Bayu Sabah Ubah yang dibawa oleh Parti Warisan terus bertiup kencang di seluruh Negeri Sabah. Hari demi hari ada sahaja ahli UMNO/BN yang menyertai Warisan. Siri Jelajah Warisan (SJW) melebarkan auranya ke Keningau (gambar atas). Perkembangan ini pastinya amat menghiris kalbu UMNO. Dan di dalam UMNO itu, pastinya individu yang paling tidak keruan dengan perkembangan positif berterusan Warisan ialah Musa Aman. Sabah Official Number 1 (SO1) itu pastinya amat resah dalam menghitung detik ketibaan PRU14. Sekian lama duduk di singgahsana pentadbiran negeri tanpa sebarang cabaran, Musa kini berhadapan dengan sebuah parti yang tiba-tiba sahaja mengubah landskap politik Sabah. Jika pada awal penubuhannya, Warisan diperlekeh pimpinan UMNO dan SO1 sendiri, kini situasi itu sudah mula berubah. Baru-baru ini pun kita telah mendengar bagaimana S/U BN Negeri Sabah, Rahman Dahlan menggesa agar jentera media BN memviralkan setiap pembangunan yang telah dibuat oleh BN bagi menyerang balas pembangkang.
Hmm...kenapa pula Rahman yang lantang bersuara? Musa dah bisu dek lempangan Bayu Sabah Ubah? Atau Musa hanya berani menyerang pembangkang di Sidang DUN sahaja? Atau Musa takut bak meludah ke langit kena muka sendiri? Dan kepada Rahman, Bapak ketinggalan kapal kah? Sekarang ini bukan lagi isu pembangunan semata-mata yang mendorong Bayu Sabah Ubah. Kleptokrasi UMNO, hak-hak Sabah dan tekanan hidup rakyat yang memacu perjuangan Bayu Sabah Ubah yang diterajui Warisan! Ada berani kah Rahman menggesa jentera media BN memviralkan pada setiap saat tentang penipuan 1MDB? Musa, UMNO dan Rahman tidak malu kah melihat bagaimana Warisan mampu menghimpunkan sokongan rakyat tanpa hamburan wang ringgit? Warisan percaya pada perjuangan yang ikhlas dan tidak akan sama sekali menghina rakyat dengan wang ringgit.
Musa mempunyai sebab yang kukuh untuk menggigil seperti terkena malaria jika dia melihat suasana seperti dalam gambar di atas. Itulah suasana SJW di Keningau. Apakah auta yang bakal disebarkan TV3 berhubung gambar-gambar tersebut? Edit? 30 orang sahaja yang hadir? Bersifat sementara? Gambar lama? Rakyat Keningau membuktikan mereka menolak politik perkauman. Fitnah para pendedak/macai/racism sebelum ini yang sering melabel Warisan sebagai parti PTI dan lanun ternyata ditolak oleh rakyat Keningau. Rakyat Keningau menunjukkan kematangan dalam politik. Jikalau dalam SJW Sandakan pada 2016 menyaksikan UMNO kehilangan 12 800 orang ahli di gelanggang utama Musa, agak-agak berapa pula yang akan meninggalkan BN di Keningau? Warisan dan Bayu Sabah Ubah tidak akan pernah berhenti untuk mengajak rakyat bersama untuk berubah dan menolak kleptokrasi UMNO dari kamus politik Sabah.
Sambutan hangat warga Keningau terhadap SJW membuktikan bahawa rakyat Sabah telah sekian lama dahagakan parti yang benar-benar memperjuangkan kepentingan rakyat Sabah. Warisan adalah jawaban kepada keinginan itu. Rakyat Sabah yang satu ketika dahulu adalah bangsa yang paling kaya di Malaysia kini melukut di tempat sendiri dek kleptokrasi UMNO dan Musa. Lihatlah apa sahaja di Malaysia ini yang boleh dirankingkan, pastinya anda akan melihat Sabah berada di basement (mujur tiada underground). Anda akan melihat Sabah berada di ranking atas jika perkara itu adalah perkara negatif. Perjuangan Warisan yang tidak berteraskan kepentingan kaum-kaum tertentu atau daerah tertentu semata-mata memudahkan ia mendapat sokongan rakyat Sabah. SJW membuatkan Musa kini berada dalam dilema. Bubar DUN awal, tidak cukup masa untuk timbus bukti kleptokrasi. Bubar DUN 2018, akan memberi lebih masa kepada Warisan untuk memperolehi lebih banyak sokongan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan