Dalam usaha memulihkan imej dan meraih kepercayaan semula rakyat, SPRM giat menyiasat dan membuat tangkapan kes-kes yang berprofil tinggi. Terbaharu, seorang penjawat awam bertaraf Ketua Setiausaha (KSU) sebuah Kementerian dicekup. SPRM tentunya mengharapkan respon positif pelbagai pihak terhadap tangkapan seperti itu. Dan tentunya respon paling penting diharapkan datangnya daripada seorang yang berjawatan Perdana Menteri. Tetapi telah beberapa hari berlalu, kita tidak melihat atau membaca atau mendengar di mana-mana media terutamanya TV3 tentang ulasan Najib berhubung tangkapan terbaharu SPRM. Najib yang berbangga dengan jumlah pengikut twitternya yang seramai 3.2 juta (lebih separuh adalah 'fake account') yang kebiasaannya pantas menulis sesuatu pada facebook atau twitter, senyap sunyi ketika ini berhubung penangkapan KSU itu. Kita telah melihat betapa pantasnya Najib berfacebook atau bertwitter berkenaan gerhana, Manchester United, bertanyakan sudahkah anda undi Faiz Subri dan banyak lagi.
Najib yang 'berjiwa besar' dan 'seorang juara' seperti yang dilaungkannya semasa PAU2016, sehingga kini masih membisu berhubung kejayaan baharu SPRM. Hmm...kalau nak kata yang dia kepenatan selepas balik dari menghabiskan beratus ribu ringgit (malah mungkin jutaan) duit kerajaan dan rakyat dalam percutian tahun baharu di Australia, ada pula kita terbaca statusnya di facebook/twitter menceritakan tentang kucing baharu yang dimilikinya. Kucing lebih penting kah berbanding dengan menyokong kejayaan SPRM? Atau adakah cerita kucing itu satu sindiran kepada rakyat? Seperti kucing, bagi makan senyaplah dia. Rakyat Malaysia pula, bagi BR1M undi UMNO/BN lah dia. Seorang kleptokrat seperti Najib pastinya tidak akan memuat naik cerita tentang kucing jika ianya tidak mendatangkan keuntungan kepadanya. Apakah yang Najib cuba gambarkan dengan memuat naik/menulis cerita tentang kucing? Mari kita lihat bersama.
Media pro UMNO, para pencacainya dan Najib sendiri seringkali cuba menonjolkan imej Islamic pada dirinya (walaupun isterinya jelas tidak menutup aurat). Kita seringkali melihat media akan membuat liputan di kala Najib menjadi imam dalam suatu waktu solat, melaungkan wasatiyyah, mencontohi Khulafa al-Rasyidin dan terkini seringkali dengan takburnya berkata yang dia mencontohi junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Jadi apakah kaitannya dengan kucing? Jika kita membaca sirah Nabi, pastinya kita akan mengetahui bahawa haiwan peliharaan atau kesayangan Baginda ialah kucing. Najib yang memang bijak mengambil kesempatan dalam perkara agama pastinya mengharapkan rakyat Malaysia menerimanya sebagai pejuang Islam yang taat pada perintah Allah dan Sunnah Nabi. Lihat sahaja bagaimana dia berjaya mendapatkan sokongan beberapa orang mufti melalui sandiwara agamanya.
Selain itu, orang yang memelihara kucing seringkali digambarkan sebagai seorang yang penyayang. Gambaran seperti ini sudah tentu sangat diperlukan Najib. Imej penyayang perlu dipaparkan agar rakyat terpedaya sekaligus melupakan imejnya yang kleptokrat. Mengapa perlu begitu? Jawabannya, Najib mengharapkan rakyat akan melupakan Skandal 1MDB, FGV dan sebagainya yang melibatkan dirinya. Tetapi bagi rakyat yang bijaksana pastinya anda akan melihat perkara negatif disebalik cerita kucing Najib. Adakah kucing itu kucing murahan atau kucing kampung? Sudah tentu tidak. Manakan seorang 'juara' inginkan kucing murahan. Jadi dimanakah wasatiyyah Najib? Rakyat terus digesa agar memilih barangan atau apa jua yang kosnya murah sedangkan pada masa yang sama Najib berterusan memburu dan memiliki barangan atau perkara yang mahal. Itukah maksud wasatiyyah wahai Najib? 'Low class' semuanya untuk rakyat sementara 'all well done/fantastic/awesome' untuk Najib!
Najib Perdana Menteri untuk rakyat atau kucing? Fikir-fikirkanlah.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan