Sabtu, 7 Januari 2017

PPBM sudah bersedia sepenuhnya


Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) terus menimbulkan kegusaran kepada UMNO. Pelbagai serangan yang dilontarkan UMNO langsung gagal merencatkan perjuangan PPBM. Dan kini, PPBM sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi PRU14. Hanya tujuh hari jarak yang memisahkan PPBM dengan Majlis Pelancaran Rasmi parti tersebut (gambar atas). Majlis Pelancaran Rasmi ini pastinya memberi gambaran bahawa PPBM hanya menantikan detik  Najib membubarkan Parlimen sebelum meledakkan auranya pada PRU14. Auta dan dedak UMNO gagal menghalang rakyat daripada terus berduyun-duyun menyertai PPBM. Cybertrooper dan keyboard warriors Ahmad Maslan juga hanya mampu melihat semakin hari nama PPBM semakin melekat di hati rakyat. TV3 yang merupakan rakan subahat UMNO pun gagal menenggelamkan aura PPBM sekalipun sepanjang masa mencanang bahawa Buletin Utama ditonton oleh 2 juta penonton.

Detik 14 Januari 2017 pastinya akan menjadi igauan buruk kepada UMNO. Manakan tidak, kewujudan PPBM memberikan alternatif kepada masyarakat Melayu untuk berjuang dalam politik mahupun menjadikannya sebagai saluran untuk memperjuangkan hak serta kepentingan mereka. Orang Melayu yang selama ini dimomokkan dengan auta bahawa mereka akan merempat jika UMNO tumbang, kini tidak lagi perlu risau. PPBM sudah lebih daripada bersedia untuk menggantikan UMNO sebagai parti yang mewakili suara orang Melayu. PPBM juga awal-awal lagi sudah meredakan sebarang kebimbangan (jika ada) masyarakat lain tentang hak-hak mereka dengan menawarkan keahlian berstatus 'bersekutu'. Keadaan ini menggambarkan bahawa dalam memperjuangkan kepentingan masyarakat Melayu, PPBM tidak akan menganak tirikan masyarakat lain.


Menuju detik 14 Januari 2017, berita dan suasana seperti gambar di atas pastinya bukanlah perkara yang ingin didengar Najib dan UMNO. Jika di Sabah, Parti Warisan semakin hari semakin meraih sokongan rakyat dan menyaksikan ribuan ahli UMNO menyertai parti tersebut, di Semenanjung, PPBM mencetak skrip yang sama. Hari demi hari sokongan rakyat semakin menggunung. UMNO pastinya makin terluka kerana situasi dalam gambar di atas berlaku di Selangor. Negeri yang sangat UMNO idamkan! UMNO tidak mampu menyerang PPBM dengan isu tiada pengalaman mentadbir negara atau negeri kerana kepimpinan PPBM pernah berada di dalam jentera kerajaan tetapi memilih untuk tidak lagi bersekongkol dengan kemungkaran yang UMNO lakukan. Situasi seperti dalam gambar di atas pastinya tidak mendapat liputan TV3 kerana jika mereka melakukannya ianya sama seperti meyimbah asid ke luka yang berdarah.

Jiwa besar kepimpinan PPBM lebih terserlah berbanding dengan jiwa besar Najib yang penuh kepuraan. Kesudian kepimpinan PPBM melupakan sengketa lama dengan DAP, PKR dan Amanah (sewaktu mereka berada dalam PAS) demi kepentingan rakyat jelas menunjukkan betapa perjuangan PPBM adalah berteraskan keperluan semasa. Sekaligus menunjukkan kepada UMNO siapakah sebenarnya yang tidak lagi relevan. PPBM juga membuktikan perjuangan yang ikhlas kerana rakyat tidak memerlukan hamburan wang ringgit dan intan permata untuk meraih sokongan. Sebaliknya berhujah menggunakan fakta dan kejujuran lebih berkesan berbanding auta dan wang ringgit. PPBM juga berjaya membuktikan tanpa media arus perdana seperti TV3, Berita Harian dan Utusan, perjuangan demi rakyat, negara dan agama tidak akan berkubur atau terhenti separuh jalan! Media sosial digunakan dengan efektif selain daripada program turun padang tanpa henti untuk menginsafkan rakyat.


Keikhlasan dalam memperjuangkan kepentingan rakyat tidak memerlukan wang ringgit atau populariti sebagai habuan. Seringkali kita mendengar ungkapan bahawa sekeping gambar mampu menceritakan seribu makna. Perhatikanlah dua gambar di atas. Kepimpinan parti manakah yang sebenarnya ikhlas merasai denyut nadi rakyat dan mendampingi rakyat...yang turun tanpa liputan media atau yang turun dengan liputan media dan bergambar bersama rakan media sosial yang terpilih sahaja? Gambar di atas sudah lebih daripada cukup untuk menceritakan tujuan perjuangan kedua-dua parti. PPBM jelas berjuang demi rakyat manakala UMNO berjuang demi kuasa, populariti dan kemewahan golongan kleptokrat. Detik 14 Januari 2017 akan menjadi titik tolak 'Tsunami Melayu' menuju PRU14. Wahai rakyat sekalian, marilah kita bersama Bersatu, Beramanah, Bermaruah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...