Selasa, 24 Januari 2017

Akal Salleh Keruak setaraf burung keruak?


Menteri Komunikasi dan Multimedia, Salleh Said Keruak seringkali mengeluarkan kenyataan yang membuatkan rakyat bertanya adakah dia seorang menteri atau pengawal peribadi yang tidak siuman. Menteri atau orang yang tidak siuman, Salleh tetap memiliki 'trademark' UMNO iaitu mengeluarkan kenyataan yang hanya mendedahkan 'kebodohan, 'hati busuk' dan 'double standard' mereka. Terbaharu, Salleh menyatakan bahawa Pengerusi DAP, Lim Kit Siang tidak setaraf dengan Perdana Menteri Najib Razak untuk mengadakan perbahasan. Kenyataan Salleh ini jelas bertentangan dengan alasan Najib sendiri untuk mengelak daripada berbahas atau berdebat. Najib pernah menyatakan bahawa debat bukanlah budaya kita, jadi tidak perlu baginya untuk berdebat dengan sesiapa. Secara tidak langsung, Salleh juga mengakui bahawa Najib memang bukan Perdana Menteri untuk semua golongan. Najib hanyalah Perdana Menteri bagi golongan yang kaya lantaran statusnya sebagai 'billionaire'.

Kenyataan terbaharu Salleh ini juga bagaikan memberi petunjuk kepada rakyat untuk tidak mengundi UMNO/BN lagi pada PRU14 nanti. Ini kerana kedudukan rakyat yang sekadar insan biasa adalah tidak setaraf dengan seorang bangsawan Bugis! Untuk apa lagi rakyat harus berterusan menyokong parti yang dikuasai oleh para menteri yang menjadikan darjat sebagai garis pemisah? Adakah kenyataan Salleh ini juga suatu pengesahan bahawa Najib memang 'above the law' kerana tiada seorang pun dikalangan penjawat awam atau penguatkuasa undang-undang yang menjawat jawatan sebagai Pengerusi mana-mana pakatan parti politik? Hmm...akhirnya terjawab juga mengapa IGP Khalid tidak mengarahkan sebarang siasatan terhadap Najib berhubung setiap skandal yang melibatkan bangsawan Bugis itu. IGP tak setaraf dengan Perdana Menteri! Mungkinkah Salleh memberi gambaran bahawa Najib akan berdebat dengan Agong ataupun Tun M?


Penulis tertanya-tanya juga sejak bila pula darjat atau kedudukan dijadikan garis pemisah di Malaysia? Hmm...apakah akal Salleh Keruak ini memang setaraf burung keruak? Mari kita ingatkan Pak Salleh tentang adakah dia sendiri mengambil kira tentang darjat apabila mengeluarkan sesuatu kenyataan. Petikan tajuk berita oleh BERNAMA pada 18 januari 2017 (gambar atas), siapakah Salleh untuk berkata banyak idea Tun M yang sudah lapuk? Adakah dia Pengerusi parti atau mantan PM atau negarawan? Layakkah seseorang yang hanya bertaraf menteri 'macai' mengatakan sedemikian rupa kepada seorang negarawan? Sudah-sudahlah Pak Salleh. Berhentilah daripada membuat pelbagai pusingan 'roundabout'. Sedarlah wahai Pak Salleh, kamu beroleh jawatan Menteri tu hanya kerana keterdesakan Najib yang memerlukan seorang 'pemain pertahanan' yang tegar mempertahankan segala salah lakunya dan tegar 'menjilat' setiap 'kahaknya' untuk berada dalam pasukan kleptokrasi Najib. Rakyat tidak mengundi kamu pun untuk mewakili mana-mana kawasan Parlimen!


Ini bukanlah kali pertama kita mendengar jawaban atau ulasan atau kenyataan taraf 'macai' (IQ dan EQ rendah) daripada Salleh Keruak. Mungkin dua tajuk berita seperti dalam gambar di atas dapat membantu menjawab persoalan adakah akal Salleh Keruak itu setaraf burung keruak. Pada 9 Disember 2015, Utusan Online menyiarkan bahawa Salleh menyifatkan Majlis Bersama Timbalan Presiden UMNO di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru hanya membangkitkan isu-isu lama yang telah berlegar sejak setahun lalu (1MDB dan derma RM2.6 billion ringgit). Ketika itu TS Muhyiddin masih lagi Timbalan Presiden UMNO. Memandang isu yang melibatkan intergriti dan imej negara yang belum diselesaikan di muka pengadilan (mahkamah) sebagai isu-isu lama jelas menunjukkan betapa rendahnya akal Pak Salleh. Isu yang menyebabkan negara dilabel sebagai negara kleptokrasi cuba ditutup begitu sahaja (melalui AG dan IGP) tanpa melalui siasatan dan pendakwaan yang terbuka!

Salleh sekali lagi memaparkan kegagalannya untuk menjawab suatu isu dengan berkesan apabila mengatakan bahawa ucapan Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama semasa sidang kemuncak ekonomi Asia Pasifik (Apec) di Peru pada 2016 bukanlah ditujukan kepada Najib tetapi mantan PM Tun Mahathir. Jawaban yang berbentuk penafian semata-mata itu jelas tidak sepadan dengan kedudukannya sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia. Untuk apa Obama selaku Presiden bagi sebuah negara 'superpower' menujukan ucapannya kepada orang yang tidak lagi menjadi pemerintah negara? Jika ditujukan kepada Tun M, apa kaitannya dengan tema APEC 2016 'Quality Growth and Human Development'? Adakah Salleh pada saat itu cuba menyamakan Obama dengan para pemimpin UMNO yang sering berucap diluar tema suatu majlis atau ucapan tidak menggambarkan majlis yang sedang dihadiri? Mungkin persoalan akal Salleh Keruak setaraf burung keruak hanya akan terungkai jika parti pemerintah beralih tangan pada PRU14 nanti. Wallahualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...