Sabtu, 14 Januari 2017

Selepas TMJ, giliran UMNO Tebrau, Johor 'tegur' Annuar 'Panamera'


Setelah beberapa kali saling berbalas kenyataan antara Annuar 'Panamera' dengan TMJ, seakan kelihatan perkara itu tiada kesudahan. TMJ berlandaskan fakta manakala Annuar 'Panamera' berasaskan auta. Sikap Annuar 'Panamera' yang gemar mencampuri urusan JDT dan pada masa yang sama mengelak daripada menjawab setiap persoalan yang dikemukakan TMJ jelas menunjukkan siapakah sebenarnya yang 'tidak jujur'. Di kala ianya bagaikan akan berpanjangan, UMNO Bahagian Tebrau, Johor tampil dengan teguran agar Annuar 'Panamera' fokus kepada kerja parti. Teguran itu diluahkan oleh Ketua Pemuda bahagian berkenaan (gambar atas). Dalam teguran yang disiarkan oleh Sinar Online itu, Syahrin menyatakan yang isu berkaitan penajaan pasukan bolasepak Kelantan itu tidak menguntungkan UMNO malah akan memberi persepsi negatif kepada parti. Hmm... Tuan Syahrin, Bos tuan (Najib) yang paling membawa persepsi negatif tu tak nak tegur secara terbuka? Takut kena cantas?

Syahrin menambah, tindakan Annuar 'cari pasal' tidak menguntungkan UMNO dikala PRU14 semakin hampir. Sejak Annuar 'Panamera' mengintai sarang tebuan dan mendehem harimau yang sedang tidur, hampir setiap hari kita dihidangkan oleh para media dengan berita tentang Annuar 'Panamera' dan KAFA yang telah diabaikannya itu. Syahrin kata Annuar 'cari pasal'? Hai Syahrin nak mulakan perang saudara dalam UMNO kah? Adakah kenyataan Syahrin ini akan mengundang kenyataan balas daripada UMNO Kelantan khasnya UMNO Bahagian Ketereh? Bukankah Nazri Aziz sudah mengatakan mesti pertahankan ketua walaupun salah? Syahrin hanya Ketua Pemuda Bahagian manakala Annuar 'Panamera' adalah Ketua Penerangan UMNO. Nampaknya pilihan yang ada bagi Annuar 'Panamera' jika tidak ingin menjadi liabiliti kepada UMNO ialah mengakui kesalahannya ataupun meletak jawatan sebagai Ketua Penerangan UMNO!


Sementara itu, Annuar 'Panamera' sekali lagi menukar jawabannya berhubung isu penajaan bolasepak Kelantan (gambar atas). Jelas teguran UMNO Tebrau itu bagaikan menyiram air di daun keladi. Annuar 'Panamera' sekali lagi menyatakan yang UniKL dan anak syarikat MARA tidak pernah menaja TRW. Nada Annuar 'Panamera' kali ini lebih angkuh daripada yang sebelumnya. Mungkin kerana aktiviti memancingnya sudah selesai, maka auta dapat disediakan dengan lebih baik. Dalam kenyataannya yang disiarkan oleh BH Online, Annuar 'Panamera' berkata, "Bayangkan bajet Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) adalah RM16 juta setiap tahun, manakala syarikat yang membeli pakej berkenaan hanya RM300,000, adakah ia boleh dipanggil sebagai penaja?". Hmm... kalau bajet tahunan juta-juta apasal isu gaji pemain Kelantan tak settle lagi? Hutang kat FAM bila nak bayar? Bajet tahunan RM16 juta tapi hutang RM400 000 ngan FAM pun tak mampu bayar?

Inilah dia pemimpin UMNO. Walaupun sudah terang lagikan bersuluh namun tetap juga menegakkan benang yang basah! Tidak hairanlah mereka masih setia bersama kleptokrasi dan oxymoron Najib. Berlagak pandai dalam semua perkara walaupun hakikatnya adalah sebaliknya. Tiada siapa yang sempurna wahai Pak Panamera. Akui sahaja kesilapan tu. Mohon maaf dan move on! Dalam bolasepak biasanya penaja bukannya tunggal Pak Panamera. Yang tunggal hanyalah penaja utama manakala yang lain dikira sebagai penaja bersama atau tambahan. Patutlah P26 Ketereh tu sunyi jak, tak dengar apa pun pembangunan yang Pak Panamera dah buat kat sana. 'Penaja' pun tak faham? Macam mana Annuar 'Panamera' boleh dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO? Tajaan pun dia tak reti nak terangkan. Bersaralah daripada politik dan pergilah bermain dengan cucu wahai Pak Panamera. Kalaupun masih juga nak berpolitik, fokuskan sahaja Ketereh tu. majoriti 974 undi pada PRU13 bukannya banyak sangat sehinggakan Pak Panamera boleh duduk selesa!



Adakah kenyataan terbaharu Annuar 'Panamera' itu adalah percubaan terakhirnya untuk mempertahankan putar belitnya? Atau adakah teguran UMNO Tebrau (gambar atas) tidak diendahkan oleh Annuar 'Panamera'? Johor adalah antara 'fixed deposit' UMNO/BN setiap kali PRU. Berbalah dengan TMJ yang mempunyai pengaruh yang kuat dikalangan rakyat Johor pastinya bukan pilihan bijak bagi UMNO yang semakin 'membusuk' setiap hari. Putar belit Annuar 'Panamera' pastinya menambahkan lagi tekanan kepada UMNO yang sudah pun terbeban oleh kleptokrasi dan oxymoron 'big bossnya' serta popularitinya sebagai wadah perjuangan Melayu/Bumiputera mula diambil alih oleh PPBM (Semenanjung) dan Warisan (Sabah). Dengan ramai penganalisis politik menjangkakan pengundi muda bakal jadi penentu pada PRU14, tindak tanduk Annuar 'Panamera' pastinya sangat menjengkelkan golongan pengundi muda tersebut.

Apakah kesan daripada teguran Syahrin terhadap Annuar 'Panamera' dan karier politik keduanya amat menarik untuk diikuti. Annuar akan dianggap sebagai liabiliti oleh UMNO ataupun Syahrin akan menerima padah? Wallahualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...