Selasa, 17 Januari 2017

Auta Pentadbiran Najib 'didedahkan' oleh Menteri dan MP UMNO sendiri


Dakwaan sesetengah pihak bahawa ekonomi negara bermasalah hanya persepsi, kerana realitinya ia kukuh, stabil dan diurus dengan baik. Itu adalah antara kenyataan Irwan Serigar, KSU Perbendaharaan yang disiarkan BH Online pada 5 Januari 2017. Sebagai seorang penjawat awam bertaraf KSU, Irwan tidak mungkin akan mengeluarkan kenyataan tanpa kebenaran 'big boss'. Jadi kenyataan Irwan itu adalah kenyataan rasmi kerajaan. Hmm...kukuh, stabil dan diurus dengan baik? Kenyataan Irwan itu ternyata hanyalah auta semata. Menteri Wilayah Persekutuan, Ku Nan secara tidak sengaja menyangkal kenyataan Irwan ketika menyatakan bahawa kerajaan sedang menimbangkan untuk tidak membenarkan motor 'kapcai' memasuki Kuala Lumpur. Ku Nan berkata cadangan itu mungkin dilaksanakan jika kadar tambang pengangkutan awam mencapai tahap yang lebih berpatutan. Kadar sekarang ni tak berpatutan kah Ku Nan?

Ku Nan menambah, kajian menunjukkan masyarakat masih memerlukannya (motor 'kapcai') kerana mereka tidak mampu untuk pengangkutan lain ekoran gaji yang rendah. Hmm...kenyataan Ku Nan ni jelas kontradiksi dengan kenyataan Irwan, 'ekonomi diurus dengan baik'. Jika benar ekonomi negara kukuh, stabil dan diurus dengan baik, mengapa kadar tambang pengangkutan awam belum mencapai tahap yang lebih berpatutan dan gaji yang rendah? Adakah soal tambang pengangkutan awam dan gaji rendah itu pun disebabkan serangan Tun M dan persepsi luar serta iklim ekonomi global? Tidakkah ekonomi yang kukuh, stabil dan diurus dengan baik sepatutnya mampu memberikan gaji yang lebih tinggi dan menawarkan kadar tambang pengangkutan awam yang lebih berpatutan? Kenyataan Ku Nan yang jelas menyangkal kata-kata Irwan agak janggal jika dilihat daripada perspektif UMNO yang terkenal dengan kesetiaan membuta tuli. Adakah sebenarnya UMNO kini sedang bergolak dan umpama gunung berapi yang menunggu masa untuk meledak?


Sementara itu, selain 1MDB, FELDA adalah satu lagi 'buah tangan' pentadbiran Najib untuk rakyat Malaysia. Kemelut Lembaga tersebut turut mendedahkan auta pentadbiran Najib. Pada 9 Januari 2017, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Razali Ibrahim menyangkal dakwaan pelantikan Shahrir Abdul Samad sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) kerana masalah kewangan yang dihadapi Felda di bawah kepimpinan Isa Samad. Kenyataan Razali itu disiarkan oleh Malay Mail Online. Razali menyatakan bahawa tempoh perkhidmatan Isa Samad yang telah tamat pada 31 Disember 2016 adalah penyebab kepada pelantikan Sharir. Kalau ya pun dah tamat, apasal tak renew kalau benar ianya bukan kerana masalah kewangan ketika di bawah kepimpinan Isa Samad? Kenapa tidak mencontohi UMNO Musa Aman di Sabah yang melanjutkan tempoh perkhidmatan KSN Sabah Sukarti Wakiman untuk sekian kalinya walaupun telah melebihi usia bersara wajib?

Hari ini, 17 Januari 2017 membuktikan bahawa kata-kata Razali itu hanyalah satu sandiwara apabila Sharir Samad sendiri mengumumkan yang FELDA akan menjual asetnya untuk mengukuhkan aliran tunai FELDA. Sharir turut menambah, penjualan aset-aset itu nanti antara lainnya akan digunakan untuk memulihkan 'aset bermasalah' di bawah Felda Invesment Corporation Sdn Bhd (FIC). 'Aset bermasalah'? Tidakkah itu bermakna bahawa kepimpinan Isa Samad memang bermasalah terutamanya dari aspek kewangan? Rakyat sudah arif dengan sandiwara UMNO (kecuali macai dan pendedak). Habis manis sepah dibuang. Itulah perumpamaan yang menjadi pegangan UMNO dalam apa jua perkara. Menurut Sharir lagi, antara aset-aset yang akan dijual ialah hotel di luar negara dan pegangan saham di Maybank sebanyak 35 juta unit yang boleh menghasilkan tunai sebanyak RM280 juta jika terjual. Sampai nak jual pegangan saham...bukan masalah kewangan namanya wahai Razali?


Kenyataan terbaharu Sharir Samad itu bukan sahaja menyangkal auta Razali Ibrahim, ia juga turut membuka 'pekung' Isa Samad. Pada 30 September 2013, Isa dengan angkuhnya memperlekeh Lim Guan Eng yang mepersoalkan pembelian hotel di London oleh FELDA. Isa pada masa itu berkata, "Setiausaha Agung DAP itu tidak layak memberi kenyataan sedemikian dan lebih baik menumpukan perhatian terhadap partinya. (Pemimpin) DAP bukanlah cerdik sangat. Dia (Guan Eng) biasa jadi pembangkang dan baru sepenggal jadi ketua menteri. Jadi dia pun khayal saja sehinggakan dia punya parti pun pelbagai masalah dan tidak tentu arah". Dan hari ini sama ada secara sengaja atau tidak, Sharir memperlihatkan kepada Isa siapa sebenarnya yang tidak cerdik. Sharir berkata, "aset tersebut tidak memberi pulangan banyak selain ia tidak mempunyai ‘nilai sentimental’ kepada rakyat di negara ini. Semua aset di luar negara akan diteliti semula dan kita akan jual jika taksiran menunjukkan ia tidak mampu menjana keuntungan seperti diharapkan, sekali gus memberi bebanan kewangan tambahan kepada Felda".

Fikir-fikirkanlah jika dah Menteri dan MP parti sendiri 'dedahkan' auta pentadbiran tu...maknanya memang sahlah Najib dan UMNO ni parti yang tidak boleh dipercayai lagi. Sanggupkah kita memberi mereka kemenangan untuk sepenggal lagi PRU? Jangan terpedaya lagi dengan 'dedak-dedak' UMNO yang sebenarnya adalah 'syabu' yang membuatkan anda melukut di bumi sendiri. Wallahualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...