Rabu, 4 Januari 2017

Bila otak penuh dedak



Pendakwaan SRC tidak dibuat sebab tiada kes. Itulah kenyataan Menteri Pasola UMNO, Rahman Dahlan (gambar atas) yang disiarkan beberapa media. Rahman menyatakan bahawa Peguam Negara diberi kuasa untuk memutuskan sama ada mendakwa atau tidak untuk mengelakkan mana-mana pihak menyalahgunakan kuasa mereka. Hmm...mungkin Rahman ingat rakyat Malaysia ni semuanya pemakan dedak yang hanya mengiyakan setiap kenyataan para Menteri Pasola. Kepelbagaian medium yang boleh digunakan untuk mengakses sebarang maklumat membolehkan rakyat mengetahui bahawa Peguam Negara, Apandi Ali adalah bekas Bendahari UMNO Kelantan! UMNO Najib dan bongok memang secocok. Sentiasa mempertahankan ketua walaupun salah. Bagaimana Rahman ingin menepis persoalan bahawa Peguam Negara itulah sebenarnya yang menyalahgunakan kuasa bukannya SPRM?

Dalam keghairahan mempertahankan Najib dan Apandi, Rahman terlupa bahawa Apandi dilantik menduduki jawatan Peguam Negara oleh Najib. Najib tegar melantik orang yang tidak mengiyakan setiap kemahuannya? Sudah-sudahlah mengampu tu Rahman, Kota Belud banjir kilat engkau diam membisu! Kemungkaran Najib dibongkar, engkau lantang menyalak! Mana mungkin ada pemisahan kuasa lagi di era Najib, lebih-lebih lagi jika siasatan itu bersangkut paut dengan MO1 itu sendiri. Jika benar tiada kes, mengapa Najib tidak bertindak menyaman SPRM atau Bahri M.Zain? Jika benar Najib memang tidak tahu siapa yang masukkan dana SRC ke dalam akaunnya, bukankah elok jika Siasatan SRC diteruskan bagi membongkar pihak yang bertanggungjawab memasukkan dana itu? Dan jika benar tiada kes, mengapa Bahri dan Pasukan BOK SPRM pernah disoalsiasat polis berhubung kebocoran maklumat siasatan SRC dikala siasatan oleh Pasukan itu masih berjalan?

"Hanya kerana Peguam Negara tidak bersetuju dengan rumusan beliau, tidak bermakna Peguam Negara telah melakukan kesalahan dan tidak mempunyai integriti". Itu antara kata-kata Rahman yang difokuskan media pro UMNO. Kenyataan ini juga bermakna hanya kerana Peguam Negara memutuskan tiada kes, tidak bermakna Najib tidak bersalah. Bukan gitu Rahman? Jadi seharusnya SPRM di bawah kepimpinan baharu dibenarkan membuka kembali fail siasatan SRC. Ada berani Rahman? Dan seperti kenyataan Rahman, jika penyiasat dan pendakwa mempunyai niat jahat...hakim boleh menghalangnya di bawah doktrin pengasingan kuasa. Jadi mengapa takut dan berhempas pulas menghalang agar kes SRC tidak dibawa ke mahkamah? Mungkin selepas mengeluarkan kenyataan, Rahman terbayang bahawa dia telah mengeluarkan fakta tanpa menyedari bahawa yang terpapar adalah auta semata!



SPRM bukanlah agensi yang tidak berintegriti atau tidak kompeten. Tetapi kewujudan manusia pemakan dedak seperti Rahman Dahlan dan Apandi yang merosakkan fungsi agensi seperti SPRM. Dunia pun mengiktiraf SPRM sebagai antara agensi anti rasuah terbaik dunia. Mana mungkin mereka dapat menemui RM42 juta dana SRC dalam akaun Najib jika memang tidak kompeten. Jika benar Najib tidak bersalah sudah tentu Gani Patail tidak akan diberhentikan. Rakyat tahu wahai Rahman yang alasan pemecatan Gani Patail itu hanyalah rekaan semata. Mana mungkin Gani Patail boleh diterima sebagai Pengamal Peguambela dan Peguamcara jika memang beliau tidak sihat. Kenyataan-kenyataan Rahman sebenarnya adalah sekadar untuk mencapai KPInya sebagai Pengarah Komunikasi Strategik BN. Ingatlah wahai Rahman, sekali anda berbohong selamanya anda akan berbohong untuk menutup pembohongan yang pertama. Melainkan jika anda taubat nasuha!

Iya ketika ini Rahman mungkin sedang tergelak kerana kuasa pemerintahan berada di tangan UMNO. Dan UMNO is untouchable ketika ini kerana undang-undang sarang labah-labah sedang berleluasa di era Najib. Ingatlah PRU14 semakin menghampiri. Rakyat akan meledakkan kebencian mereka pada saat itu! Orang seperti Rahman sangat beruntung mempunyai rakyat seperti penduduk Malaysia. Biarpun marah membara namun tidak memilih untuk mengubah pemerintahan melalui rusuhan, sekadar berhimpun secara aman. Orang seperti Rahman mengambil kesempatan di atas sikap baik hati rakyat Malaysia dengan menyebarkan auta tanpa henti. Sedarlah wahai Rahman, otakmu telah penuh dedak. Jangan sampai tersedak hingga tidak bergerak!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...