Ahad, 8 Januari 2017

Pendedak/Macai/Racism kehabisan modal untuk serang Warisan


Puak-puak pendedak/macai/racism semakin hari semakin menampakkan yang diri mereka telah kehabisan modal untuk menyerang Parti Warisan. Terbaharu gambar yang sedang cuba diviralkan (gambar atas) yang menunjukkan Presiden Warisan, Shafie Apdal bersama dengan Presiden PKR, Wan Azizah di sebuah Lapangan Terbang di Sabah. Kedua-dua Presiden parti masing-masing itu kebetulan berada pada waktu yang sama di Lapangan Terbang tersebut. Kedua-dua ahli politik itu mempunyai tugasan rasmi parti masing-masing. Shafie Apdal dijadualkan ke Keningau manakala tugasan rasmi parti Wan Azizah berada di Kota Kinabalu ketika gambar di atas diambil. Gagal dengan beberapa siri serangan sebelum ini, para pendedak/macai/racism cuba menyebar auta untuk memberi gambaran bahawa Shafie adalah seorang yang tidak mempunyai pendirian. Tetapi serangan murahan ini gagal menjejaskan kestabilan dan sokongan terhadap Warisan.

Gambar di atas jelas menunjukkan politik kebudak-budakan pemilik asal gambar tersebut. Penulis berpendapat individu berkenaan hanyalah ahli politik facebook yang akan mengulang-ulang autanya sahaja. Penulis juga percaya jika ada antara ahli Warisan yang membuat laporan polis terhadap individu berkenaan atas tuduhan fitnah, pastinya si pendedak tersebut akan deactivate akaun facebooknya. Penulis percaya jika adapun perbincangan rasmi antara Shafie dan Wan Azizah, ianya pasti berkaitan membentuk persefahaman. Kepada si pendedak tersebut, penulis nasihatkan rujuklah kamus yang berkaitan untuk membezakan antara menyertai pakatan dengan membentuk persefahaman bagi mengelakkan pertembungan berbagai penjuru di kalangan pembangkang. Lagipun Laman Rasmi Warisan dan Shafie Apdal Official (kedua-duanya akaun facebook) telah menjelaskan bahawa ianya hanya kebetulan berada dalam penerbangan yang sama.


Shafie dijadualkan berada di Keningau untuk Siri Jelajah Warisan (SJW) dan Rumah Terbuka & Tahun Baharu 2017 (gambar atas). Tidak seperti para pendedak/macai/racism yang nyata mempunyai fahaman politik yang sempit, Shafie jelas bersikap profesional dengan tidak mengelak daripada bergambar bersama Wan Azizah. 'Politik is Politik', 'Adab is Adab'. Itulah maksud yang tersirat dalam gambar Shafie bersama Wan Azizah. Ternyata para pendedak/macai/racism masih dengan sikap buruk mereka yang terus menutup mata hati dan akal sendiri untuk melihat kebenaran. Menyebar auta tanpa menyelidiki fakta terlebih dahulu masih menjadi pegangan mereka. Usaha yang sia-sia. Warisan terus dengan SJW dan sentiasa dapat menarik ahli baharu untuk menyertai parti tersebut. Imej bersih kepimpinan Warisan tidak memberi ruang serangan kepada para pendedak/macai/racism. Kerana itulah golongan tersebut terdesak menggunakan serangan murahan yang langsung tidak meninggalkan kesan kepada Warisan.



Fitnah puak pendedak/macai/racism jelas gagal mendorong penduduk Keningau khususnya dan Sabah amnya untuk menolak perjuangan Warisan. Sebaliknya perjuangan Warisan dan SJW disambut baik oleh penduduk tempatan (gambar atas). Mahukah lagi para pendedak/macai/racism menegakkan benang yang basah? Daripada membuang masa menyebar auta, ada baiknya para pendedak/macai/racism membantu rakyat membongkar satu demi satu kleptokrasi UMNO! Menyebar fakta lebih berfaedah daripada menyebar auta. Disebalik serangan murahan si pendedak, Warisan terus gah menyatupadukan sokongan rakyat demi membebaskan Sabah daripada belenggu kleptokrasi dan rejim Musa Aman. Fokus Warisan jelas tidak terganggu oleh tohmahan seperti yang ditaburkan si pendedak (gambar paling atas). Sambutan hangat warga Keningau terhadap perjuangan Warisan pastinya akan mendorong lebih ramai lagi rakyat Sabah menyertai Warisan.

Kepada si pendedak, penulis nasihatkan agar sertailah SJW dan jadilah sebahagian daripada warga yang berjuang menentang kleptokrasi seperti mereka yang berada dalam gambar di atas. Kurangkan menonton Buletin Utama TV3, juga kurangkan membaca Utusan dan Berita Harian. Moga dengan menyertai SJW, hati dan akal anda akan terbuka luas untuk memahami perjuangan Warisan dan menolak kleptokrasi UMNO. Hentikanlah tohmahan bahawa Warisan adalah parti PTI atau lanun. Tohmahan seperti itu tidak akan menjejaskan perjuangan Warisan mahupun menghentikan sokongan terhadapnya. Janganlah hanya kerana BR1M atau tangki biru anda menderita untuk sepenggal PRU lagi! Kepada kepimpinan dan ahli Warisan, teruskan perjuangan mu. Kemudilah rakyat Sabah ke arah yang lebih baik dan buktikan kepada UMNO/BN bahawa Negeri Di Bawah Bayu bukan lagi 'fixed deposit' mereka!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...