Sabtu, 7 Januari 2017

Sharir akui 'kepincangan' pengurusan FELDA?



Pengerusi FELDA yang baharu, Sharir Samad berkata FELDA akan diberi nafas baharu dan kembali pada peranan asal. Kenyataan Sharir ini disiarkan oleh BHOnline 7 Januari 2017. Hmm...dalam betul maksud kenyataan tu. Kenapa perlu diberi 'nafas baharu'? Nafas sebelum ini semput kah? Dan kembali pada peranan asal? Satu kenyataan yang mengundang pelbagai persoalan. Apakah sebelum ini ketika ia di bawah Pengurusan Isa Samad, FELDA telah 'melencong' dari peranannya? Pernyataan 'kembali pada peranan asal' ini sangat menarik perhatian. Ini kerana Sharir berkata kembali pada peranan asal bagi membolehkan warganya  menerima limpahan daripada hasil yang diusahakan. Adakah sebelum ini terutamanya di era FGV, warga FELDA tidak beroleh limpahan daripada hasil yang diusahakan? Bonus yang diterima warga FELDA sebelum ini dari mana datangnya? Hutang?.

Dalam kenyataan yang sama Sharir turut menambah bahawa matlamat yang kerajaan mahu iaitu mengembalikan semula keadaan dan kedudukan FELDA seperti dahulu, maknanya ada keyakinan, ketenteraman, keselesaan dan kesejahteraan bagi peneroka serta warga tanah rancangan. Kenyataan ini jelas satu tamparan hebat kepada auta Najib dan UMNO yang sebelum ini lantang menyatakan bahawa warga FELDA tidak akan terjejas oleh perubahan dalam FELDA seperti kewujudan FGV. Kenyataan ini juga seolah-olah mengesahkan kemusykilan atau persoalan yang selama ini disuarakan oleh pembangkang. Ternyata bahawa disebalik sandiwara Najib dan UMNO, warga FELDA tidak lagi yakin, tenteram, selesa dan sejahtera! Kenyataan Sharir ini juga jelas mendedahkan wajah hipokrit Najib dan UMNO selama ini. Jikalau FELDA sudah semput dan melencong daripada peranannya, apakah cerita sebenar disebalik pembelian Eagle Plantation?



Kenyataan Sharir yang paling menarik perhatian dan mempunyai makna yang tersembunyi ialah perubahan ini juga bagi menyelesaikan beberapa masalah, antaranya sistem yang mana hari ini ada pula beban hutang kepada peneroka, projek perumahan bagi generasi kedua yang belum didiami dan beberapa lagi program. Ada beban hutang? Dari mana datangnya hutang tu? FGV? Jadi, benarlah dakwaan pembangkang sebelum ini yang FGV diwujudkan hanya untuk mengumpul dana bagi PRU13? Alahai warga FELDA, jadi mangsa 'kencing' kleptokrat UMNO rupanya ya. Pakcik Makcik kat FELDA tu cepat-cepat check geran tanah tu. Jangan sampai gadai kat China pula. Sharir juga menyentuh tentang 'sistem'. Bukankah Najib pun berada dalam sistem itu Pak Sharir? Keluarkan kenyataan macam ni tak takut hilang jawatan kah Pak Sharir? Setahu penulis, FELDA ni berada di bawah 'kekuasaan' Perdana Menteri juga sebagai pihak yang sepatutnya paling memikul tanggungjawab terhadap FELDA!

Mungkinkah selepas ini kita akan mendengar tentang kebocoran rahsia FELDA? Sebagaimana alasan ketika rombakan kabinet, Najib juga menggunakan alasan yang sama untuk rombakan FELDA iaitu memperkukuh dan memantapkan kepimpinan! Sama tak bunyi alasan tu dengan rombakan kabinet? Rombakan ini bagaikan memberi gambaran bahawa ada sesuatu yang ingin ditutup oleh Najib dan UMNO. Ianya berlaku berkebetulan pula dengan pelbagai isu yang melibatkan FELDA/FGV yang tidak dapat disembunyikan lagi. Agak menarik untuk menantikan siapakah yang bakal menjadi 'korban' rombakan ini dipihak pengurusan. Mungkin rakyat khasnya warga FELDA berpeluang untuk mendengar 'cerita panas' jika ada individu dalam pengurusan yang digugurkan. Pencacai UMNO seringkali melabel mereka yang menyuarakan kepincangan 'pasukan' sebagai meroyan kerana hanya bersuara begitu setelah 'ditendang keluar' daripada 'pasukan'. Hakikatnya, mereka yang 'ditendang keluar' daripada pasukan adalah cukup profesional. Selagi berada dalam 'pasukan', saluran dalaman lah tempat meluahkan kebimbangan dan apabila berada diluar 'pasukan', tak kan nak guna saluran dalaman lagi. Ada faham wahai pencacai?



Kepada warga FELDA, fahamilah dengan mendalam kenyataan-kenyataan Sharir itu. Jangan biarkan diri anda terus diperbodohkan UMNO sehingga ke cicit! Jika ada limpahan daripada apa yang FELDA usahakan, terima sahaja. Itu hak anda. Tetapi tanamkan dalam diri untuk tidak lagi mengundi UMNO/BN pada PRU nanti! Enough is enough! Rombakan ini hanyalah sandiwara Najib dan UMNO untuk terus memperdayakan warga FELDA untuk terus mengundi UMNO/BN. Sharir sendiri secara tidak langsung telah mengakui bahawa FELDA sebelum ini telah melencong daripada peranannya. FELDA sepatutnya memperkayakan warga FELDA bukannya Najib, Isa atau UMNO! Ingatlah akan kata-kata  ini wahai warga FELDA, "Orang yang bijak tidak akan jatuh ke lubang yang sama berkali-kali'!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...