Selasa, 24 Januari 2017

'Kitar semula' isu BMF bukti UMNO parti lapuk


Defisit idea atau terdesak? Atau kedua-duanya? Itu situasi UMNO ketika ini apabila 'mengitar semula' isu Bumiputera Malaysia Finance (BMF). Melalui 'macai-macai' medianya, UMNO cuba menggambarkan seolah-olah ianya adalah isu semasa yang masih 'fresh' (gambar atas). Hanya macai dan pendedak sahaja yang akan terpedaya dengan tajuk berita yang berstatus 'sampah' tanpa usul periksa. Macai dan pendedak pastinya merasakan angka 6.6 peratus cybertrooper UMNO yang didedahkan oleh Zahid sebelum ini hanyalah sekadar angka dengan hadirnya berita seperti di atas. Bagi generasi yang lahir sebelum tahun 80-an dan bebas dedak, mereka tidak perlu lagi memeriksa mana-mana sumber untuk mengetahui tentang isu BMF. Ingatan mereka sudah cukup untuk menghidu 'bau' berita 'sampah' ini. Manakala bagi generasi yang lahir pada tahun 80-an dan selepasnya tetapi bebas dedak pastinya bijak menggunakan teknologi yang wujud pada hari ini untuk mengakses maklumat berkenaan isu BMF.

Isu yang telah selesai pada tahun 1985 ini cuba disamakan oleh UMNO, macai dan pendedak dengan Skandal 1MDB. Walaupun nyata perbezaannya umpama langit dan bumi, namun 'macai' media UMNO seperti Berita Harian dan TV3 cuba 'memainkannya' agar dapat membina persepsi bahawa semua ahli politik sama sahaja dan tiada keperluan untuk 'menumbangkan' UMNO/BN pada PRU14. Isu atau kes  yang sebenarnya bermula pada tahun 1979 lagi (iaitu sebelum Tun M menjadi PM) telahpun disiasat, didakwa, diselesaikan dan diumumkan kepada rakyat. Sangat berbeza dengan Skandal 1MDB yang mana siasatan oleh PAC terhadapnya hanyalah satu sandiwara apabila laporan siasatan diklasifikasikan sebagai Rahsia Rasmi! Kes BMF juga telahpun dibentangkan kepada kabinet ketika era pentadbiran Tun M. Tambahan pula kes tersebut tidak menyebabkan negara 'melutut' kepada negara asing dan 'menyembah hina' untuk melangsaikan hutang atau kerugian.


Perhatikan tajuk berita seperti dalam gambar di atas. Ianya bagaikan menggambarkan yang TV3 adalah ketua 'macai' bagi media UMNO manakala Berita Harian (BH) sebagai penyokong. Keterangan mengikut keadaan menunjukkan skandal itu turut membabitkan pentadbiran Dr Mahathir. Sebagai bank yang dimiliki kerajaan, Bank Bumi dikawal Kementerian Kewangan serta Bank Negara dan sebarang keputusan penting perlu mendapat kebenaran kedua-dua pihak. Itu antara ulasan atau laporan berita oleh BH berhubung pendedahan oleh CIA. BH menambah bahawa dokumen itu, bagaimanapun, tidak mengaitkan Dr Mahathir dan BMF secara terus, namun kedudukan politik beliau sebaik mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada tahun 1981, dicemari oleh skandal terbabit. Mungkin BH agak khuatir bakal berdepan tindakan saman oleh CIA jika terlalu 'mengspin' dokumen tersebut. Almaklum dah nak bangkrap kot!

Mari kita perhatikan beberapa 'perkataan' penting dalam pendedahan tersebut. 'Keterangan mengikut keadaan'. Menunjukkan bahawa kebarangkalian bukti untuk mengaitkan Tun M dengan kes tersebut hanyalah 50-50. Bukan bukti sahih! Situasi ini konsisten dengan tindakan Tun M mengarahkan kes BMF disiasat dan dibawa ke muka pengadilan. Berani kerana benar! Bukan seperti Najib 1MDB, 'Nothing's to Hide' tapi asyik melarikan diri daripada menyelesaikan skandal tersebut dengan membuat penafian berbentuk auta dan menghalang ia daripada disiasat secara terbuka! Seterusnya, 'tidak mengaitkan Tun M dan BMF secara terus'. Pernyataan ini konsisten dengan kenyataan Tun M pada era itu yang menegaskan kes dan kerugian BMF adalah melibatkan pihak bank berkenaan bukannya kerajaan atau rakyat. Berbeza dengan 1MDB seperti mana yang termaktub dalam Laporan DOJ, nama MO1 disebut sebanyak lebih 30 kali dalam laporan tersebut yang jelas menunjukkan kaitan langsung Mo1 dengan 1MDB! Dan siapakah yang kini menanggung bahana hutang 1MDB? Rakyat!


Berbeza dengan nada BH, TV3 menyatakan dengan lantang bahawa CIA mendakwa mempunyai bukti pembabitan Tun M dalam kes BMF. Hmm...memang kaya benar TV3 ni. Tak takut kena saman atau aset kena bom oleh CIA? Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat, CIA mendakwa wujud bukti pembabitan Tun Doktor Mahathir Mohamad dalam skandal Bank Bumiputra atau Bumiputra Malaysia Finance Limited BMF, semasa pentadbiran-nya. Itu laporan TV3 yang disiarkan dalam Facebook Buletin TV3. Sudah-sudahlah 'spin' cerita tu wahai TV3. CIA tak 'mentioned' pun dalam pendedahan tu yang mereka punyai bukti pembabitan Tun M. Engkau fikir engkau seorang sahaja yang boleh akses dokumen yang telah diklasifikasikan semula itu? 'Macai-macai' media yang lain takdalah sebangang TV3 yang gian sangat tukar perkataan 'tidak mengaitkan' kepada 'dakwa ada bukti'. Media lapuk yang dikuasai oleh parti yang sudah lapuk ternyata hanya membawa isu yang lapuk! Masih mahu memberi kemenangan pada PRU14 kepada puak-puak yang sudah lapuk? Wallahualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...