Khamis, 26 Januari 2017

UMNO 'bodohkan' media arus perdana atau media arus perdana 'bodohkan' UMNO?


Seperti yang dijangkakan, sejak CIA mendedahkan dokumen berkaitan kes BMF...UMNO dan media arus perdana yang menjadi 'macai' setianya seperti Berita Harian, Utusan dan TV3 terus menjaja cerita berkenaan. Apa tujuan mereka? Berharap rakyat melupakan Skandal 1MDB? Berangan-angan agar rakyat tetap memilih UMNO/BN? Atau masing-masing nak tunjuk kepandaian dalam mempamer 'kebodohan'? Kuman di seberang laut kelihatan, gajah di depan mata tidak kelihatan. Perumpamaan yang sangat tepat untuk ditujukan kepada tindakan UMNO dan para macainya itu. Kes yang telah diselesaikan lebih 30 tahun lalu itu dijaja sedangkan pada masa yang sama Skandal 1MDB yang belum pun diselesaikan 'secara sah' cuba 'dipadamkan'. Benarlah kata Mahfuz dalam catatan facebooknya, UMNO kian mereput! Hmm...dulu masa DOJ buat pendedahan tentang 1MDB, UMNO dan para macainya 'melenting' kononya U.S.A nak campurtangan urusan dalaman Malaysia. Sekarang bukan main gian pula petik dan sebarkan dokumen CIA?

Kian hari UMNO kian dipenuhi 'hujah-hujah bodoh'. Terbaharu, Setiausaha Agung Veteran UMNO Mustapha Yaakub (gambar atas), menggesa agar Tun M menjawab pendedahan CIA berhubung kes BMF. Dah nyanyuk agaknya Pak Mustapha ni. Kes dah lama selesai, nak jawab apa lagi? Kan lebih berfaedah jika Pak Mustapha menggesa agar CIA dedahkan sebarang dokumen tentang Skandal 1MDB. Mustapha berkata, "oleh kerana nama beliau disebut oleh CIA, maka Tun M perlu menjawabnya. Jangan pula dengan pendedahan CIA ini maka Najib pula yang akan menjadi sasaran pembangkang." Hai Pak Mustapha, dulu masa DOJ sebut MO1 adakah Pak Mustapha minta agar MO1 menjawab pendedahan itu? Ikutlah nasihat Harussani, perbanyakkan amalan dihujung usia. Lagipun kalau ikut Salleh Keruak, Pak Mustapha tak setaraf dengan Tun M. Pak Mustapha hanyalah Setiausaha Agung Veteran UMNO sedangkan Tun M adalah Pengerusi PPBM. Tak layak pun Pak Mustafa nak buat sebarang gesaan kat Tun M!


Selain Berita Harian dan Utusan, TV3 adalah satu lagi 'macai' setia UMNO. Bukan setakat berbulan malahan bertahun 'menyerang' Selangor yang ditadbir Pakatan pembangkang dengan isu air (meski negeri-negeri dibawah tadbiran UMNO/BN juga mengalami masalah yang sama) tetapi gagal membangkitkan kemarahan rakyat negeri selangor (kecuali macai dan pendedak). Kemudian TV3 beralih kepada beg plastik untuk dijadikan modal berita namun turut ditolak oleh rakyat Selangor. Dan kini, cuba mengambil kesempatan daripada Laporan CIA berkenaan kes 30 tahun lalu (sudahpun dibawa ke muka pengadilan dan selesai pada 1985). Kes BMF cuba digambarkan oleh TV3 sebagai lebih teruk daripada Skandal 1MDB. Sejak CIA 'merelease' berjuta halaman/mukasurat laporan yang sudah tidak penting lagi/usang termasuk laporan berkaitan kes BMF, TV3 sentiasa meyiarkan ulasan atau gesaan UMNO mengenai laporan tersebut dalam setiap slot beritanya.

Berharap pembohongan yang diulang-ulang akan diterima sebagai benar oleh rakyat pastinya adalah tujuan TV3 menjaja Laporan CIA itu. Jika sebelum ini TV3 sering menjadikan Noh Udang sebagai sumber ideanya, kali ini Irmohizam Ibrahim (Ahli Parlimen Kuala Selangor) digunakan sebagai sumber idea untuk berita 'sampah' mereka. Menggesa agar Suruhanjaya Di-Raja ditubuhkan bagi menyiasat semula kes yang telahpun ditutup secara sah melalui proses undang-undang pada tahun 1985 itu atas alasan tidak mungkin kerajaan tidak tahu peningkatan had pinjaman bagi cawangannya di luar negara bagi membenarkan lebih banyak dana disalurkan ke Hong Kong. Irmohizam hanya mengulang kenyataan CIA dalam laporan itu (gambar atas). Yakin benar Irmohizam ni. Tak sedar kah semasa PRU13, majoriti kemenangan tu 500 undi sahaja? Perjuangkan kepentingan rakyat atau 'jilat kahak' Najib jak Bro Irmohizam?


Meskipun sudah jelas acapkali isu-isu yang cuba ditimbulkan oleh UMNO dan disiarkan oleh 'macai-macai' medianya ditolak oleh rakyat, namun ikatan antara UMNO dan 'macai-macai' tersebut masih lagi kelihatan. Sekaligus menimbulkan persoalan, siapa yang sedang 'memperbodohkan' siapa? Tak mungkin rakyat lagi yang diperbodohkan (kecuali macai dan pendedak). Majoriti rakyat sudah sedar akan sandiwara UMNO dan 'macai' medianya. Undi popular pada PRU yang lepas menyokong hakikat yang majoriti rakyat sebenarnya menolak UMNO/BN! Adakah media arus perdana tersebut hanya dapat 'bernafas' (tidak bangkrap) dengan bantuan dedak UMNO? Atau adakah UMNO yang sebenarnya akan 'merempat' tanpa media arus perdana tersebut kerana 'pegangan' UMNO dalam media sosial hanyalah 6.6 peratus? Media arus perdana 'perbodohkan' UMNO atau UMNO yang sedang 'mengkeldaikan' mereka? Wallahualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...