiap 'kepitan suara' Najib Razak. Situasi ini ternyata berbeza untuk orang nombor 2 dalam UMNO. Kita tidak mendengar sebarang kenyataan 'copy paste' daripada mana-mana pemimpin UMNO tentang angka 6.6 peratus sahaja yang menyokong UMNO/BN yang menjadi kerisauan Zahid itu.

Sebaliknya pada hari ini, Menteri KPDNKK Hamzah Zainuddin mengeluarkan satu kenyataan yang bernada 'memperlekehkan' kenyataan dan kerisauan Zahid Hamidi. Hamzah menegaskan yang media arus perdana tetap penting dan berwibawa (gambar atas). Hamzah membuat kenyataan itu ketika majlis Malam Gema Pena KPDNKK dan Agensi 2017 di Menara Kembar Bank Rakyat. Hmm... kenyataan orang nombor 2 UMNO (Zahid) disanggah begitu sahaja oleh Hamzah? Adakah itu menunjukkan bahawa Zahid hanya menjadi orang nombor 2 dalam UMNO di atas nama sahaja? Jadi benarlah andaian yang menyatakan bahawa Hishamuddin sebenarnya adalah pilihan Najib untuk dijadikan 'orang kanan'? Adakah Sharizat akan berdiam diri sahaja dengan kenyataan Hamzah ini atau dia akan 'menglembu' untuk membela Zahid? Untuk rekod, Zahid telah melancarkan Skuad Komunikasi dan Media Pergerakan Wanita UMNO 3 hari lalu. Skuad tersebut bertindak sebagai cybertrooper UMNO/BN.


Hamzah menjelaskan bahawa tindakannya atau kenyataannya untuk mempertahankan media arus perdana adalah kerana mereka mampu memberi berita yang sahih supaya persaingan dengan media sosial dapat dikurangkan. Hai Pak Menteri macam kutuk 'pages' Friends of Barisan Nasional (FoBN) dan Anti Pakatan Harapan (APH) jak tu. Pak Menteri akui yang FoBN dan APH menyebarkan berita yang tidak sahih? Hancur luluh lah hati admin FoBN dan APH. Siang malam kerja keras sebar auta tapi tak dihargai oleh Pak Menteri ni. Menarik juga kenyataan Hamzah ni...'mampu memberi berita yang sahih supaya persaingan dengan media sosial dapat dikurangkan'. Nampaknya dalam kalangan UMNO sendiri ada juga menteri yang tidak 'gembira' dengan pelancaran Skuad Komunikasi dan Multimedia Wanita UMNO! Kah memang dah tabii orang UMNO tidak selesa atau tidak mahu ada persaingan?


Banyak pihak yang membuat pusingan U yang perlu direkod supaya kita tahu apa yang dicakapkan hari ini dan semalam adalah satu lagi alasan bagi Hamzah untuk mempertahankan media arus perdana. Media sosial tak boleh rekod kah Pak Menteri? Media sosial lagi 'power' Pak Menteri. Bukan setakat 'pusingan U', 'mengghaibkan bukti' pun depa boleh buat. Cam laman sesawang Jabatan Penerangan buat kat artikel yang mengesahkan tuntutan MCA untuk jawatan TPM-II tempoh hari. Ataupun macam Utusan Online buat kat kenyataan Najib berkenaan leasehold Forest City (edit untuk pusingan U Najib). Boleh rujuk 'page' Suara Rakyat untuk kedua-dua perkara ini. Alangkah sedihnya 2000 anggota Skuad Komunikasi dan Multimedia Wanita UMNO mendengar kenyataan Hamzah ini. Nampaknya Zahid akan bertambah 'tertekan' dengan kenyataan Hamzah ini. Adakah Hamzah salah seorang daripada ahli gerakan untuk menjatuhkan Zahid pada PRU14?

Nampak pelik juga Hamzah ni. 'Tetap penting' dan 'masih penting' adalah dua perkataan yang mempunyai makna yang berbeza. 'Tetap penting' memberi gambaran yang media arus perdana masih lagi sumber berita yang utama sedangkan hakikatnya bukan lagi begitu. Situasi Utusan yang berdepan dengan kebangkrapan menyokong hakikat itu. Manakala 'masih penting' menunjukkan ianya masih relevan. Jangan pula lepas membaca nukilan penulis ni, BH Online buat 'pusingan U' dengan tajuk beritanya. Adakah Hamzah sendiri tidak mempunyai akaun facebook, Twitter atau Instagram? Ketika Zahid meluahkan kerisauan tentang pengaruh media sosial, dia turut memetik angka-angka daripada satu kajian untuk menyokong hujahnya walaupun pihak yang membuat kajian itu tidak dinyatakan. Manakala Hamzah mempertahankan media arus perdana hanya dengan alasan peribadinya. Hamzah sedang membongkar 'kebodohan' Zahid atau mempamerkan 'kebengapan' dirinya sendiri? Wallahualam.

Selasa, 24 Januari 2017

'Kitar semula' isu BMF bukti UMNO parti lapuk


Defisit idea atau terdesak? Atau kedua-duanya? Itu situasi UMNO ketika ini apabila 'mengitar semula' isu Bumiputera Malaysia Finance (BMF). Melalui 'macai-macai' medianya, UMNO cuba menggambarkan seolah-olah ianya adalah isu semasa yang masih 'fresh' (gambar atas). Hanya macai dan pendedak sahaja yang akan terpedaya dengan tajuk berita yang berstatus 'sampah' tanpa usul periksa. Macai dan pendedak pastinya merasakan angka 6.6 peratus cybertrooper UMNO yang didedahkan oleh Zahid sebelum ini hanyalah sekadar angka dengan hadirnya berita seperti di atas. Bagi generasi yang lahir sebelum tahun 80-an dan bebas dedak, mereka tidak perlu lagi memeriksa mana-mana sumber untuk mengetahui tentang isu BMF. Ingatan mereka sudah cukup untuk menghidu 'bau' berita 'sampah' ini. Manakala bagi generasi yang lahir pada tahun 80-an dan selepasnya tetapi bebas dedak pastinya bijak menggunakan teknologi yang wujud pada hari ini untuk mengakses maklumat berkenaan isu BMF.

Isu yang telah selesai pada tahun 1985 ini cuba disamakan oleh UMNO, macai dan pendedak dengan Skandal 1MDB. Walaupun nyata perbezaannya umpama langit dan bumi, namun 'macai' media UMNO seperti Berita Harian dan TV3 cuba 'memainkannya' agar dapat membina persepsi bahawa semua ahli politik sama sahaja dan tiada keperluan untuk 'menumbangkan' UMNO/BN pada PRU14. Isu atau kes  yang sebenarnya bermula pada tahun 1979 lagi (iaitu sebelum Tun M menjadi PM) telahpun disiasat, didakwa, diselesaikan dan diumumkan kepada rakyat. Sangat berbeza dengan Skandal 1MDB yang mana siasatan oleh PAC terhadapnya hanyalah satu sandiwara apabila laporan siasatan diklasifikasikan sebagai Rahsia Rasmi! Kes BMF juga telahpun dibentangkan kepada kabinet ketika era pentadbiran Tun M. Tambahan pula kes tersebut tidak menyebabkan negara 'melutut' kepada negara asing dan 'menyembah hina' untuk melangsaikan hutang atau kerugian.


Perhatikan tajuk berita seperti dalam gambar di atas. Ianya bagaikan menggambarkan yang TV3 adalah ketua 'macai' bagi media UMNO manakala Berita Harian (BH) sebagai penyokong. Keterangan mengikut keadaan menunjukkan skandal itu turut membabitkan pentadbiran Dr Mahathir. Sebagai bank yang dimiliki kerajaan, Bank Bumi dikawal Kementerian Kewangan serta Bank Negara dan sebarang keputusan penting perlu mendapat kebenaran kedua-dua pihak. Itu antara ulasan atau laporan berita oleh BH berhubung pendedahan oleh CIA. BH menambah bahawa dokumen itu, bagaimanapun, tidak mengaitkan Dr Mahathir dan BMF secara terus, namun kedudukan politik beliau sebaik mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada tahun 1981, dicemari oleh skandal terbabit. Mungkin BH agak khuatir bakal berdepan tindakan saman oleh CIA jika terlalu 'mengspin' dokumen tersebut. Almaklum dah nak bangkrap kot!

Mari kita perhatikan beberapa 'perkataan' penting dalam pendedahan tersebut. 'Keterangan mengikut keadaan'. Menunjukkan bahawa kebarangkalian bukti untuk mengaitkan Tun M dengan kes tersebut hanyalah 50-50. Bukan bukti sahih! Situasi ini konsisten dengan tindakan Tun M mengarahkan kes BMF disiasat dan dibawa ke muka pengadilan. Berani kerana benar! Bukan seperti Najib 1MDB, 'Nothing's to Hide' tapi asyik melarikan diri daripada menyelesaikan skandal tersebut dengan membuat penafian berbentuk auta dan menghalang ia daripada disiasat secara terbuka! Seterusnya, 'tidak mengaitkan Tun M dan BMF secara terus'. Pernyataan ini konsisten dengan kenyataan Tun M pada era itu yang menegaskan kes dan kerugian BMF adalah melibatkan pihak bank berkenaan bukannya kerajaan atau rakyat. Berbeza dengan 1MDB seperti mana yang termaktub dalam Laporan DOJ, nama MO1 disebut sebanyak lebih 30 kali dalam laporan tersebut yang jelas menunjukkan kaitan langsung Mo1 dengan 1MDB! Dan siapakah yang kini menanggung bahana hutang 1MDB? Rakyat!


Berbeza dengan nada BH, TV3 menyatakan dengan lantang bahawa CIA mendakwa mempunyai bukti pembabitan Tun M dalam kes BMF. Hmm...memang kaya benar TV3 ni. Tak takut kena saman atau aset kena bom oleh CIA? Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat, CIA mendakwa wujud bukti pembabitan Tun Doktor Mahathir Mohamad dalam skandal Bank Bumiputra atau Bumiputra Malaysia Finance Limited BMF, semasa pentadbiran-nya. Itu laporan TV3 yang disiarkan dalam Facebook Buletin TV3. Sudah-sudahlah 'spin' cerita tu wahai TV3. CIA tak 'mentioned' pun dalam pendedahan tu yang mereka punyai bukti pembabitan Tun M. Engkau fikir engkau seorang sahaja yang boleh akses dokumen yang telah diklasifikasikan semula itu? 'Macai-macai' media yang lain takdalah sebangang TV3 yang gian sangat tukar perkataan 'tidak mengaitkan' kepada 'dakwa ada bukti'. Media lapuk yang dikuasai oleh parti yang sudah lapuk ternyata hanya membawa isu yang lapuk! Masih mahu memberi kemenangan pada PRU14 kepada puak-puak yang sudah lapuk? Wallahualam.

Akal Salleh Keruak setaraf burung keruak?


Menteri Komunikasi dan Multimedia, Salleh Said Keruak seringkali mengeluarkan kenyataan yang membuatkan rakyat bertanya adakah dia seorang menteri atau pengawal peribadi yang tidak siuman. Menteri atau orang yang tidak siuman, Salleh tetap memiliki 'trademark' UMNO iaitu mengeluarkan kenyataan yang hanya mendedahkan 'kebodohan, 'hati busuk' dan 'double standard' mereka. Terbaharu, Salleh menyatakan bahawa Pengerusi DAP, Lim Kit Siang tidak setaraf dengan Perdana Menteri Najib Razak untuk mengadakan perbahasan. Kenyataan Salleh ini jelas bertentangan dengan alasan Najib sendiri untuk mengelak daripada berbahas atau berdebat. Najib pernah menyatakan bahawa debat bukanlah budaya kita, jadi tidak perlu baginya untuk berdebat dengan sesiapa. Secara tidak langsung, Salleh juga mengakui bahawa Najib memang bukan Perdana Menteri untuk semua golongan. Najib hanyalah Perdana Menteri bagi golongan yang kaya lantaran statusnya sebagai 'billionaire'.

Kenyataan terbaharu Salleh ini juga bagaikan memberi petunjuk kepada rakyat untuk tidak mengundi UMNO/BN lagi pada PRU14 nanti. Ini kerana kedudukan rakyat yang sekadar insan biasa adalah tidak setaraf dengan seorang bangsawan Bugis! Untuk apa lagi rakyat harus berterusan menyokong parti yang dikuasai oleh para menteri yang menjadikan darjat sebagai garis pemisah? Adakah kenyataan Salleh ini juga suatu pengesahan bahawa Najib memang 'above the law' kerana tiada seorang pun dikalangan penjawat awam atau penguatkuasa undang-undang yang menjawat jawatan sebagai Pengerusi mana-mana pakatan parti politik? Hmm...akhirnya terjawab juga mengapa IGP Khalid tidak mengarahkan sebarang siasatan terhadap Najib berhubung setiap skandal yang melibatkan bangsawan Bugis itu. IGP tak setaraf dengan Perdana Menteri! Mungkinkah Salleh memberi gambaran bahawa Najib akan berdebat dengan Agong ataupun Tun M?


Penulis tertanya-tanya juga sejak bila pula darjat atau kedudukan dijadikan garis pemisah di Malaysia? Hmm...apakah akal Salleh Keruak ini memang setaraf burung keruak? Mari kita ingatkan Pak Salleh tentang adakah dia sendiri mengambil kira tentang darjat apabila mengeluarkan sesuatu kenyataan. Petikan tajuk berita oleh BERNAMA pada 18 januari 2017 (gambar atas), siapakah Salleh untuk berkata banyak idea Tun M yang sudah lapuk? Adakah dia Pengerusi parti atau mantan PM atau negarawan? Layakkah seseorang yang hanya bertaraf menteri 'macai' mengatakan sedemikian rupa kepada seorang negarawan? Sudah-sudahlah Pak Salleh. Berhentilah daripada membuat pelbagai pusingan 'roundabout'. Sedarlah wahai Pak Salleh, kamu beroleh jawatan Menteri tu hanya kerana keterdesakan Najib yang memerlukan seorang 'pemain pertahanan' yang tegar mempertahankan segala salah lakunya dan tegar 'menjilat' setiap 'kahaknya' untuk berada dalam pasukan kleptokrasi Najib. Rakyat tidak mengundi kamu pun untuk mewakili mana-mana kawasan Parlimen!


Ini bukanlah kali pertama kita mendengar jawaban atau ulasan atau kenyataan taraf 'macai' (IQ dan EQ rendah) daripada Salleh Keruak. Mungkin dua tajuk berita seperti dalam gambar di atas dapat membantu menjawab persoalan adakah akal Salleh Keruak itu setaraf burung keruak. Pada 9 Disember 2015, Utusan Online menyiarkan bahawa Salleh menyifatkan Majlis Bersama Timbalan Presiden UMNO di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru hanya membangkitkan isu-isu lama yang telah berlegar sejak setahun lalu (1MDB dan derma RM2.6 billion ringgit). Ketika itu TS Muhyiddin masih lagi Timbalan Presiden UMNO. Memandang isu yang melibatkan intergriti dan imej negara yang belum diselesaikan di muka pengadilan (mahkamah) sebagai isu-isu lama jelas menunjukkan betapa rendahnya akal Pak Salleh. Isu yang menyebabkan negara dilabel sebagai negara kleptokrasi cuba ditutup begitu sahaja (melalui AG dan IGP) tanpa melalui siasatan dan pendakwaan yang terbuka!

Salleh sekali lagi memaparkan kegagalannya untuk menjawab suatu isu dengan berkesan apabila mengatakan bahawa ucapan Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama semasa sidang kemuncak ekonomi Asia Pasifik (Apec) di Peru pada 2016 bukanlah ditujukan kepada Najib tetapi mantan PM Tun Mahathir. Jawaban yang berbentuk penafian semata-mata itu jelas tidak sepadan dengan kedudukannya sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia. Untuk apa Obama selaku Presiden bagi sebuah negara 'superpower' menujukan ucapannya kepada orang yang tidak lagi menjadi pemerintah negara? Jika ditujukan kepada Tun M, apa kaitannya dengan tema APEC 2016 'Quality Growth and Human Development'? Adakah Salleh pada saat itu cuba menyamakan Obama dengan para pemimpin UMNO yang sering berucap diluar tema suatu majlis atau ucapan tidak menggambarkan majlis yang sedang dihadiri? Mungkin persoalan akal Salleh Keruak setaraf burung keruak hanya akan terungkai jika parti pemerintah beralih tangan pada PRU14 nanti. Wallahualam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...