Khamis, 26 Januari 2017

UMNO dan TV3 kian meroyan


Sedar manipulasi terhadap pendedahan Laporan CIA berhubung Kes BMF gagal menggugat kesedaran rakyat terhadap kewajiban untuk menukar parti pemerintah pada PRU14 nanti, golongan kleptokrat dan oxymoron tampak sedang menambahkan hamburan 'peluru' kosong untuk menyerang Tun M. UMNO melalui TV3 yang juga merupakan 'macai' setianya, mencuba lagi untuk 'menghasut' rakyat agar menolak Tun M. Kali ini isu RM27 billion rizab asing negara yang didakwa lesap pada tahun 1992 (gambar atas) diketengahkan. Buletin TV3 menyiarkan bahawa Bank negara kerugian lebih AS$10 bilion dalam skandal pertukaran asing pada 1992 atau pada ketika itu, RM27 bilion dan bukannya RM9.3 bilion seperti yang diisytiharkan oleh bank pusat itu. Hmm...guna perkataan 'skandal' tuk tarik perhatian? Dan seperti biasa 'macai' UMNO ini 'spin' juga isu tu agar nampak Tun M yang terlibat secara langsung. Tetapi seperti juga UMNO sendiri, 'macai' seperti TV3 sering mendedahkan 'kerendahan' IQ sendiri di penghujung setiap kenyataan.

Dah pun namanya pertukaran asing, untung rugi adalah normal. Yang biasa main FOREX tu memang retilah yang terlibat atau para 'pemain' FOREX bukan sahaja dikalangan individu atau syarikat tetapi juga melibatkan bank-bank termasuk Bank Negara. TV3 ni dah terdesak sangat untuk 'serang' Tun M. Arahan MO1 kah? Kelam kabut hamburkan 'peluru' kosong sampai tak sempat nak siasat siapa Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Negara masa tu? Bak kata netizen, sembang sahaja lebih! Kalau betul ada bukti apasal tak siasat dan dakwa? TV3 dah sama level dengan macai-macai FB UMNO seperti Friends of Barisan Nasional dan Anti Pakatan Harapan! Dulu UMNO juga yang kata, Tun M dah tua. Baling gelas pun tak pecah. Tidak perlu dirisaukan. Apasal pula sekarang dah berbondong-bondong 'menyerang' Tun M? Apakah PRU14 nanti UMNO vs Tun M? Menarik juga untuk melihat perkembangan seterusnya berkaitan perkara ini. Apakah mantan Penolong Gabenor Bank Negara akan didakwa di bawah OSA kerana bercerita mengenai hal ini?


Tidak cukup dengan itu, sikap meroyan UMNO dan TV3 semakin menjadi-jadi bila cuba 'menjerat' Penasihat DAP Lim Kit Siang dengan isu pendedahan Laporan CIA berkenaan Kes BMF. Namun Lim Kit Siang bijak mematikan 'perangkap' TV3 dengan satu jawaban mudah sahaja. 'No komen'. Hal ini mendorong TV3 melabel Lim Kit Siang Sebagai hipokrit. Buletin TV3 mengatakan bahawa Penasihat DAP Lim Kit Siang yang kini bersekongkol dengan Tun Dr Mahathir Mohamad disifatkan hipokrit dan hanya berpolitik demi kepentingan parti serta dinasti sendiri sedangkan beliau dahulu cukup lantang bersuara mengecam skandal Kewangan Bumiputra Malaysia BMF. Siapakah yang akan mengulas lanjut tentang perkara yang telah selesai? Hanya macai dan pendedak! Kit Siang apabila ditanya mengenai bukti pembabitan Tun Dr Mahathir dalam skandal BMF yang didedahkan agensi perisikan Pusat Amerika Syarikat CIA hanya memberi reaksi 'No komen'. Kit Siang tahu tiada satupun kenyataan CIA dalam dokumen yang didedahkan itu yang menyebut 'CIA mempunyai bukti penglibatan Mahathir dalam Kes BMF'!

Para pembaca boleh mengakses sendiri Laporan CIA berkaitan Kes BMF itu melalui pautan 'Declassified' yang telah penulis sediakan dalam blog ini. Teknik murahan UMNO dan TV3 untuk melaga-lagakan parti pembangkang terbukti tidak mencapai objektifnya. Masih memandang rendah akan kemampuan rakyat untuk menganalisis setiap auta yang mereka lontarkan, TV3 dan UMNO pastinya sedang 'menyalakan api' untuk membakar diri mereka sendiri! TV3 nampaknya tidak mengambil pengajaran daripada 'kemusnahan' beberapa orang pemimpin negara-negara luar akibat daripada membangkitkan kemarahan rakyat sendiri. Auta UMNO dan TV3 tidak akan mengendurkan sokongan rakyat untuk mengubah pemerintah pada PRU14 nanti. Auta UMNO dan TV3 sebaliknya kian mengukuhkan sokongan rakyat kepada parti pembangkang seperti yang berlaku dalam PRU yang lalu di mana Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang masih ditadbir oleh PAS, PKR dan DAP.


Agak menghairankan juga melihat betapa tegarnya para Penyampai Berita TV3 bersekongkol menyebarkan fitnah. Apakah mereka merasakan yang peringatan Allah s.w.t mengenai fitnah serta orang yang menyebarkannya itu hanya rekaan semata? Alasan bahawa mereka hanya menurut perintah sangat tidak masuk akal. Apakah mereka akan menurut juga jika diarahkan agar membunuh diri? Najib sering melaungkan bahawa ekonomi negara berkembang pesat yang mana ianya amat dicemburui oleh negara barat! Jadi seharusnya para Penyampai Berita TV3 tidak keberatan untuk meninggalkan tugasan sedemikian kerana ekonomi yang pesat berkembang pastinya mampu menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan. Tak begitu UMNO dan para macai? Atau adakah para Penyampai Berita TV3 sudah dimomokkan dengan auta bahawa mereka akan berakhir di penjara seperti dalam gambar di atas jika UMNO/BN tumbang? Wallahualam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...