Orang selalu berkata, kepimpinan parti melambangkan keperibadian sesebuah parti politik. Di Malaysia, keperibadian sebuah parti yang telah lama memerintah digambarkan dengan begitu tepat melalui perlakuan Ketua Penerangannya. Dua kenyataan yang saling kontradiksi hanya dalam masa dua hari (gambar atas). Annuar menyanggah Annuar? Atau ada dua orang Annuar yang menjawat jawatan Ketua Penerangan UMNO pada masa yang sama? Itulah dia UMNO, buat penafian sekerasnya hatta menggunakan auta jika tiada jawaban berfakta yang mampu diberikan untuk menjawab suatu isu. Dan laungkan sekuatnya jika ada bukti yang menyokong suatu tindakan itu mengikut peraturan yang berkaitan. Selepas mengeluarkan penafian yang berapi-api, Annuar menukar nadanya apabila menyedari ada dokumen yang disertakan sebagai bukti untuk menuntut penjelasan daripadanya!
Annuar mungkin ingat kita masih hidup di zaman TV hitam putih. Zaman ketika pihak pemerintah diangkat sebagai serba tahu. Zaman tu dah lama berlalulah Pak Nuar. Ya mungkin tajaan terhadap Kelantan memang mengikut prosedur dan telus seperti kenyataan Pak Nuar dalam facebook. Tetapi ingat rakyat ni bodoh sangat kah? Ingat rakyat tak nampak apa masalah yang timbul daripada cerita tajaan bolasepak Kelantan tu? Konflik kepentingan wahai Pak Nuar! Annuar ketika itu adalah Presiden KAFA. Pada masa yang sama Annuar juga Pengerusi MARA. Mengulangi skrip 1MDB? Yang mana Perdana Menteri dan Menteri Kewangan adalah individu yang sama (Najib). Sudah-sudahlah perbodohkan rakyat tu Pak Nuar. Adalah lebih mulia jika Pak Nuar akui sahaja kesalahan yang telah dilakukan daripada terus berauta! Bak kata Harussani, gunakanlah baki hayat yang ada untuk beramal ibadah. Letaklah jawatan tu dan tinggalkan dunia politik! Bak kata Nazri Aziz, bermainlah dengan cucu.
Macai UMNO mungkin akan berhujah UniKL adalah syarikat swasta dan tiada sangkut paut dengan MARA sebagaimana yang cuba digambarkan oleh Annuar (gambar atas kiri). Dan macai mungkin juga akan berkata Annuar bukan pengerusi mesyuarat yang meluluskan tajaan UniKL dan Pelaburan MARA Berhad. Kalau ya pun nak backup dan berlagak pandai, janganlah sampai bangang tu nampak sangat wahai macai. Lihatlah gambar atas (kanan), tang mana Annuar takkan tahu mengenai tajaan itu? Dan tang mana konflik kepentingan tidak akan timbul? Dan kepada Pak Nuar jangan lupa kata-kata sendiri, 'jangan banyak buka mulut nanti termakan umpan/pancing'. Sebab bila termakan umpan Pak Nuar akan tersalah pendrive! Dah jelas sangat Pak Nuar ni ahli politik yang sudah tidak relevan lagi. Daripada terus menjadi liabiliti kepada parti dan berterusan pula memperbodohkan rakyat, sekali lagi penulis menggesa agar Pak Nuar bersara sahaja daripada arena politik!
Adakah pihak PDRM dan SPRM akan mengambil tindakan terhadap Annuar? Kita telah melihat bagaimana pantasnya PDRM memanggil MP Pembangkang selepas laporan dibuat ke atas mereka berhubung perbahasan tentang 1MDB di Parlimen. Adakah situasi yang sama akan dilakukan kepada Annuar selepas laporan polis yang dibuat oleh Armada Bersatu PPBM? Perbezaan kepantasan reaksi balas PDRM dan SPRM terhadap laporan oleh pihak pembangkang berbanding dengan laporan oleh pihak pemerintah sejak akhir-akhir ini mengundang persoalan adakah PDRM dan SPRM bertanggungjawab menjaga kepentingan negara atau kepentingan politik individu tertentu? Penulis percaya majoriti rakyat tidak pernah ragu tentang keupayaan PDRM dan SPRM menyelesaikan suatu kes. Yang menjadi persoalan hanyalah kepantasan reaksi balas mereka serta seksyen siasatan yang digunapakai jika laporan itu membabitkan ahli politik pihak pemerintah.
Apalagi cara UMNO berpolitik yang digambarkan melalui Annuar Musa selaku Ketua Penerangan UMNO? Sombong dan berlagak pandai dalam semua perkara! Rakyat dan pembangkang semua adalah bodoh di mata UMNO. Oleh kerana itu hujah-hujah atau soalan pihak terbabit akan dianggap sebagai 'hujah-hujah bodoh'. Petikan kata-kata Annuar dalam gambar di atas adalah responnya terhadap persoalan yang diajukan TMJ berhubung penajaan bolasepak Kelantan oleh UniKL dan Pelaburan MARA Berhad. Jika persoalan oleh TMJ (Putera Mahkota dan Educated) pun dianggap oleh Annuar sebagai hujah-hujah bodoh, fikirkanlah apakah pandangan Annuar dan UMNO terhadap rakyat yang sering mengadu tentang kesengsaraan hidup di era kleptokrasi Najib. Begitu banyak perkara yang jelas menunjukkan UMNO sedang dan akan memperbodohkan rakyat, mahukah lagi rakyat memperbodohkan diri sendiri dengan terus menyokong dan mengundi UMNO/BN pada PRU14? Ingatlah, seseorang yang tahu tentang suatu pembohongan tetapi memilih untuk mempercayainya adalah orang yang bodoh! Wallahualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan