Khamis, 19 Januari 2017

'Kebodohan' dan 'hati busuk' UMNO terdedah lagi dek Tun M


Saban hari hakikat bahawa aura ucapan Tun M masih berbisa dan menggentarkan lawannya tidak dapat disangkal lagi. Hatta UMNO yang suatu ketika memperlekeh kewujudan PPBM kini tidak dapat tidur lena. Setiap bait ucapan Tun M diteliti untuk mencari ruang 'mengspin' berita. Jika pada Pelancaran Rasmi PPBM pada 14 Januari 2017, UMNO menggunakan macai bertaraf korporat televisyen (TV3) untuk 'spin' cerita, kali ini macai bertaraf syarikat akhbar Berita Harian pula memainkan peranan itu. Ucapan Tun M ketika Bicara Rakyat Putrajaya pada 18 Januari 2017 cuba 'dinodai'. Tetapi seperti biasa, cubaan UMNO dan para macainya hanya mendedahkan lagi 'kebodohan' dan 'hati busuk' mereka. Adakah mereka ingat yang rakyat tidak mempunyai akses kepada ucapan Tun M itu? Apakah 'Sang juara PAU 2016' tidak memberitahu para macainya bahawa zaman pihak pemerintah serba tahu telah lama berkubur?

Hanya para macai dan pendedak sahaja yang masih setia dan percaya pada berita-berita yang dibawa oleh TV3, Berita Harian dan Utusan tanpa usul periksa. Berlagak seperti ahli sufi tetapi firman Allah tentang fitnah tidak menjadi ingatan. Adakah para macai dan pendedak sudah lupa dengan peringatan oleh 'Mursyidul Am' UMNO Najib Razak bahawa pemfitnah itu akan dilaknat walaupun mereka bersolat? Tajuk berita oleh Berita Harian (gambar atas) itu jelas menunjukkan betapa rendah akhlak dan tahap pemikiran macai UMNO. Ia juga menggambarkan betapa gerunnya UMNO tentang prospek untuk kehilangan jawatan.Terlalu terdesak dan tertekan, itulah situasi sebenar UMNO hinggakan macainya membuat tajuk berita murahan. Macai murahan untuk parti murahan! Sedarlah wahai UMNO dan para macai serta pendedak, lagi banyak fitnah yang kalian tabur...lagi bertambah kuat sokongan rakyat terhadap perjuangan membela rakyat dan negara!



Aura ucapan Tun M bukan sahaja menggentarkan UMNO, malahan membuat parti itu berada dalam situasi takutkan bayang-bayang sendiri. Setiap hari ada sahaja pemimpin, ahli mahupun macai dan pendedak yang akan 'menyalak' untuk cuba menyembunyikan auta dan ketakutan mereka. Sentimen perkauman terus dijadikan modal politik UMNO. Kuman di seberang laut nampak tapi gajah di depan mata tidak kelihatan. Itu peribahasa tepat untuk menggambarkan perilaku UMNO di era kleptokrasi dan oxymoron Najib. Pembangkang gila jawatan adalah persepsi yang cuba dibentuk oleh UMNO dikalangan rakyat. Sedangkan hakikatnya UMNOlah yang gila jawatan! Sanggup 'menodai' makna sebenar demokrasi semata-mata untuk kekal berkuasa."Ini bukan soal perkauman atau untuk menakut-nakutkan sesiapa, tetapi jika wakil DAP jadi Timbalan Perdana Menteri, saya bimbang akan memberi kesan kepada masa depan orang Melayu," kata Syed Ali (gambar atas) dipetik dalam blog Umno Bahagian Cheras.

Apakah kesan yang dimaksudkan oleh Syed Ali? Tidak lagi menjadi bodoh? Menjadi bangsa yang kembali berdaya saing dan berdiri di atas kaki sendiri? Atau tidak lagi bergantung harapan pada UMNO? Mungkin itulah kesan yang dimaksudkan oleh Syed Ali. Ini kerana ketika ini, UMNO Najib telah membentuk orang Melayu khasnya masyarakat Felda menjadi 'orang bodoh' (terus mengundi dan wala' dalam kemungkaran), bangsa yang meminta-minta dan bergantung harapan pada UMNO. Sejak akhir-akhir ini sudah kerap juga kita mendengar 'hujah-hujah bodoh' daripada Syed Ali. Mungkinkah selepas ini dia akan beroleh gelaran Tan Sri? Syed Ali juga berkata,"Jangan nasi sudah menjadi bubur, baru nak menyesal." Bukankah sekarang ini nasi sudah menjadi bubur dan rakyat menyesal kerana memberi kemenangan kepada UMNO/BN pada PRU13? Kepada Syed Ali, ingatlah pesan penulis yang kerdil ini, siakap gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri!


Apakah ucapan atau ungkapan Tun M yang menyebabkan 'kebodohan' dan 'hati busuk' UMNO terdedah lagi? Ungkapan dalam gambar di atas! Kata-kata yang begitu mudah dan jelas. Namun dek hati yang sudah hitam legam, macai seperti Berita Harian 'mengspin' ungkapan itu dengan niat yang pastinya tidak baik. Adakah tajuk berita murahan mampu meningkatkan jualan akhbar mereka? Atau adakah ia atas arahan 'Sang juara PAU 2016'? Fitnah sebegini jelas tidak mampu menggoncangkan perpaduan Pakatan Harapan dan PPBM sendiri. Sebaliknya ia menambah kekuatan mereka kerana semakin jelas yang UMNO kian 'mendidih' sebagaimana mendidihnya Najib Razak jika membaca komen-komen di facebook yang tidak menyokongnya! Agak menarik juga untuk diikuti jika ada pihak yang akan memfailkan saman terhadap Berita Harian berhubung perkara ini. Jamal Gayung nak buatkah? Wallahualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...