Ahad, 22 Januari 2017
Najib beri 'hadiah' istimewa kepada macai dan pendedak
Game Over! Mungkin itu tulisan yang paling sesuai dinukilkan pada pembungkus 'hadiah' yang Najib berikan kepada para macai dan pendedak hari ini. Pada hari ini juga para macai dan pendedak yang bertungkus lumus menyebar auta dan 'spin' cerita saban hari terutamanya berkenaan fitnah DAP menuntut jawatan TPM yang kononnya diungkapkan oleh Tun M, pastinya merasa seperti 'disimbah' dengan air kumbahan. Manakan tidak, dengan hanya satu serangan balas yang bersahaja daripada Tun M... 'big boss' macai dan pendedak 'tersadung' (gambar atas) dalam usaha menepis fakta yang Tun M kemukakan. 2 hari lalu Tun M dalam catatan blognya menulis bahawa MCA pernah menuntut jawatan TPM pada 2009. Catatan tersebut ternyata membuatkan Najib menggelabah dan tergesa-gesa menepis sehinggakan mendedahkan autanya sekali lagi. Tergesa-gesa berikan jawaban Pak Najib untuk menyahut seruan Bhai KJ kah (setiap isu yang ditimbulkan pembangkang mesti dijawab dalam masa sekurang-kurangnya 2 hari)?
Mengapa tidak biarkan MCA sendiri yang menjawab fakta yang Tun M berikan? Takut MCA jujur dalam memberikan maklumbalas atau jawaban? Penafian Najib ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Jika RM2.6 billion ringgit dan RM42 juta ringgit pun dia boleh nafikan apatah lagi jika sekadar tuntutan MCA itu. Walaupun laman sesawang Jabatan Penerangan turut menyiarkan tuntutan tersebut pada April 2009, ternyata tiada dikalangan penasihat Najib yang prihatin dengan perkara itu sehinggakan Najib terjebak sekali lagi dalam penafian yang berbentuk auta semata! Tuntutan MCA pada 2009 itu atas dasar untuk mencerminkan 'perkongsian kuasa sebenar'. Hmm...sedar tak sedar dah 8 tahun tuntutan MCA tu berlalu. Mungkin MCA pun dah disumbat dengan 'dedak'. Tu pasal dah tak bunyi lagi pasal pekara ni kot. Kalau bunyi pun mungkin dalam bentuk penafian juga. Almaklum bapa (UMNO) borek anak (MCA) rintik!
"Sejak saya jadi Perdana Menteri, MCA tidak pernah minta jawatan Timbalan Perdana Menteri. Saya menafikannya dan meminta MCA juga membuat penafian tersebut. MCA dapat jawatan tiga menteri pun mereka sudah ucap terima kasih." Itu kata-kata Najib selepas merasmikan Majlis Ulang Tahun Ke-60 Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia di Telok Kemang, Negeri Sembilan. Meminta MCA buat penafian? Macam satu arahan sahaja tu Pak Najib? Pastinya MCA akan mengangguk sahaja demi kelangsungan hidup politik parti tersebut. Sekali berbohong selamanya akan berbohong! Itulah Najib Razak. 'Hadiah' istimewa Najib ini pastinya akan membuatkan para macai dan pendedak berfikir setidaknya untuk beberapa saat sama ada mahu terus berauta dan menambah dosa bersama Najib atau kembali ke pangkal jalan. Kepada para macai dan pendedak ingatlah menolak kebenaran itu bermakna sombong. Dan Allah swt sangat bencikan orang yang sombong.
Dan bagi Najib sendiri, berbohong itu bukanlah suatu perkara yang sukar. Demi kekal berkuasa matlamat menghalalkan cara. Andai kata-kata 'saya tidak mengenali Zahid Hamidi dan dia bukan Timbalan Perdana Menteri' mampu menjamin kemenangan pada PRU14 nanti...penulis percaya Najib akan mengeluarkan kenyataan seperti itu juga. Selain daripada falsafah 'Cash is King', ternyata auta/bohong adalah satu lagi 'senjata' yang Najib gunakan untuk mengekalkan sokongan ahli UMNO, macai dan pendedak kepadanya. Tetapi harus diingat wahai Pak Najib, di zaman yang penuh teknologi ini sumber maklumat adalah pelbagai. Rkyat tidak lagi mengharapkan TV3, Berita Harian dan Utusan semata-mata untuk memperolehi akses kepada suatu maklumat kecuali macai dan pendedak. 'Hadiah' istimewa Najib ini mungkin juga akan menambahkan lagi auta para macai dan pendedak. Almaklum menyahut seruan kepimpinan melalui teladan!
Dalam pada itu marilah sama-sama kita imbas kembali apa yang diperkatakan oleh Loke Yuen Yow berkenaan tuntutan MCA pada 3 April 2009. Loke ketika itu adalah Timbalan Setiausaha Agung MCA. Renungkanlah:
Jika diberi jawatan seperti dituntut, presiden MCA boleh, dalam kapasitinya sebagai anggota kabinet, membantu menggariskan dasar yang lebih adil dan berfaedah kepada semua pihak, terutama masyarakat Cina dalam ekonomi dan pendidikan. Beliau juga menegaskan bahawa MCA telah mewakili perjuangan masyarakat Cina, untuk mencapai kemerdekaan negara, bersama Umno dan MIC pada 1957. Oleh itu, dalam proses pembinaan negara, sumbangan yang dihulurkan oleh MCA dan masyarakat Cina adalah amat banyak dan sangat besar. Pada masa yang sama, Loke mengulangi lagi desakan awal MCA bahawa presidennya mesti dilantik sebagai timbalan pengerusi Dewan Tertinggi BN. (Pelantikan) ini akan memanifestasikan senario sebenar perkongsian kuasa bawah pentadbiran Datuk Seri Najib. Sebagai seorang pemimpin yang bijak dan berpandangan jauh, Datuk Seri Najib perlu melihat peri pentingnya dan keperluan mewujudkan jawatan-jawatan timbalan perdana menteri Cina dan timbalan pengerusi Dewan Tertinggi BN - yang kedua-duanya dipegang oleh presiden MCA.
Hmm...sampai tuntut dua jawatan? Fikir-fikirkanlah. Wallahualam.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan