Jumaat, 6 Januari 2017
Ugutan Azalina bukti UMNO kian terdesak
Tindakan tegas perlu diambil terhadap penjawat awam atau bekas penjawat awam yang cuba menggunakan kedudukan mereka untuk membuat kenyataan atau berkelakuan yang boleh mendatangkan fitnah sekaligus memberi persepsi buruk terhadap kerajaan. Itu antara kenyataan Azalina Othman yang disiarkan BHOnline pada 4 Januari 2017. Azalina juga memperingatkan penjawat awam dalam nada ugutan tentang Peraturan-Peraturan Penjawat Awam 1993 dan Akta Rahsia Rasmi 1972. Kenapa nak ugut penjawat awam, dah goyang kah? Rasanya Azalina dah lupa tafsiran undang-undang tentang fitnah. Mari kita lihat bersama penjelasan seorang peguam mengenai tafsiran fitnah dari aspek undang-undang:
Fitnah adalah pertuturan lisan (slander) ataupun percetakan bertulis (libel) terhadap sesepihak lain, kandungan pertuturan mahupun percetakan tersebut, yang mana adalah PALSU, TIDAK BENAR ataupun PENYELEWENGAN SALAH FAKTA, yang menjatuhkan martabat ataupun maruah pihak yang satu lagi, di khalayak MASYARAKAT UMUM yang BERFIKIRAN MUNASABAH.
- Haniff Khatri Abdulla
Malaysian Review
Berdasarkan tafsiran di atas, jelas sekali ianya merujuk kepada perkara auta seperti yang UMNO sering lakukan. Jika ianya memang fakta, tiada sebab untuk para penjawat awam merasa gentar dengan omongan Si Pemuja Pusat Judi Las Vegas itu. Layakkah seseorang yang mengalami masalah identiti bercakap soal intergriti? Apakah pula peruntukan undang-undang yang terpakai ke atas para Menteri yang menyebarkan auta untuk mengelirukan rakyat? Azalina mungkin sudah lupa kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Ku Nan berkenaan tindakan-tindakan Jamal Yunos. Ku Nan menegaskan bahawa UMNO tidak boleh mengambil tindakan ke atas Jamal kerana Jamal bertindak atas kapasiti sebagai NGO walaupun pada masa yang sama dia ialah ahli UMNO! Jadi, tidakkah Azalina terfikir bahawa semasa penjawat awam berkenaan mengeluarkan kenyataan yang didakwa sebagai fitnah, penjawat awam tersebut melakukannya bukan atas kapasiti sebagi penjawat awam tetapi sebagai rakyat biasa?
Sebenarnya, kenyataan Azalina itu bukanlah suatu yang mengejutkan. Sudah menjadi budaya UMNO menakut-nakutkan sesiapa sahaja yang tidak menyokong mereka. Wakil Rakyat daripada pembangkang pun seringkali ditekan dan diugut dengan pelbagai undang-undang. Inikan pula para penjawat awam. Intergriti Azalina sebagai menteri juga boleh dipersoalkan atas kenyataannya itu. Yang manakah yang lebih memberi atau mengundang persepsi negatif terhadap kerajaan, pendapat penjawat awam atau tindak tanduk para menteri? Adakah tindakan seorang menteri yang beragama Islam memasuki pusat perjudian (bukan atas sebab penguatkuasaan undang-undang) itu satu tindakan yang berintergriti? Sedarlah wahai Azalina, UMNO sudah tidak relevan lagi. Janganlah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menambah lagi liabiliti UMNO. Salahkah seorang penjawat awam meluahkan pendapat peribadinya atau bertanyakan soalan bagi mendapatkan penjelasan tentang suatu isu?
Ingatlah akan kata-kata TMJ wahai Azalina. Wakil rakyat berkhidmat untuk rakyat bukan untuk mengugut sesiapa. Bukan juga berkhidmat untuk UMNO semata-mata. Kalau benar ingin menepis persepsi negatif terhadap kerajaan, maka dedahkan kebenaran tentang Skandal 1MDB! Skandal tersebutlah yang menjadi induk segala persepsi negatif terhadap kerajaan pada hari ini. Menuding jari kepada pihak lain atas kesalahan sendiri memang sudah sebati dalam diri Azalina dan UMNO. Ugutan Azalina ini jelas menunjukkan betapa UMNO berada dalam situasi yang sangat terdesak untuk menunjukkan bahawa parti tersebut masih relevan. Tidakkah bercuti dan menyambut tahun baharu di luar negara dikala rakyat dihimpit pelbagai kesengsaraan itu lebih memberi persepsi negatif terhadap kerajaan? Nasihat penulis kepada Azalina, betulkan dulu identiti tu sebelum menegur intergriti pihak lain. Wallahualam.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan