Ahad, 1 Januari 2017

Najib firaun moden?


Firaun, perkataan yang sudah sinonim dengan kemungkaran. Ia bukanlah nama khusus bagi seorang raja Mesir tetapi merupakan gelaran yang merujuk kepada raja atau pemerintah Mesir kuno. Sebut sahaja firaun, masyarakat akan terbayang kekufuran, penindasan, syirik, sihir, tuhan palsu dan bermacam lagi perkataan atau tingkah laku yang buruk. Kedudukannya sebagai raja Mesir (Mesir adalah kerajaan/negara yang paling dominan zaman itu) menyebabkan firaun merasakan dirinya maha kuat, maha kaya dan maksum. Sekaligus mendorongnya untuk menuntut rakyatnya agar mengakui dia sebagai Tuhan. Firaun juga dikelilingi oleh para ahli sihir dan penasihat yang merupakan pengampu. Para pengampu ini sentiasa mengiyakan apa sahaja kehendak firaun. Membujur lalu melintang patah, siapa membantah akan menerima padah! Begitulah kehidupan di era firaun.

Sedar atau tidak, di zaman yang serba penuh teknologi ini...Malaysia sedang diperintah oleh seorang firaun. Orang itu ialah Najib MO1. Apa yang telah firaun lakukan kepada Mesir kuno dan rakyatnya, juga sedang dilakukan oleh Najib. Malah MO1 melakukan lebih lagi daripada apa yang firaun lakukan. Menuntut wala' dalam perkara mungkar, projek-projek mega untuk kemegahan dirinya, menyonglap duit rakyat dan negara, menindas para penentangnya, munafik dan banyak lagi sifat-sifat mazmumah adalah lebih daripada cukup untuk mengingatkan rakyat marhaen yang Najib sememangnya firaun! Najib juga dikelilingi oleh para pengampu yang bertindak sebagai penasihat dan penguasa bagi pihaknya. Sebutkan sahaja ketua jabatan atau kementerian mana yang tidak mengampu Najib? Hatta mufti pun hanya mengeluarkan fatwa yang diingini oleh Najib sahaja. Siapa sahaja yang membantah dianggap berdosa.


BR1M...senjata ampuh Najib dan UMNO untuk meracuni pemikiran semasa rakyat marhaen merupakan satu contoh yang jelas menunjukkan bahawa Najib adalah firaun. Sebagaimana ulasan Presiden Pas, Hadi Awang dalam gambar di atas. Jika firaun menggunakan kekayaannya untuk menyesatkan rakyat Mesir kuno, Najib juga menggunakan modus operandi yang sama melalui BR1M. Sehinggakan rakyat tidak sedar yang mereka sedang diperbodohkan. Rakyat tidak sedar yang BR1M itu adalah duit mereka yang 'dirompak' oleh Najib dan UMNO. Rakyat juga tidak sedar yang BR1M itu hanyalah seperti menyiram air di daun keladi jika dibandingkan dengan kos sara hidup yang terpaksa ditanggung! RM1200 cukup untuk menampung kos sara hidup selama setahun? Akal yang sihat memang akan sedar permainan politik firaun Najib. Tetapi, PRU13 yang lalu telah membuktikan bagaimana BR1M mampu menyesatkan akal para pengundi!


Kenyataan-kenyataan seperti dalam gambar di atas juga sering dilaungkan oleh para pengampu Najib. Bahkan media arus perdana seperti TV3 juga 'bersetongkol' menyebarkan dakyah sebegini. Tujuannya  tidak lain daripada membentuk pemikiran rakyat agar mengakui yang Najib adalah maksum. Para pengampu ini juga sedang berusaha keras untuk mengangkat status Najib sebagai Tuhan. Tidak boleh dikritik, tidak boleh disindir dan tidak boleh dihina sekalipun melalui lukisan kartun. Jika rakyat melakukannya, maka Najib melalui pihak berkuasa seperti PDRM (bukan semua anggota) akan memastikan pihak berkenaan meringkuk dalam penjara. Malah para pengampu ini juga sentiasa berlumba-lumba mengeluarkan kenyataan mempertahankan Najib tanpa menggunakan fakta sehingga menhasilkan kenyataan yang bercanggah. Ini sudahpun dibuktikan dalam isu derma RM2.6 billion. Satu soalan menghasilkan pelbagai jawaban yang berbeza daripada para Menteri Pasola.


Sebagaimana firaun yang menekan para penentangnya, Najib juga menggunakan pendekatan yang sama. Situasi seperti dalam gambar di atas sudah sering terjadi di Malaysia mutakhir ini. Mereka yang membuat laporan polis tentang salah laku dalam pentadbiran atau agensi kerajaan akan disiasat terlebih dahulu sebelum laporan mereka diambil tindakan (itupun jika laporan tersebut tidak ditanda sebagai 'No Further Action'). Jika laporan yang dibuat diambil tindakan, seksyen siasatan yang digunakan sering menjadi keraguan sejak akhir-akhir ini. Anda tentunya masih ingat serangan ke atas Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam di kawasan parlimen oleh anak dan penyokong Tajuddin (MP Pasir Salak). Siasatan di bawah seksyen yang tidak sepatutnya menyaksikan para penyerang hanya diberi amaran polis. Kes seperti ini seakan memberi amaran kepada rakyat marhaen bahawa Najib dan para pengampunya adalah 'untouchable'!.

Keadaan seperti ini tidak akan berubah jika rakyat tidak mengubahnya pada PRU14 nanti. Tetapi untuk mula melakukan perubahan, anda tidak perlu tunggu sehingga PRU14. Anda boleh melakukannya sekarang dengan meninggalkan UMNO dan BN! #SelamatkanMalaysia


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...