Rabu, 18 Januari 2017

TN50 usaha Najib perdaya rakyat untuk 'move on' daripada Skandal 1MDB?


Hanya tinggal kurang daripada 48 jam sebelum Dialog Perdana TN50 mengambil tempatnya. Dasar yang diumumkan ketika Pembentangan Bajet 2017 mengundang pelbagai reaksi dan pandangan. Perbincangan di peringkat Kabinet mungkin telah lama berlaku sebelum itu. Tetapi pengumuman yang dibuat secara tiba-tiba ketika pembentangan bajet masih menimbulkan tanda tanya. Bukan mempersoalkan dasar yang telah diumumkan, sekadar ingin bertanya dan mengulas sedikit tentang apakah makna di sebalik TN50? Apakah TN50 satu bentuk pengakuan dalam nada kesipuan bahawa kebejatan yang Najib lakukan telah menggagalkan impian Wawasan 2020? Dan di manakah 'jiwa besar Sang juara PAU 2016' dalam merealisasikan Wawasan 2020? Mungkin sahaja para macai dan pendedak UMNO akan berkata, "susah sangatkah untuk berfikiran positif?" Ya memang sukar untuk berfikiran positif terhadap sebarang tindakan yang dilakukan oleh orang yang telah 'merembat' ratusan billion ringgit wang rakyat dan negara!

Jika melalui 1MDB yang bermodalkan hanya RM1 juta, 'Sang juara PAU 2016' mampu 'merembat' ratusan billion ringgit wang rakyat dan negara dalam masa beberapa tahun sahaja...fikirkan berapa ribu billion ringgit malah mungkin jutaan billion ringgit yang boleh dirembat oleh 'Sang juara PAU 2016' dalam tempoh 30 tahun TN50? Najib ajak rakyat sampaikan pandangan TN50 (gambar atas)? Hmm...rakyat mana yang diajaknya? Macai dan pendedak? Syok sendirilah jawabnya! Aspirasi rakyat ketika ini ialah penjelasan dan siasatan terbuka dan telus terhadap Skandal 1MDB. Skandal 1MDB lah pokok pangkal kecurangan demokrasi yang sedang berleluasa di negara yang tercinta ini. Ianya juga menjadi penyebab kepada parti pemerintah untuk meniupkan sentimen perkauman dan keagamaan demi mengekalkan usaha agar kisah sebenar Skandal 1MDB tidak didedahkan. Bagaimana mungkin laporan mengenai 1MDB diklasifikasikan sebagai Rahsia Rasmi jika benar 'Sang juara PAU 2016 is Nothing to Hide'?


Dalam pada itu, Najib akan menjadi moderator Dialog Perdana TN50? Khairy Jamaluddin dalam kenyataannya pada 14 Januari 2017 yang disiarkan oleh Sinar Online (gambar atas), menyatakan bahawa dialog tersebut membawa satu kelainan. Iaitu Perdana Menteri sendiri yang akan bertanyakan soalan kepada para peserta bukannya peserta yang bertanyakan soalan. Jangan mudah terpedaya! Auta berjiwa rakyat yang pastinya cuba dipamerkan ialah Najib mendengar luahan rakyat secara peribadi. Mengapa dalam soal GST dan 1MDB enggan bertanya kepada rakyat tentang apakah yang rakyat inginkan? Takut pecah tembelang? Mengapa perlu Najib yang bertanyakan soalan? Sudah tentu untuk mengawal hala tuju dialog dan pada masa yang sama mengelak daripada menjawab soalan-soalan yang mengaitkan dirinya dengan pelbagai skandal yang memalukan negara! Orang yang sentiasa melarikan diri sejauh mungkin daripada debat, menjadi moderator pula?

Kita telah kerap melihat bagaimana auta dan sandiwara UMNO sering berakhir dengan mendedahkan 'kebodohan' dan 'pembohongan' sesama mereka. Kenyataan Khairy pada 14 Januari 2017 itu secara tidak langsung mengesahkan sendiri apa yang telah penulis nukilkan dalam tajuk catatan kali ini. Khairy menyarankan agar wacana TN50 dimanfaatkan sebagai platform bagi membincangkan mengenai masalah negara pada masa 30 tahun akan datang kerana masalah hari ini boleh dibincangkan dalam forum lain. Nampak tak cubaan untuk 'move on' daripada 1MDB? Sementara itu, Najib dan para peserta disediakan 'mesin merentas masa'? Bagaimana mereka boleh tahu apakah masalah negara pada masa 30 tahun akan datang? Perbincangan itu kelak akan dipenuhi dengan pendapat yang berbentuk andaian dan kemungkinan. Sekaligus menjadikan kata-kata Annuar 'Panamera' yang berbunyi "hujah-hujah bodoh" layak ditujukan kepada Najib dan para peserta Dialog Perdana TN50.


Usaha kerajaan untuk memaksa rakyat melupakan Skandal 1MDB telah pun dinyatakan oleh Tok Pa secara tidak langsung (gambar atas). Dalam kenyataannya itu Tok Pa berkata, "Pada dasarnya kita perlu bergerak dan kita mempunyai keyakinan bahawa isu-isu yang timbul daripada 1MDB, pada satu tahap akan berada di belakang kita (tinggal kenangan/sejarah). Kami mempunyai pihak berkuasa untuk mengejar mereka yang bertanggungjawab menimbulkan huru hara." Hmm...jadi benarlah andaian penulis sebelum ini ya Tok Pa? Pihak yang berkenaan sedang menyiasat siapa yang mendedahkan 'pekung' 1MDB bukannya menyiasat salah laku dalam 1MDB! Apakah cara terbaik untuk membuatkan Skandal 1MDB menjadi isu yang lapuk? Sudah tentu perbincangan berpanjangan mengenai suatu dasar. Dan TN50 serta dialog-dialog berkaitan TN50 menyediakan ruang dan peluang untuk 'menguburkan' dan 'move on' daripada Skandal 1MDB! Wallahualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...