Isnin, 23 Januari 2017

Kerajaan gagal mengawal minda rakyat? Zahid perli Najib lagi?


Sikap 'Mr Perfect' dan menuding jari kepada pihak lain di atas kelemahan dan kesalahan sendiri memang sudah sebati dalam diri UMNO. Pemangku Timbalan Presiden UMNO, Zahid Hamidi yang sebelum ini cuba meraih undi simpati dengan mendakwa ada gerakan untuk menjatuhkannya pada PRU14 berubah nada pada hari ini. Buat pusingan 'U'? Berucap ketika melancarkan Skuad Komunikasi dan Media Wanita Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra, Zahid kembali kepada warna sebenar UMNO. Dalam ucapannya, Zahid menyalahkan media baharu anti kerajaan sebagai punca persepsi negatif rakyat (gambar atas). Sudah-sudahlah buat fitnah tu Wak Zahid. Tak adanya persepsi negatif rakyat itu hadir secara membuta-tuli. Tidak seperti macai dan pendedak yang sentiasa mengiyakan apa jua tindakan UMNO, persepsi rakyat yang bebas dedak berlandaskan bukti dan fakta! Skandal 1MDB itu 'permainan' media baharu anti kerajaan wahai Wak Zahid? Skandal 1MDB itulah yang menjadi pokok pangkal segala persepsi negatif bukan sahaja daripada rakyat malahan seantero dunia kecuali China!

BN berdepan waktu sukar apabila hampir kecundang dalam dua pilihan raya umum (PRU) sebelum ini kerana gagal mengawal persepsi rakyat. Itu antara kata-kata Zahid dalam ucapannya pada majlis Pelancaran Skuad Komunikasi dan Media Wanita UMNO. Seperti biasa, ucapan pemimpin UMNO cuba digambarkan sebagai 'ikhlas' namun acapkali berakhir dengan pendedahan niat sebenar! Gagal mengawal persepsi rakyat? Hmm...satu pernyataan yang menimbulkan pelbagai persoalan. Jadi benarlah yang selama ini UMNO Najib membuat pelbagai program atau dasar bukan bertujuan untuk membangunkan rakyat atau menjadikan mereka bangsa yang bijak dan mampu berdiri atas kaki sendiri? Sebaliknya menjadikan mereka seumpama robot yang boleh dikawal mindanya dengan sewenangnya. Zahid mengakui hakikat tersebut apabila menyatakan bahawa persepsi rakyat mestilah mengarah kepada UMNO dan BN.



Sejak akhir-akhir ini agak kerap juga Zahid mengeluarkan kenyataan yang 'meyindir' Najib Razak. Selepas isu 'rosak ikan bermula di kepala', Zahid sekali lagi menyindir Najib yang sebelum ini sangat berbangga dengan 3 juta pengikut di Twitter. Zahid mendedahkan bahawa kajian menunjukkan hanya 6.6 peratus media baharu di negara ini yang menyokong kerajaan berbanding 93.4 peratus yang tidak menyokong kerajaan. Wak Zahid nak kata yang Pak Najib tu syok sendiri? Tak takut kah dengan gerakan yang nak jatuhkan Wak Zahid tu? Tidakkah Wak Zahid melihat yang sikap syok sendiri Pak Najib itu sebenarnya yang lebih mengundang persepsi negatif rakyat berbanding dengan media baharu? Zahid juga menyatakan yang perbandingan peratusan sokongan media baharu itu bersamaan dengan 1:15 (kerajaan;anti kerajaan). Dah nampak kajian tunjukkan begitu, yang Wak Zahid masih lagi berauta bersama Najib apasal? Bukankah mendedahkan kebenaran lebih berfaedah kepada rakyat dan negara berbanding dengan cuba mengawal minda mereka?



Cubaan kerajaan untuk mengawal minda rakyat mungkin memberi jawaban kepada persoalan dalam gambar di atas. Artikel atau berita dalam laman sesawang Jabatan Penerangan yang mengesahkan MCA pernah menuntut jawatan TPM yang menjadi tular (viral) beberapa hari lalu telah 'ghaib' sejak semalam. Skuad Komunikasi dan Media Wanita Umno juga dilancarkan semalam. Hmm.....suratan atau kebetulan? Adakah skuad berkenaan yang bertanggungjawab 'mengghaibkan' artikel tersebut? Atau ianya kerja SKMM Salleh Keruak? Mungkin juga keyboard warrior Ahmad Maslan yang bertanggungjawab? Siapapun yang bertanggungjawab, inilah antara bukti tentang cubaan UMNO untuk mengawal minda rakyat. Mereka mahu rakyat hanya mendengar dan melihat apa yang UMNO inginkan. Sekali lagi slogan 'Nothing's to Hide' Najib terbongkar sebagai hanyalah sandiwara UMNO. Dalam menjawab isu tuntutan MCA ini, ketidakupayaan UMNO sebagai kerajaan yang telus jelas terpampang apabila cuba mempertahankan auta mereka dengan 'mengghaibkan' sebuah artikel daripada laman sesawang agensi kerajaan sendiri.

Adalah sangat jelas bahawa kegagalan kerajaan mengawal minda rakyat bukanlah disebabkan oleh persepsi yang dibentuk oleh media baharu yang anti kerajaan tetapi didorong oleh tindak tanduk UMNO sendiri. 'Berita-berita sampah' yang memenuhi ruangan siaran media pro UMNO seperti TV3, Berita Harian dan Utusan jelas 'memakan diri' UMNO. Bak kata pepatah, senjata makan tuan. Selain itu, penubuhan pasukan seperti Skuad Komunikasi dan Media Wanita Umno yang bertaraf 'macai' juga menambah 'kebencian' rakyat kepada kleptokrasi dan oxymoron UMNO. Individu yang terpalit dengan Skandal NFC masih mengetuai Wanita UMNO sekaligus mengukuhkan persepsi yang UMNO adalah sebuah parti pendukung tegar salah laku dan penyelewengan wang rakyat dan negara! Kemunafikan UMNO sudah tidak terbendung lagi. Sering melaungkan diri sebagai pejuang orang Melayu tetapi pada masa yang sama sentiasa lupa akan peribahasa dan pepatah Melayu yang dulunya menjadi antara panduan hidup orang Melayu. UMNO memang paku dulang paku serpih? Wallahualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...