Pelancaran rasmi PPBM pada 14 Januari 2017 dengan rasminya menandakan PPBM sudah bersedia sepenuhnya untuk menggantikan UMNO sebagai wadah perjuangan bagi golongan Melayu. Usaha-usaha pihak yang dengki dengan PPBM untuk menggagalkan pelancaran tersebut terbukti tidak berkesan apabila Stadium Malawati dipenuhi 'Lautan Merah' (gambar atas). Parti yang pada mulanya hanya dipandang sebelah mata oleh UMNO kini semakin diterima rakyat. Sekali lagi, perjuangan yang ikhlas membuktikan bahawa tanpa hamburan wang ringgit pun rakyat tetap mampu dihimpunkan demi sebuah perjuangan untuk membela rakyat dan negara! Suasana seperti dalam gambar di atas pasti membuatkan UMNO tidak senang duduk. Jika dahulu mereka dengan begitu mudah boleh meraih undi dengan memainkan sentimen ketuanan Melayu lantaran tidak ada parti Melayu alternatif yang boleh dijadikan pilihan rakyat, kini situasi itu sangat berbeza dengan adanya PPBM.
Pelancaran rasmi PPBM juga mencatat sejarah tersendiri bagi Pengerusi PPBM, Tun M. Ini adalah parti kedua beliau selepas bertanggungjawab menubuhkan semula UMNO pada 1988. Bagaimanakah seseorang yang bertanggungjawab menubuhkan semula UMNO boleh bangkit menentang parti yang ditubuhkannya sendiri? Macai dan para pendedak UMNO akan mengatakan ianya kerana kepentingan peribadi. Begitulah jawaban mereka yang sudah buta mata hati dan akal. Hakikatnya, kesengsaraan rakyat, imej negara yang makin dihina, kleptokrasi dan oxymoron kepimpinan Najib yang mendorong negarawan yang menghampiri usia 92 tahun itu untuk kembali berjuang dalam politik. Macai dan para pendedak UMNO sering menuduh perjuangan Tun M hanyalah untuk meletakkan anaknya, Mukhriz sebagai Perdana Menteri. Tuduhan yang jelas lahir daripada hati dan akal yang tersumbat dek dedak UMNO. Jika Tun M inginkan anaknya menjadi Perdana Menteri, beliau pasti sudah melakukannya ketika beliau masih menjawat jawatan Perdana Menteri!
Tahu akan kesan daripada pelancaran rasmi PPBM ini ke atas sokongan terhadap parti tersebut, pihak yang tidak bertanggungjawab dan dengki terhadap PPBM cuba menjejaskan intergriti PPBM dan Pakatan Harapan dengan menyebarkan fitnah (gambar atas). Surat fitnah tersebut dijaja dengan rakusnya oleh macai dan para pendedak UMNO di media sosial sebelum pelancaran rasmi PPBM. Tindakan tersebut langsung gagal menghalang rakyat daripada memenuhi Stadium Malawati malahan ia menunjukkan betapa macai dan para pendedak semakin terdesak. Mereka pastinya risau bekalan dedak akan terputus jika parti pemerintah bertukar tangan! Walaupun Najib telah menggesa agar jangan bergantung sepenuhnya kepada kerajaan, namun macai dan para pendedak masih lagi bergantung harapan pada UMNO dan sanggup diperbodohkan oleh pihak yang tidak bertanggunjawab untuk menyebarkan fitnah.
Pastinya selepas pelancaran rasmi PPBM ini, macai dan para pendedak akan mencari dan menyebarkan lagi pelbagai auta seperti kebiasaan mereka. Kerana jika tiada auta maka tiadalah dedak! Apakah mereka ingat yang maruah para penyokong dan ahli PPBM semurah maruah macai dan para pendedak UMNO sehingga begitu senang terpedaya dengan penyebaran surat fitnah itu? Usaha yang sia-sia! Pastinya antara lain tujuan penyebaran surat tersebut ialah untuk menjerat PPBM dan Pakatan Harapan ke medan saman menyaman agar tumpuan kepada menyedarkan rakyat terabai. Sedarlah wahai macai dan para pendedak, PPBM bukannya UMNO yang akan meroyan walaupun terhadap perkara yang remeh. Laporan polis mungkin akan dibuat untuk membersihkan nama individu yang telah digunakan dalam surat fitnah tersebut. Namun untuk terbabit panjang dalam polemik surat fitnah tersebut, macai dan para pendedak boleh lupakan kerana perjuangan PPBM hanya untuk rakyat dan negara bukan kepentingan peribadi seperti UMNO!
Sementara itu, angan-angan UMNO untuk melihat perpecahan dalam PPBM tidak kesampaian apabila Ahli Majlis Tertinggi PPBM, Anina (gambar atas) tetap diundang dan hadir ke pelancaran rasmi PPBM. Solidariti PPBM jelas terpampang dengan kehadiran Anina. Beliau yang menjadi sasaran serangan UMNO dan para cybertroopers dan keyboard warriors mereka kekal teguh bersama PPBM. Wajahnya yang sentiasa mengukir senyuman pastinya amat mengecewakan UMNO dan para pencacainya kerana itu bermakna serangan mereka gagal memusnahkan semangat kental Anina dan PPBM. UMNO dan para pencacainya seringkali lupa yang PPBM dipimpin oleh ahli politik dan negarawan yang cukup berpengalaman luas dalam politik. Apakah mereka fikir serangan-serangan auta mereka akan melemahkan semangat perjuangan PPBM dan ahli serta penyokongnya? PPBM tidak akan pernah berundur kerana perjuangannya demi bangsa, agama, negara dan untuk semua rakyat. Ayuh teruskan Bersatu, Beramanah dan Bermaruah!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan