Detik 14 Januari 2017 akan kekal dalam lipatan sejarah politik Malaysia. Aura seorang insan yang sering menarik perhatian seantero dunia setiap kali menyampaikan ucapan satu ketika dahulu kembali bergema. Dalam usia yang hampir mencecah 92 tahun beliau masih mampu melontarkan ucapan yang menunjukkan keikhlasan perjuangannya demi rakyat dan negara. Dalam usia yang ramai berpendapat beliau sepatutnya sudah pun berehat daripada dunia politik, Tun M masih bersemangat walaupun tidak lagi segagah dikala usia muda. Kembalinya seorang negarawan ke medan perjuangan politik demi membela rakyat dan negara tercinta seringkali cuba disabotaj dengan pelbagai auta oleh pihak pemerintah dan para pencacainya. Media arus perdana seringkali digunakan oleh UMNO untuk menyebarkan dakyah bahawa perjuangan Tun M kali ini adalah bersifat berkepentingan peribadi. Manakala para pencacai UMNO akan menggunakan media sosial untuk mengulang tayang auta media arus perdana secara berulang-ulang tanpa kemampuan untuk menunjukkan bukti apabila diminta.
Gambar di atas yang menunjukkan petikan sebahagian daripada ucapan Tun M pada majlis Pelancaran Rasmi PPBM membuktikan betapa negarawan yang dilabel UMNO sebagai 'nyanyuk' ini masih mampu menggerunkan 'musuh'. PPBM yang pada awal penubuhannya dianggap UMNO sebagai bukan ancaman kini telah berubah status. Ucapan keramat seorang negarawan pada 14 Januari 2017 merubah pandangan lawan (UMNO) yang kian 'membusuk' dalam sekelip mata. UMNO yang sebelum ini lantang menyatakan bahawa PPBM akan berkubur di separuh jalan kini sedang menggeletar ketakutan. Kini mereka akan mengikuti rapat setiap perkembangan PPBM. Media pro UMNO berlumba-lumba memesongkan intipati ucapan Tun M. Tindakan yang jelas menandakan betapa Pelancaran Rasmi PPBM benar-benar mengejutkan UMNO dan para pencacainya. Mereka pastinya tidak menduga yang PPBM tetap mampu mendapat sokongan rakyat!
Khuatir 'dedak' tidak akan ditabur 'big boss' lagi, para pemimpin UMNO baik yang bertaraf Menteri, Menteri Besar mahupun hanya sebagai MP berebut-rebut mengeluarkan kenyataan (gambar atas) yang jelas terpesong daripada apa yang telah Tun M ucapkan. Mereka ni nonton kah juga Pelancaran Rasmi PPBM atau sekadar mendengar laporan daripada TV3 dan Berita Harian? Jika benar PPBM bukan ancaman kepada UMNO, yang sibuk berebut keluar kenyataan 'spin' tu apasal YB? Rata-rata YB ni adalah mereka yang educated. Kenapa ucapan dalam laras yang mudah dan menggunakan Bahasa Melayu pun masih tidak difahami mereka? Jawabannya adalah KETAKUTAN yang amat sangat! Mereka sedar apa yang ingin disampaikan oleh Tun M dan PPBM. Mereka sedar pertimbangan Tun M mengenai BR1M dalam ucapan beliau itu sangat jelas tidak memberi ruang kepada bantuan sebegitu untuk dijadikan rasuah bagi mendapatkan undi rakyat.
Pertimbangan Tun M mengenai BR1M dalam ucapan beliau semasa Pelancaran Rasmi PPBM jelas berbeza dengan pelaksanaan yang sedang dilakukan UMNO yang mana pengagihannya adalah melalui UMNO Bahagian sekaligus mengandungi 'bau-bau' rasuah. Kita kerap mendengar para agamawan/mufti pro UMNO berkata bahawa jika kita tidak jelas tentang sesuatu perkara atau tidak mempunyai kefahaman mengenainya adalah lebih baik tidak mengeluarkan kenyataan/fatwa berhubung perkara tersebut. Kepada pemimpin UMNO yang berebut-rebut 'spin' ucapan Tun M tu cepat-cepatlah dapatkan nasihat daripada agamawan anda khasnya daripada Harussani! Majoriti pemimpin UMNO yang berebut-rebut menunjukkan 'kebodohan' mereka itu mengumpamakan Tun M sebagai 'menjilat ludah sendiri'. Adakah mereka sedar yang mereka sedang dan selalu 'menjilat kahak' Najib? Demi 'dedak' para YB tersebut sanggup 'menjilat kahak' orang lain! Nauzubillahiminzalik.
Pelbagai akhbar memberikan liputan terhadap tajuk berita yang sama adalah perkara yang normal. Tetapi, jika suatu akhbar yang memberi pelbagai liputan (sumber kenyataan sahaja yang berbeza) berhubung isu yang sama ianya memberi petanda yang tidak baik. Adakah akhbar tersebut sudah kekeringan bahan berita? Atau membuat liputan dalam keterpaksaan demi kelangsungan hidup syarikat? Jika berani dan benar-benar telus, penulis mencabar akhbar tersebut untuk memuatkan ucapan penuh Tun M dalam siaran mereka agar para pemimpin UMNO dan pencacainya dapat membacanya daripada sumber 'pujaan' mereka! Percayalah wahai UMNO dan para pencacai, anda sedang 'menghitung' hari-hari terakhir sebagai pemerintah. Kemarahan rakyat akan meledak pada PRU14 nanti! Kemunculan rasmi PPBM menjadikan misi menambah 30 kerusi parlimen lagi ke dalam blok pembangkang untuk menukar pemerintah secara sah hanya menunggu 'wisel' pembubaran parlimen!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan