Jumaat, 13 Januari 2017

Najib hina penerima BR1M?


Najib menghina penerima BR1M? Itulah persoalan yang timbul apabila Najib mengeluarkan kenyataan menggesa rakyat agar memikirkan cara untuk menambah pendapatan, bukan bergantung sepenuhnya kepada kerajaan (gambar atas). Dalam keegoan Najib dan para Menteri Pasola setiap hari mencanang bahawa ekonomi negara adalah baik, tiba-tiba Najib mengeluarkan kenyataan sedemikian. Hmm...bunyi macam kerajaan dah tak mampu nak suap rakyat Pak Najib. Bukankah dah banyak pihak terutamanya Tun M dah mengingatkan Pak Najib agar jangan memberikan 'ikan' kepada rakyat sebaliknya berikan 'pancing' agar rakyat boleh mendapatkan 'ikan' sendiri? Kenyataan sebegini seolah-olah memberi gambaran yang kerajaan sudah tidak mampu untuk menyuap rakyat lagi. Nada keluhan/gesaan Najib ini selari dengan berita terbaharu tentang penyusutan rizab negara. Atau adakah keluhan/gesaan Najib ini diluahkan kerana dengan susutnya kewangan kerajaan maka semakin kuranglah harta atau duit rakyat dan negara yang Najib boleh 'rembat'?

Bukankah China masih ada wahai Pak Najib? Mengapa tidak tambah lagi perjanjian pelaburan dengan negara Tembok Besar itu agar rakyat boleh terus diberikan 'ikan'? Tanah dah habis untuk digadaikan? Atau oleh kerana Pak Najib sudah berjaya mendapatkan 'Pak Sanggup' bagi melunaskan hutang-hutang 1MDB maka sekarang masanya pula untuk menjadikan rakyat sebagai 'Pak Sanggup' untuk hutang-hutang negara? Kenyataan Najib ini bagaikan satu petanda yang hutang-hutang negara sudah kian tidak tertahan perinya. Manakan tidak ianya sudah hampir mencecah trillion ringgit. Adakah ini juga satu gambaran yang BR1M tidak akan diteruskan pada masa yang akan datang? Akan meroyanlah para 'pemuja' BR1M andai itu yang terjadi. Tak takut undi beralih arah kah Pak Najib? Itulah akibatnya jika melupakan peribahasa 'Sayangkan Isteri Tinggal-Tinggalkan, Sayangkan Anak Tangan-Tangankan'!


Tafsirlah sedalamnya kata-kata Najib dalam gambar di atas wahai rakyat sekalian khasnya kepada para 'pemuja' BR1M. Apakah yang anda telah usahakan sehinggakan BR1M itu datang bergolek kepada anda? Undi UMNO/BN? Kenyataan ini juga bagaikan memberi gambaran yang Najib tidak akan melakukan sesuatu secara percuma. Mesti ada imbalan! Jadi salahkah apabila Tun M menyatakan yang BR1M itu satu rasuah? Kepada para 'pemuja' BR1M renungkanlah hadis ini, "Daripada Abu Hurairah berkata, Rasulullah S.A.W bersabda: Allah melaknat mereka yang memberi rasuah dan penerima rasuah dalam penetapan keputusan". BR1M adalah manifestasi kepada laungan UMNO selama ini iaitu 'tanpa UMNO Melayu akan merempat'! Petikan kata-kata Najib dalam gambar di atas adalah penghinaan berganda kepada para 'pemuja' BR1M. Jika benar BR1M itu bukan satu rasuah bagi diri anda, buktikannya dengan menolak UMNO/BN pada PRU14 nanti!

Kata-kata Najib dalam gambar di atas juga mempunyai makna yang tersirat yang menggambarkan dirinya. Kita telah mengetahui bagaimana Najib menganggap hutang itu sebagai satu pelaburan. Dan pelaburan berkait rapat dengan rezeki. Bertepatan dengan kata-katanya sendiri itu, maka ia secara tidak langsung memberikan jawaban mengapa Najib membawa rakyat dan negara ke arah berhutang berbillion ringgit dengan China. Ianya kerana Najib inginkan sesuatu dan dia telah berusaha! Walaupun usahanya itu adalah dalam bentuk hutang. Jadi, jika Najib sanggup membuatkan rakyat dan negara berhutang...adakah salah jika rakyat pula bergantung sepenuhnya kepada kerajaan? Lagipun bukankah kebergantungan sepenuhnya rakyat kepada kerajaan adalah yang diinginkan Najib? Najib sentiasa inginkan kelihatan seperti juara rakyat dan para 'pemuja' BR1M pula sentiasa inginkan rezeki yang datang bergolek.


Dalam pada itu, Najib menasihati rakyat negara ini agar bangkit dan berusaha ke arah mempertingkatkan prestasi diri sendiri? Apakah selama ini rakyat tidak bangkit dan berusaha? Ya, selama ini rakyat hanya hidup dalam khayalan! Hanya menantikan detik tibanya BR1M! Apakah yang telah mereka lakukan dengan BR1M yang mereka terima? Kehidupan mereka meningkat atau saban tahun menjadi penerima BR1M? Tidakkah rakyat khasnya para 'pemuja' BR1M melihat keangkuhan Najib dalam kenyataan seperti gambar di atas? Kenyataan Najib itu seolah-olah menggambarkan yang selama ini Najib dan UMNOlah yang mempertingkatkan prestasi rakyat. Penghinaan apakah lagi yang dinantikan rakyat sebelum bertindak menumbangkan UMNO/BN? Usah menantikan PRU14, anda mampu menumbangkan UMNO/BN secara psikologi sekarang dengan meninggalkan parti UMNO/BN! Sahutlah nasihat Najib itu dengan menolak UMNO/BN.

Kepada para 'pemuja' BR1M, ingatlah akan gesaan Najib itu. Fikir cara tambah pendapatan, bukan bergantung sepenuhnya kepada kerajaan! Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong! Wallahualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...