Dua hari lalu, Timbalan Perdana Menteri yang juga Pemangku Timbalan Presiden UMNO Zahid Hamidi telah mendedahkan 'kerisauannya' berkenaan peratusan kecil cybertrooper pro pemerintah (UMNO/BN). Zahid mengakui pencapaian tidak memberangsangkan UMNO/BN pada dua PRU sebelum ini dipengaruhi oleh 'kegagalan' UMNO/BN bersaing dalam media sosial. Penulis menjangkakan kenyataan Zahid itu akan disokong oleh para pemimpin UMNO yang lain sebagaimana mereka sentiasa 'menggemakan' setiap 'kepitan suara' Presiden UMNO Najib Razak. Biasanya kita akan mendengar selama berhari-hari, para pemimpin UMNO berlumba-lumba 'menggemakan' setiap 'kepitan suara' Najib Razak. Situasi ini ternyata berbeza untuk orang nombor 2 dalam UMNO. Kita tidak mendengar sebarang kenyataan 'copy paste' daripada mana-mana pemimpin UMNO tentang angka 6.6 peratus sahaja yang menyokong UMNO/BN yang menjadi kerisauan Zahid itu.
Sebaliknya pada hari ini, Menteri KPDNKK Hamzah Zainuddin mengeluarkan satu kenyataan yang bernada 'memperlekehkan' kenyataan dan kerisauan Zahid Hamidi. Hamzah menegaskan yang media arus perdana tetap penting dan berwibawa (gambar atas). Hamzah membuat kenyataan itu ketika majlis Malam Gema Pena KPDNKK dan Agensi 2017 di Menara Kembar Bank Rakyat. Hmm... kenyataan orang nombor 2 UMNO (Zahid) disanggah begitu sahaja oleh Hamzah? Adakah itu menunjukkan bahawa Zahid hanya menjadi orang nombor 2 dalam UMNO di atas nama sahaja? Jadi benarlah andaian yang menyatakan bahawa Hishamuddin sebenarnya adalah pilihan Najib untuk dijadikan 'orang kanan'? Adakah Sharizat akan berdiam diri sahaja dengan kenyataan Hamzah ini atau dia akan 'menglembu' untuk membela Zahid? Untuk rekod, Zahid telah melancarkan Skuad Komunikasi dan Media Pergerakan Wanita UMNO 3 hari lalu. Skuad tersebut bertindak sebagai cybertrooper UMNO/BN.
Hamzah menjelaskan bahawa tindakannya atau kenyataannya untuk mempertahankan media arus perdana adalah kerana mereka mampu memberi berita yang sahih supaya persaingan dengan media sosial dapat dikurangkan. Hai Pak Menteri macam kutuk 'pages' Friends of Barisan Nasional (FoBN) dan Anti Pakatan Harapan (APH) jak tu. Pak Menteri akui yang FoBN dan APH menyebarkan berita yang tidak sahih? Hancur luluh lah hati admin FoBN dan APH. Siang malam kerja keras sebar auta tapi tak dihargai oleh Pak Menteri ni. Menarik juga kenyataan Hamzah ni...'mampu memberi berita yang sahih supaya persaingan dengan media sosial dapat dikurangkan'. Nampaknya dalam kalangan UMNO sendiri ada juga menteri yang tidak 'gembira' dengan pelancaran Skuad Komunikasi dan Multimedia Wanita UMNO! Kah memang dah tabii orang UMNO tidak selesa atau tidak mahu ada persaingan?
Banyak pihak yang membuat pusingan U yang perlu direkod supaya kita tahu apa yang dicakapkan hari ini dan semalam adalah satu lagi alasan bagi Hamzah untuk mempertahankan media arus perdana. Media sosial tak boleh rekod kah Pak Menteri? Media sosial lagi 'power' Pak Menteri. Bukan setakat 'pusingan U', 'mengghaibkan bukti' pun depa boleh buat. Cam laman sesawang Jabatan Penerangan buat kat artikel yang mengesahkan tuntutan MCA untuk jawatan TPM-II tempoh hari. Ataupun macam Utusan Online buat kat kenyataan Najib berkenaan leasehold Forest City (edit untuk pusingan U Najib). Boleh rujuk 'page' Suara Rakyat untuk kedua-dua perkara ini. Alangkah sedihnya 2000 anggota Skuad Komunikasi dan Multimedia Wanita UMNO mendengar kenyataan Hamzah ini. Nampaknya Zahid akan bertambah 'tertekan' dengan kenyataan Hamzah ini. Adakah Hamzah salah seorang daripada ahli gerakan untuk menjatuhkan Zahid pada PRU14?
Nampak pelik juga Hamzah ni. 'Tetap penting' dan 'masih penting' adalah dua perkataan yang mempunyai makna yang berbeza. 'Tetap penting' memberi gambaran yang media arus perdana masih lagi sumber berita yang utama sedangkan hakikatnya bukan lagi begitu. Situasi Utusan yang berdepan dengan kebangkrapan menyokong hakikat itu. Manakala 'masih penting' menunjukkan ianya masih relevan. Jangan pula lepas membaca nukilan penulis ni, BH Online buat 'pusingan U' dengan tajuk beritanya. Adakah Hamzah sendiri tidak mempunyai akaun facebook, Twitter atau Instagram? Ketika Zahid meluahkan kerisauan tentang pengaruh media sosial, dia turut memetik angka-angka daripada satu kajian untuk menyokong hujahnya walaupun pihak yang membuat kajian itu tidak dinyatakan. Manakala Hamzah mempertahankan media arus perdana hanya dengan alasan peribadinya. Hamzah sedang membongkar 'kebodohan' Zahid atau mempamerkan 'kebengapan' dirinya sendiri? Wallahualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan