Isnin, 9 Januari 2017

Annuar 'Panamera' Musa bak Paku Dulang Paku Serpih


Siapa yang tidak kenal dengan Annuar Musa (gambar atas)? Ahli Majlis Tertinggi UMNO (MT) merangkap Ketua Penerangan UMNO. Annuar juga merupakan penyandang untuk P26 Ketereh, Kelantan. Dan yang paling sensasi setakat ini, Annuar juga adalah Pengerusi MARA. Itu hanyalah sebahagian kecil daripada jawatan-jawatan yang disandang oleh Annuar 'Panamera' Musa. Biasalah adat politik di Malaysia. Semua jawatan atau AJK atau apa sahaja yang melibatkan carta organisasi hampir kesemuanya orang politik juga yang duduk paling atas. Kebiasaannya menjadi Pengerusi atau Penasihat atau Penaung atau Presiden. To be fair, itulah resam politik di Malaysia baik pemerintah mahupun pembangkang. Tapi, apasal Annuar bising pasal anak-anak Tun M? Agaknya Annuar pun nak juga jadi Pengerusi kat syarikat-syarikat yang dipengerusikan oleh anak-anak Tun M. Kah dah memang tabii Annuar ni tidak puas hati dengan orang lain, sampaikan JDT pun dia persoalkan juga.

Selain Rahman Dahlan dan Salleh Keruak serta adakalanya Nur Jazlan dan Nazri Aziz, Annuar 'Panamera' Musa adalah walaun Najib yang sering mendapat liputan media-media pro UMNO. Kenyataan-kenyataan Annuar sering disiarkan terutamanya jika ia berbentuk kecaman terhadap Tun M. Pak Zahid dah pesan masa PAU2016, jangan sebut nama Tun M nanti Tun M jadi makin popular. Pak Nuar dah lupa kah? Hampir setiap hari kita akan mendengar, membaca ataupun melihat kecaman terhadap Tun M keluar daripada mulut Annuar. PRU14 nanti UMNO vs Tun M? Atau antara tugas harian seorang Ketua Penerangan UMNO sekarang ialah mengecam Tun M? Apakah pula peranan yang perlu Annuar lakukan selaku Ketua Penerangan UMNO berhubung Skandal 1MDB yang sedang dibicarakan atau disiasat di negara luar? Menyebarkan auta bahawa ianya komplot untuk menjatuhkan Najib? Atau ahli UMNO memang dah redha secara tidak bertempat?


Gambar atas adalah kecaman terbaharu Annuar 'Panamera' Musa ke atas Tun M. Ada buktikah Pak Nuar? Boleh tunjukkan statistik? Pak Nuar asyik kecam Tun M ni tak sedar kah yang PRU semakin hampir? Yang penulis perasan tentang liputan para media pro UMNO yang melibatkan Annuar sejak akhir-akhir ini fokus kepada 3 perkara sahaja iaitu Mengecam Tun M, MARA dan KAFA. Apa yang Pak Nuar buat untuk P26 Ketereh tidak dilaporkan secara meluas pula. Pak Nuar berjayakah membela Melayu Ketereh? Ingat majoriti pada PRU13 hanya 974 undi sahaja Pak Nuar. Hmm...orang yang lari ketika KAFA dilanda masalah ada suara pula ya untuk kecam mantan PM. Buatlah apa sahaja Pak Nuar untuk menidakkan sumbangan Tun M pada negara amnya dan pada orang Melayu khususnya, rakyat tetap mengenang jasa Tun M pada negara dan rakyat! KAFA yang tunggang langgang oleh Pak Nuar tu satu kejayaan kah?


Sibuk mengecam Tun M, keluar pula berita seperti dalam gambar di atas. Penjualan tersebut adalah untuk menjelaskan hutang pinjaman yang digunakan untuk membeli aset berkenaan. Annuar tidak pula menyatakan harga jualan aset tersebut. Macam harga jualan lebih rendah daripada harga belian jak bunyinya tu Pak Nuar. Orang UMNO ni kalau untung atau berjaya, macam ayam betina. Telur sebiji riuh sekampung. Tapi kalau gagal, diam pijak semut pun tak mati dan macam-macam laporan akan diletakkan sebagai Rahsia Rasmi agar sebarang salah laku tidak dibongkar. Kalau dah sampai tahap jual aset untuk bayar hutang, maknanya kewangan MARA dah goyah lah tu. Tak gitu Pak Nuar? Bukankah Najib dan Irwan Serigar kata ekonomi negara kukuh? Tak kan pelaburan-pelaburan MARA tidak memberi pulangan yang cukup untuk bayar hutang?

Aset yang dijual merupakan sebuah pangsapuri yang dijadikan penginapan untuk 115 orang pelajar tajaan MARA di Melbourne. Kalau dah jual, pelajar tu menginap di mana pula Pak Nuar? UMNO dan hutang memang tidak dapat dipisahkan. Berhutang untuk menjana hutang yang lebih banyak lagi. Itulah UMNO! Hairan betul lah dengan orang UMNO ni. Hutang dikatakan pelaburan. Hmm... kebetulan pula berita penjualan aset MARA ni keluar tatkala berita bahawa Australia turut berminat menyiasat Skandal 1MDB tersebar. Adakah ianya mempunyai kaitan? Akhbar Australia, The Age melaporkan bahawa MARA membeli pangsapuri yang berharga A$17.8 juta pada harga A$22.5 juta. Bijak tak Pak Nuar? Padanlah TMJ melabel Annuar sebagai orang yang gagal. Adakah Porsche Panamera Annuar yang disebut oleh TMJ tempohari mempunyai kaitan dengan aset MARA yang dijual ini? Sama-samalah kita nantikan jika SPRM sudi menyiasat Annuar 'Panamera' Musa.

Nasihat penulis kepada Annuar, sudah-sudahlah mengecam Tun M tu. Ambil masa cermin diri sendiri. Paku Dulang Paku Serpih tu dah nampak sangat pada diri Pak Nuar. Wallahualam.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...