Khamis, 5 Januari 2017

Auta BR1M memasuki tahap 'GILA',timbulkan lebih banyak persoalan



"Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang tidak memiliki kereta boleh menggunakan bantuan berkenaan untuk membeli kereta Proton Iriz". Itulah antara kenyataan KSU Perbendaharaan, TS Irwan Serigar Abdullah (gambar atas) yang dimuatkan dalam MalaysiaKini 5 januari 2017. Kenyataan tersebut nyata mengejutkan dan mengundang pelbagai respon daripada netizen. Irwan menambah, kereta tersebut boleh digunakan untuk menjana pendapatan sebagai pemandu Uber atau Grabcar. Hmm...BR1M paling tinggi setakat ni RM1200, satu kenyataan yang berani dan penuh teka teki. Irwan juga berkata ia akan dilaksanakan tahun ini (guna BR1M untuk beli Iriz). Bagaimana RM1200 boleh digunakan untuk membeli sebuah kereta dengan harga sekitar RM40 000? Tanpa deposit atau rebat berpuluh ribu? Ansuran bulanan macam mana? Kenapa perlu galakkan rakyat untuk menjadi pemandu Uber atau Grabcar? Bukankah ekonomi negara kukuh?



Johari kata BR1M diberi untuk tampung GST. Khairy kata BR1M diberi untuk tampung kenaikan harga minyak. Kos barang sekolah naik pun tampung guna BR1M juga. Dan terkini guna beli kereta Proton Iriz. Berapa sebenarnya setiap penerima BR1M (yang tertinggi) dapat? RM1200 kah atau RM1.2 juta Pak Najib? Semua tampung guna BR1M. Yang tidak dapat BR1M macam mana? Sebenarnya kenyataan Irwan itu tidaklah mengejutkan. Ianya telah pun disentuh dalam bajet 2017 (gambar atas). Pada kadar RM1200, secara purata penerima menerima sebanyak RM100 setiap bulan untuk setahun. Dengan RM100 sebulan itulah UMNO mendesak rakyat khasnya penerima BR1M untuk menggunakan ia bagi menampung 1001 macam keperluan/kegunaan. Masihkah lagi rakyat tidak melihat auta baik hati disebalik BR1M? BR1M diberikan tetapi akan dibelanjakan untuk 1001 macam kos, siapakah yang untung sebenarnya? Tidakkah rakyat melihat bahawa mereka hanya menang menerima alah menderita?

Kenyataan terbaharu berkaitan BR1M jelas sekali adalah cubaan UMNO dan para pemakan dedaknya untuk menjerat rakyat ke dalam lembah hutang! Dah hobi Najib dan UMNO agaknya perkara hutang ni. Semua pihak ingin dipalit dengan hutang. Rakyat yang papa kedana pun dipujuk untuk berhutang. Tujuannya sudah tentu bukan untuk meningkatkan ekonomi rakyat terbabit tetapi menekan mereka secara berterusan agar bergantung harap pada UMNO semata-mata! Jika semua penerima BR1M menjadi pemandu Uber atau Grabcar, siapakah lagi yang akan menaikinya (penumpang)? Rakyat Bangla belaan Nazri Aziz? Dan mengapa mesti Iriz? Bukankah baru-baru ini Irwan Serigar sendiri menyatakan bahawa ekonomi negara adalah kukuh tetapi dipengaruhi pandangan negatif? Tidakkah usaha menggalakkan masyarakat menjadi pemandu Uber atau Grabcar akan lebih mengundang persepsi negatif terhadap ekonomi negara?



Tidakkah juga cadangan Irwan Siregar ini akan mengundang persoalan tentang masa depan projek mega seperti MRT? Untuk apa berbelanja berbillion ringgit dalam sektor pengangkutan awam jika berjuta Uber atau Grabcar yang beroperasi? Program atau projek pembangunan yang saling bercanggah tujuannya hanya menjelaskan satu perkara. Ianya bukan mengutamakan kebajikan atau keperluan rakyat sebaliknya hanya digunakan untuk memenuhkan poket dan kolam duit golongan kleptokrat UMNO! Irwan juga menyatakan bahawa 83.4 peratus responden dalam kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menyokong BR1M diteruskan. UMNO dan para pemakan dedaknya hanya mahir dengan angka yang melibatkan duit. Apakah pengertian jelas daripada 83.4 peratus itu? Pengertiannya ialah program atau projek UMNO Najib sedikit pun tidak mengubah kehidupan rakyat ke arah yang lebih positif. sebaliknya ia menjadikan kehidupan rakyat lebih hina dengan terus menjadi pengemis dan bergantung harap kepada BR1M!

Melayu mana yang hidup? Melayu Bugis (Najib) dan Melayu Jawa (Zahid) sahaja yang hidup wahai rakyat marhaen. Kerajaan sepatutnya membantu rakyat menjadi bangsa yang berdaya saing dan mampu berdiri di atas kaki sendiri bukannya bangsa yang melutut dan mengemis di negara sendiri! Kadar kemiskinan setiap tahun dicanang sebagai menurun tetapi pada masa yang sama jumlah penerima bantuan seperti BR1M meningkat saban tahun. Ekonomi kukuh dan rakyat semakin maju kah? Fikir-fikirkanlah auta baik hati disebalik BR1M...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...